Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, December 18, 2018

Throwback ONE year ago..

Throwback ONE year ago.. (panjangnya 😨)




Assalamualaikum
Sempena Iffat Mahdi masuk setahun. Abadikan kisah delivery Iffat di sini. Sebab tempat lain semua tak terima karangan panjang mama. Haha

In final semester for final year MBBS. 
EDD 18/12/2017 (Isnin)
Posting Internal Medicine di Temerloh. 

Tapi gigih hampir every weekend balik sepang sebab nak deliver kat Selangor 😅 Gigih jadi manusia paling rajin join segala ward round & bed side teaching tanpa duduk sebab orang kata jalan banyak-banyak senang nak beranak. 🤦‍♀️
So, weekend tu seperti biasa balik sepang mengharap baby keluar weekend ni. Dah sampai ahad macam kecewa takde sg/sx nak labour pun. Braxton hicks je ada. Tapi tak sakit. 😌 Tabah je lah nak balik Temerloh balik. 

OTW balik temerloh, sampai Ampang. We decided untuk tidur di Saga (rumah sewa) jelah sebab dah malam kan. Esok pagi kena pergi KKIA juga. Lepas ke Klinik baru gerak ke Temerloh. Ok set. 
Sempat makan sate dulu before balik rumah. Dah sampai rumah, ada contraction biasa tapi sakit sikit. Duk timing contraction guna apps. Ok lah tidur dulu masa tu dah pukul 12 am. 
Pukul 2 pagi terjaga. Macam makin kerap contraction + sakit sikit + check ada show. Ok kejut suami, “jom pergi hospital”. 

Dalam kereta, “emm nak pergi hospital mana ni?” Since jalan lengang sangat 2 pagi ni, kita pergi Hospital Serdang lah. Dekat lagi dengan sepang. Pergi PAC daftar masuk semua. 3am++ baru check CTG, Dr check os 2cm & scan baby. Ok tenang2 je dekat PAC. Ada beberapa orang patient. Tunggu next review dalam pukul 7 lebih. Masa tu ngantuk + lapar + sakit sikit tolerable lagi. Lepas solat subuh, nak makan tapi tak selera pening sebab ngantuk sangat kot. Makan roti sikit, kurma, air. Lepastu muntah. 😞 Makan lah balik kurma sikit & minum air. 

Next review, dalam 8 am. Dr check, 3cm. Dr pakar round. Dia decide naik ward dulu. Sebab primid dia expect progress lambat lagi. Next review 12pm. Ok. Duduk di PAC sementara tunggu naik wad. Sebab lambakan patient, memang tiada penghujung lah penantian itu. PAC pun dah start ramai sangat patient keluar masuk. Aku duduk situ setia menanti untuk naik ward. Tapi sakit dah makin kuat. Bila contraction datang memang kau tahan sakit je kat sofa, bila dia pergi kau tertidur dan terjaga masa contraction datang balik. Tak timing pun! Adoi. Dah malas nak layan msg & call. Suami yg sedang bosan menunggu di luar whatsapp call msg pun tak larat nak layan. Dia call tanya ckp sembang, “do you need any pain killer?” YES! Masuk je labour room memang benda pertama aku nak mintak! Haha. 

Sakit makin sakit, contraction pun makin kerap kot. Seriously tak timing sebab macam sedar tak sedar nak tengok jam. Bangun tidur bangun camtulah. Orang lain kat PAC tu macam rilex je. Aku dalam hati macam “ke aku yg over sebab primid kan.” So, duduk je lah situ. 😟
Hampir pukul 12 nurse nak cek vital sign semua, bagitau makin sakit. Ok nurse suruh timing. Aku iyakan. Tapi sama juga tak teringat nak timing. Oh my bad. Tahan je sakit ni sampai Dr check sekejap lagi. Sampai nak dekat pukul 1 Dr belum panggil. Takpe, sabar dulu. Ramai patient ni. 

