Friday, August 19, 2016

Tenangnya Hidup ini :)



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful

------------------

Kala malam aku terfikir
Suatu masa dahulu
Jiwa ini pernah merasai ketenangan yang penuh

Tenangnya jiwa
Bila dalam diri kita
Tertanam sangka baik 
Dan berfikiran positif
Senyum tak lekang di bibir

Sampai apa sahaja berlaku
Baik atau buruk
Secara langsung 
Positif yang akan terlintas
Lantas menutup segala keburukan
Dengan Hikmah-Nya

Lalu sekarang bagaimana?
Mana yang dulu? 
Masih ada?

Kini
Tenang, sangka baik, positif dan senyuman
Harus disalur pada yang insan dekat juga
Dekat dengan jiwa

Masih ada?

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

[Al-Fajr 89:27-30]

Harus bagaimana?


Muhasabah..





Wallahu'alam


HM
190816
0135
Temerloh


Saturday, July 30, 2016

Appreciation for 2015/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Alhamdulillah
Saje menulis untuk menghilangkan habuk di sini.
(selepas menghilangkan habuk dalam bilik. heh)

--------------------------------------------

Hajat nak menulis dalam instagram je, tapi rindu pulak nak mencoret di sini.

---------------------------------------------

Alhamdulillah

Minggu depan dah naik tahun 5 di sekolah perubatan ini. 
Cuak pun ada sebab mesti lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelum ini. 
Ok, saya tak nak cerita yang tahun 5 punya. Nak mengimbau kenangan lepas. :)

Alhamdulillah.

Tahun 4 yang lepas merupakan tahun pertama clinical years.
Dan saya sangat bersyukur kerana sekumpulan dengan mereka semua.

Group A1 semester pertama


Group A1 semester kedua

Aina-Syira-Aimi-Zatie-Hana-Tirah-Shakirah-Kinah-Abby-Aqis-Mira-Jiha-Wafi-Muin-Haziq-Aman-Adib-KA-Aziz-Izzul

Alhamdulillah
Bersyukur sangat ada mereka di masa nak adapt dengan clinical years.
Clinical years yang sangat berbeza dengan tiga tahun pre-clinical years.
Clinical years kena study jugak. Tapi, tambah dengan ward work yang kena biasakan. 

Terima kasih Allah hadirkan kawan kawan ini. 
Merekalah yang banyak membantu, ajarkan Clerk Patient dengan betul macam mana, Examine PatientPresent Case, ajak Procedure yang sering dikejar untuk requirement log book, On Call sama sama, dan Study Group sama sama!
Study group memang terbaik, tak sempat cover pun kita sempatkan jugak. Tak faham pun kita bagi faham jugak. :D

Kawan kawan ni lah yang first time tengok aku present case depan lecturer, bergenang je air mata, lepas tu mereka bagi kata semangat. Mereka juga yang ajar aku (secara tidak langsung) mencari keyakinan diri.

Masa nampak down, mereka support dan gembirakan diri ini.
Nak katanya, memang jatuh bangun mereka ada bersama. 

Ada birthday ahli group, kita celebrate sama sama (wujudkan balik culture masa tamhidi)
Makan sama sama. BBQ riuh sama sama.

Persiapan kahwin saya pun, mereka lah yang banyak tolong. 

Terima kasih semua.

Alhamdulillah semua naik tahun 5 :') 
Saya juga yang menjadi saksi 'struggle'nya semua orang study and practice to excel in each end-posting examination yang lepas.
Dan juga tak pernah dilupakan,ibu bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan (mana tak doakan, setiap kali exam whatsapp dalam group mintak doakan >,<), semua pensyarah yang sabar mengajar kami yang selalunya macam tak tau apa apa dan kurang rajin ini, dan juga seniors yang banyak share pengalaman masing masing. :D


-------------------------------------------

Tahun 5 dah lain group. Ada yang sama, tapi kebanyakannya tak sama.

Saya tulis ni bukan untuk high expectation atau mengharap perkara yang sama pada group baru. Sebab setiap orang tu berbeza beza sifat dan perangainya. Kita kena jugak terima kerana merekalah yang menjadikan dunia kita warna warni (ada yang cerahkan ada yang gelapkan. lol). Masa ini lah nak kenal semua orang. :) 
Tapi hakikatnya semua kawan kawan batch Gen 8 ni, tak pernah tak buat saya terharu. :D

Semoga kita semua sukses selalu. 
Semoga Allah permudahkan urusan semua.
Semoga kita semua belajar ilmu Allah kerana-Nya.
Dan akhir sekali semoga kita semua dapat berkumpul kembali di dalam Syurga-Nya. :)


Wallahu'alam

P/s: Tahun depan buat entry appreciation untuk group tahun lima pula. :D



HM
30072016
2339
Selangor

Saturday, May 28, 2016

Comeback..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad pesuruh Allah. 

