Monday, June 11, 2012

Hidup kita , pilihan kita .

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..
bersyukur kita kepada Dia Yang Maha Kuasa , Yang Maha Esa .
kerana memberikan kita nikmat Iman & Islam dalam hidup kita pada hari ni .


baiklah,
jom sama-sama kita renungkan. 
selama kita hidup di dunia ini, berapa banyak kali kita diberi pilihan ?
"satu ? dua ? ohh, boleh kira dengan jari !"
TIPU . TIPU . TIPU .
tak cukup renung and muhasabah lagi tu.
cuba lihat sekecil-kecil perkara,
setiap perbuatan kita, mesti kita ada pilihan nak buat ataupun tidak.
setiap saat, contoh kita rasa lapar. so, kita ada pilihan untuk nak makan atau membiarkan perut kita terus terseksa kelaparan.
 (kecuali masa siang di bulan Ramadhan, tiada pilihan untuk makan. except ada sebab-sebab yang dibenarkan syarak)

see !

not only that thing.

kebaikan dan keburukan dalam kehidupan manusia juga adalah pilihan manusia itu sendiri.

firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran Al-Karim :

" Tiada paksaan dalam (menganut) agama Islam, sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Barang siapa yang ingkar kepada Taghut (syaitan atau berhala) dan beriman kepada Allah, maka sungguh, dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui. "
[Al-Baqarah 2 : 256]

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
[Ar-Ra'd 13 : 11]


see !
kita memang ada pilihan dalam hidup kita.
once kita tahu baik dan buruknya sesuatu itu, kita ada pilihan untuk melengah-lengahkan kebaikan tersebut, atau terus meninggalkan keburukan itu.

Allah tahu pengakhiran kita.
tetapi, sama ke pengetahuan Allah dengan pengetahuan kita ?

"Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, "Ruh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit." "
[Al-Isra' 17 : 85]

jadi, kita berusaha melakukan kebaikan sebab kita belum tahu apa nasib kita di SANA nanti.

kita hanya tahu diri tentang diri kita yang lepas.
untuk yang akan datang, kita sama sekali TAK pernah tahu.
kerjaya kita? jodoh kita? result exam untuk akan datang?
semua tu kita tak tahu.
tak payah amek jauh-jauh la. 
for every single second after that in our life also we didn't know yet.

so inilah jawapan untuk kita, jika kita selalu fikir
untuk apa aku berusaha melakukan sesuatu andai telah ditetapkan takdir untuk aku?

jom jadikan setiap saat dalam hidup kita lebih baik.

jangan mudah menyerah andai masih punyai ruang untuk berusaha.
jangan pernah biarkan ruang untuk kita berusaha berlalu dengan sia-sia.

"Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. "
[Al-Zalzalah 99 : 7-8]

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,"
[Al-Insyirah 94 : 5]

--------------------

pilihan di tangan anda :)

Wallahu'alam

2 comments:

MFR said...
This comment has been removed by the author.
MFR said...

Berkeja bukan kerana mengharapkan natijah semata-mata.

Tapi mestilah nak natijah yang baik.