Rasa nak buang air besar kecil tapi tak larat nak gi toilet. Time tak ada contraction gagahkan diri gi toilet. Tapi tak boleh nak buang apa-apa. Ok, dalam hati seyeslah 😰
Ok duduk balik kat PAC. Kali ni memang tak tahan dah lah sakit & rasa sesuatu. 😨
Terus mintak tolong akak yang tengah rilex duduk kat sebelah panggil nurse sebab tak larat nak panggil sendiri, “akak tolong panggil nurse, macam sakit sangat dah.” Akak tu pun duk kalut panggil nurse. Nurse bawak gi katil. Dr check dah 8cm dia mintak kawan dia confirmkan, “dah fully ni!”

Drama lah kat PAC tu “primid fully ni!” Jerit nurse & Dr. “Puan jangan teran sini ye”. Ok meraka tengah kalut. Pandai2 kita lah baring mengiring ke kiri. Pastu call suami nak kena masuk labour room sebab dah fully. Dia yg nak gi solat zohor pun kelam kabut datang labour room. 
Masa tengah tolak ke LR, “Dr, branula saya tak pasang lagi ni.” Dr baru perasan. Oh yeke?! Kelam kabut Dr pasang depan LR.

Masuk LR, suami belum datang lagi. Aku yang cuak. Nak bersalin dah ke ni 😰
Dr pecahkan air ketuban. Contraction datang terus suruh teran. Aku cam kalutt. Kena marah lah dengan nurse. Sorang lagi nurse tenangkan, “ok dengar cakap saya je”. Memang dengar cakap dia jelah. Tak dengar dah orang lain cakap apa. Suami sampai masa nak push dah. Ok beberapa kali push maka kedengaran lah tangisan baby comel mama. Syukur Alhamdulillah. Perasaan tak dapat digambar. Pertama kali rasa jatuh cinta pandang pertama menatap matamu 😢

—————-

Nama ‘Iffat Mahdi diberi.
Nak decide nama pun payah. Sebab memang kami tak pernah lagi decide apa2 nama. Sebab nak bincang je, terfikir exam paeds lah Gynae lah Obs lah bagai. Haha. Last2 memang tak sempat bincang. Acah busy. 😜

After a week delivery, terus pergi kelas seperti biasa. Join semua lah ward work, teaching semua. Posting merata temerloh, ampang, klang dan PD. 

Alhamdulillah Iffat sentiasa Allah jagakan bersama nenek, atok, opah, tok, makngah, dan semua pakcik makcik dia. Terima kasih semua sebab sentiasa jaga Iffat. 💕😍

Terima kasih ‘Iffat Mahdi yang sentiasa behave dari kecil. Selamat ulang tahun pertama. Semoga sentiasa dirahmati Allah. Membesar menjadi insan berguna kepada Agama & negara. Mama papa & semua sayang Iffat 😘😘


18/12/2018
Humaira Mahpa
‘Iffat Mahdi 12 month old

Saturday, May 28, 2016

Comeback..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad pesuruh Allah. 

Ya Allah ! 
Hampir dua tahun tak mencoret apa-apa di ruang ini. 

Ada sahaja sebenarnya perkara yang nak dikongsi, dan ditulis (baca: taip). Tapi tak tahulah apa yang menghalang. 

Ingat lagi. Lepas first pro exam, rasa nak tulis. Lepas second pro exam pun nak tulis jugak. Tapi rasa hanya tinggal rasa. Perancangan tanpa tindakan. Tiada hasil. Fuh. Teruk. 


---------

Update terkini diri ini. 

Bukan sebab saya dah bertukar menjadi manusia yang lain ye. Tapi sebab macam macam dah berubah. Tapi saya masih Humaira yang sama. InsyaAllah. 