Ya Allah ! 
Hampir dua tahun tak mencoret apa-apa di ruang ini. 

Ada sahaja sebenarnya perkara yang nak dikongsi, dan ditulis (baca: taip). Tapi tak tahulah apa yang menghalang. 

Ingat lagi. Lepas first pro exam, rasa nak tulis. Lepas second pro exam pun nak tulis jugak. Tapi rasa hanya tinggal rasa. Perancangan tanpa tindakan. Tiada hasil. Fuh. Teruk. 


---------

Update terkini diri ini. 

Bukan sebab saya dah bertukar menjadi manusia yang lain ye. Tapi sebab macam macam dah berubah. Tapi saya masih Humaira yang sama. InsyaAllah. 

Masih lagi medical student, tapi dah berubah tahun, dan dah berubah cara pembelajaran. Sekarang berada di clinical years. Mencabar dan menarik juga. Sebab jumpa pelbagai jenis manusia. Kenal bermacam perangai manusia. Deal dengan bermacam ragam. Mungkin baru sedikit kalau nak dibandingkan dengan doctor betul betul. Kami masih doctor tipu tipu tapi di'train' untuk menjadi doctor betul betul. Eceh. 

Selain daripada itu, ehem. Batuk sikit. Saya dah berstatus Puan. Ohh. Tak sangka pulak. Dua tahun banyak benda berubah. Moga Allah berkati dan dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam keluarga ini. Dan susah senang kita bersama ye cik abang. Moga Allah izinkan kita bersama sampai ke Syurga. Ameenn. 

Lagi satu yang paling tak boleh terima !
Adik adik kecilku dah besarrrr! Whyyyyyy?! Hehe. 


Ok. Sekian sahaja. 

*Kena sambung study. Sekarang tengah pulun exam posting Obstetrics & Gyneacology (OnG) dan posting Community Health (CH). Doakan untuk peperiksaan ini dan seterusnya. Moga dipermudahkan segalanya dan dikuatkan kaki ini melangkah. Ameenn. 



HM
28052016

Saturday, June 14, 2014

Kenapa perlu bersangka baik ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Satu soalan dari seorang rakan teman sahabat membuatkan aku juga terfikir, MENGAPA?

"Kenapa kita perlu bersangka baik dengan Allah?" dia bertanya. Dengan latarbelakang bau formalin yang teramat kuat sehingga memedihkan mata, memeritkan hidung. Sampai ke larynx dah rasanya. Heh

"Errr, maksudnya?" 

"Maksudnya macam kita tak yakin yang Allah akan bagi apa yang kita nak."

Hmmmmmm
.....................

Dan jawapan setelah sehari :

1.
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman: 
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.

2.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.[40:60]

*Kalau kita berdoa, tapi tak yakin Allah akan bagi, macam mana Allah nak bagi.
Analogi macam kita mintak sesuatu dekat mak kita, tapi mintak nak tak nak je, tak bersungguh. Possibility nak dapat tu memang sangat tipis. Kan? :)

3.
Kalau kita rasa Allah tak nak bagi apa yang kita mahu.
Dan ditakdirkan Allah, at last kita dapat juga sesuatu tu, mesti akan terdetik dalam hati kita, "Aku dapat ni sebab usaha aku semata." Naudzubillah. 
Kita nak jadi hamba yang bersyukur, kan? :D

-----------------------------------------------------------------

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.[3:159]

credit to Google


مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindungan selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba, sekiranya mereka mengetahui.[29:41]


Wallahu'alam.

First Professional Exam. 
Doakan kami,  Medic USIM Gen8 berjaya dunia & akhirat ! :)
Jom berusaha & bertawakal pada-Nya !

Sunday, May 18, 2014

Khaira Ummah

بسم الله الرحمن الرحيم 
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Allah menciptakan kita dalam kalangan 'Khaira Ummah'.

Menjadi sebaik-baik ummah itu bukan untuk dibangga.
Tapi, kita ada tugas tersendiri.


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah .

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

[3:110]

--------------------------------

Sudah terlaksana 
atau 
biarkan sahaja?


Friday, May 2, 2014

Sunnah Terbesar Kian Diabaikan.


بسم الله الرحمن الرحيم

Sunnah. 

Bila dengar perkataan ini, pastinya yang berlegar di benak fikiran kita ialah kahwin (uhuk uhuk!), poligami, simpan janggut, berjubah, puasa dan lain-lain. Alhamdulillah, masih ada lagi ingatan kita pada Kekasih Allah. Masih lagi umat kini mengamalkan ajaran Baginda صلى الله عليه وسلم.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Amiinn.

Tetapi, sedarkah kita ada satu sunnah yang sangat penting dan semakin dipandang ringan oleh kita semua? 