Masih lagi medical student, tapi dah berubah tahun, dan dah berubah cara pembelajaran. Sekarang berada di clinical years. Mencabar dan menarik juga. Sebab jumpa pelbagai jenis manusia. Kenal bermacam perangai manusia. Deal dengan bermacam ragam. Mungkin baru sedikit kalau nak dibandingkan dengan doctor betul betul. Kami masih doctor tipu tipu tapi di'train' untuk menjadi doctor betul betul. Eceh. 

Selain daripada itu, ehem. Batuk sikit. Saya dah berstatus Puan. Ohh. Tak sangka pulak. Dua tahun banyak benda berubah. Moga Allah berkati dan dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam keluarga ini. Dan susah senang kita bersama ye cik abang. Moga Allah izinkan kita bersama sampai ke Syurga. Ameenn. 

Lagi satu yang paling tak boleh terima !
Adik adik kecilku dah besarrrr! Whyyyyyy?! Hehe. 


Ok. Sekian sahaja. 

*Kena sambung study. Sekarang tengah pulun exam posting Obstetrics & Gyneacology (OnG) dan posting Community Health (CH). Doakan untuk peperiksaan ini dan seterusnya. Moga dipermudahkan segalanya dan dikuatkan kaki ini melangkah. Ameenn. 



HM
28052016

Tuesday, August 28, 2012

4 monthSSSS. Fuhh~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah semakin hampir ke penghujung cuti yang SANGAT panjang.
seriously saya tak pernah duduk goyang kaki kat rumah dalam tempoh masa yang sangat lama ni.
Lepas SPM pun after plkn tinggal 2 bulan lebih je.

Ok, warga USIM lets countdown to first September 2012.
:)


Sedikit review apa yang telah diri ini lakukan sepanjang cuti ni.
Saya memang suka buat kerja ni ye.
Kalau tak nak tahu sila tekan button exit window or tab sekarang. Sekian.

Baiklah, saya ingin menjadikan post ini wordless sebab banyak sangat gambar !!


Start with berjasa (jasa lah sangat) di sekolah tercinta.:

Tolong cikgu untuk AddMath Camp masa perkampungan ilmu. Best sebab dapat belek-belek AddMath balik dan jumpa cikgu, juniors and kawan-kawan. :)
Satu lagi is jadi fasilitator kem SOLEH !
Woha ! ini memang best and banyak pengalaman dari seniors boleh kutip.
Seriously, a lot thanks to mereka.
Alhamdulillah kem berjalan lancar dan sangat-sangat berbeza dengan SOLEH yang pernah saya lalui dulu.

Saya bersama adik-adik dalam group and Mardhiah.
Itu sahaja lah yang terdaya saya lakukan untuk sekolah tercinta dalam masa cuti ni. 
Tak banyak. Sangat sikit.
Tapi saya nak jugak ambil peluang itu sebab takut masa akan datang dah sibuk dengan urusan lain.


----

Seterusnya, kerja-kerja di rumah :

Melayan anak-anak kecil tiga orang ni.

macam tadika pulak
Macam-macam karenahnya.
Best ! tengok perkembangan mereka depan mata. 
Mesti rindu suara riuh mereka nanti T.T

----


Okeh, next is cooking baking and so on. 
(boleh lah sesape nak order ye.heh?! ado ke..)



Agar-agar milo and susu. (weird x?) ^^

kek batik - biskut marie and milo. Nyummy !


Kek pisang pelik?!