Dakwah. Menyeru atau mengajak manusia mengEsakan Allah dan melakukan kebaikan.

Ya, itulah yang dilakukan oleh Baginda sepanjang hayatnya. Jika tidak kerana kesungguhan Baginda menyeru seluruh umat manusia kembali kepada mentauhidkan Allah dan meninggalkan Jahiliyyah, pastinya tidak ada kita yang hari ini. Kita yang tahu adanya Allah Yang Esa. Kita yang tahu cara untuk taat kepada-Nya. Kita yang yakin ada Hari Akhirat dan kita akan dihisab. Kita yang tahu erti persaudaraan. Tanpa dakwah Baginda, mungkin kita semua jadi yang sebaliknya.

Tetapi hari ini setelah Baginda  meninggalkan dunia yang fana, adakah dakwah itu terhenti? Adakah generasi akan datang tidak berhak mengetahui segala kebenaran. Adakah kita mahu biarkan dunia ini perlahan-lahan kembali kepada Jahiliyyah? 

Tidak!
Kerana kitalah penyambung rantai-rantai perjuangan Baginda صلى الله عليه وسلم .

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan siapa yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri).” [Fussilat 41 : 33]

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat ......” [Riwayat Al-Bukhari]

Jika kita tahu ganjaran menyampaikan kebaikan walaupun satu ayat itu sangatlah besar di sisi Allah, sungguh kita tak akan abaikan dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain kerana itulah sebenarnya tanggungjawab kita Sebagai Khalifah di muka bumi Allah.

Ayuh,

 فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ 
”berlumba-lumba melakukan kebaikan” !

Hari ini bibirmu melafazkan katakan rindu,
Hari ini hatimu meronta mahu bertemu,
Jika syafaat yang kau pinta dalam doamu,
Benarkah rindu?
Kembali melihat perbuatan seharianmu,
Adakah sama apa yang dia ajarkn kepadamu?

Wallahu’alam.




-Originally published: 8th Gen Series-

Monday, April 7, 2014

Time Heals

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.



Dulu masa ini aku sedih
Kini aku gembira tanpa pedih

Dulu aku mendambakan cinta dunia
Kini aku merasai cinta tanpa hiba

Dulu aku tak tahu apa yang aku kejar dalam cinta
Kini dalam cinta aku temui segala

Dulu aku lebih kenal janji manusia
Kini aku tahu yakin pada janjiMu, aku takkan dipersia

Dulu kenal cinta duniaMu ada bahagia sementara dirasa
Kini jelas cinta ukhrawiMu ketenangan yang kudamba

Dulu pada tali manusia aku berpegang
Kini aku tahu taliMu yang harus ku genggam 

Dulu saat ini cinta sementara disapa dan menyapa
Kini saat ini cintaMu datang menyapa tanpa aku pinta

Dulu aku sangsi mana satu cinta
Kini aku tahu apa itu cinta
Hanya satu PadaMu Sang pencipta





Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Jalan ini yang aku pilih
Kebahagiaan hanya Kau yang tahu
(undescribe feeling)
Walaupun berliku akan ku tempuh
Kerana ku tahu
Untuk menggapai SyurgaMu ada maharnya
Perlu bersusah payah di duniaMu

A year
'Time heals'

Walaupun aku pernah pertikaikan kata-kata itu
"Hingat senang ke??!"

Ianya boleh jika redha Allah yang kita cari
Ianya boleh dengan bantuan Allah
Ianya boleh jika dekat dengan Allah

Sebab semuanya daripada Allah
Kalau masalah itu datang, ia daripada Allah
Dan pada Allah jualah penyembuhnya.

. Allahu Ghayatuna .
. Ar-Rasul Qudwatuna .
. Al-Quran Dusturuna .
. Al-Jihad Sabiluna .
. Al-Mautu Fisabilillah Asma' Amanina .

Allah, tetapkan hatiku di jalan ini
Allah, istiqamahkan aku menggapai cinta ini
Allah, kekalkan cinta ini

Semoga Allah redha

Dalam setiap hela nafasku
Dalam setiap degup jantungku
Dalam setiap jejak langkahku

Hingga satu saat semuanya terhenti...

Kerana hanya dengan redha & rahmatNya
Syurga akan ku jejak
Aminnn.

Wallahu'alam


---------------------------------------------------


P/s: 
- Bukan untuk diungkit. Tapi untuk muhasabah hati dan diri ini dengan nikmat Ilahi. Kerana setiap terjaga dari lena, aku tahu ini peluang aku untuk perbaiki diri, ini peluang aku untuk memohon ampun atas dosa semalam.
- Terima kasih untuk semua yang sentiasa di belakang saya. Family. Kawan-kawan. Akhawat. ODOJers.
Ana uhibbukum fillah.
Jom masuk Syurga sama-sama2 ! :')