Muffin pisang first trial :)

Second Muffin pisang with coklat sukahati akulah. hihi
p/s-mesti orang tanye kenapa semua pisang? Dah pokok pisang belakang rumah asyik berbuah je, so buat lah benda alah ni ^_^V


----

Booksssssss 
(boleh la sesape nak pinjam yo) ;)



1. Sesuci Murni - Isya Azwa Idris.
Beli kat Pameran Buku Islam, Putrajaya (masa menghabiskan voucher RM200)
Tapi, tak terbaca. Betapa lah ia bersama buku-buku yang lain di atas katil di KKNC. 
Dan immediately after final exam, habiskan baca :D
Best ! Kisah seorang perempuan bernama Murni.
(complicated nak story kat sini. Bacalah sendiri)


2. Kutemu cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi
Buku ni pun Al-kisah riwayat hidupnya sama macam buku yang first.
Beli kat mana and so on.
Buku best ! tapi yang mengharapkan cerita dalam ni yang jiwang-jiwang Islamic tu lupakanlah. Ceritanya mengenai seorang lelaki. Biasanya kalau novel mesti watak utamanya perempuan, but ini lelaki. So, harap faham lah perbezaannya. The ending lelaki itu kenal mana satu kaca and permata. :)


3. Pada-Mu Aku Bersimpuh - Gol A Gong.
Buku terbitan Jundi Resources. Beli di Book Fair PWTC 2012.
Main ambil je sebab macam menarik. Tebal gila !
Cerita bahasa Indonesia tapi still boleh faham kot.
Cerita kisah hidup seorang wanita. Dari dia kecil sampai besar. Tragis, suspen and sangat berserah pada Allah. Banyak ujian dan cabaran dia dalam hidup sejak kecil lagi :')


4. Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu - Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi
Susah ouh nak dapat buku ni. kalau nak senang dapat beli online lah.
Ok, tak perlu lagi nak cerita pasal buku ni sebab semua orang dah tahu (I think).


5. Halalkah Ubat Anda.
Full of facts.
Very Important to know about it !
Antara faktor membeli adalah kerana hamba Allah ni pernah bercita-cita nak jadi Pharmacist, tapi bukan rezeki di situ. :)



6. Catatan Hati - Oki Setiana Dewi. 7. Sejuta Pelangi - Oki Setiana Dewi

Beli masa pergi Seminar 1453 UIA Gombak. 
Dua sekali beli. Memang pantang tengok buku nak buat macam mana.
Buku ni Best !! Saya memang suka baca pasal kisah hidup orang lain. (No wonder la suka tahu cerita orang lain. Bukan Gosip or mengumpat.)
Buku ni bahasa indonesia lah kan. Dalam buku ni juga la saya tahu serba sedikit behind the scene Ketika Cinta Bertasbih (KCB) and sanggup tengok balik cerita tu. Huhu.

8. Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid
Dah lama beli tapi still tak terhabis baca. Kenapa tah.
Tapi ceritanya best, pasal jenayah and bunuh-bunuh. Memang thrill lahh :)


9. Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid
Ini buku yang kelima and last kot ! Glad to say that I have all five books :D
yang mengikuti faham lah kott.
Always the Best !
p/s - saya memang pengikut setia Ramlee Awang Murshid


10. Travelog Luka Air Mata Syria
Mengisahkan sedikit apa yang berlaku di Syria. 
Saudara-saudara seakidah kita di sana. :'(
Jangan buat tak tahu ye. Jom cakna lebih ! dan sentiasa doakan mereka.

11. Di Hamparan Shamrock, Ku seru nama-Mu - Ustaz Hasrizal
Beli di Book Fair PWTC 2012. 
Best ! seperti yang saya nyatakan tadi, saya memang suka baca kisah hidup orang.
Buku Ustaz Hasrizal yang ini berbeza sedikit sebab selama ini bukunya hanya berkisar kisah bahagianya, tapi yang ini kisah pahit dan duka beliau dalam menuju bahagia.


12. 7 Formula of Excellent Individuals - Dr. Danial Zainal Abidin. 13. La Tahzan.
Buku-buku dibaca secara berkala. Maksudnya tak habis lagi lah. :)


**And I still have TOO many bookSSSS which is not-yet-read. 
And still nak beli banyak banyak buku. -.-"



----

Finally, I got my P :)



----

That's all. 
Banyak lagi perkara yang privacy setting mode. Huhu.
Lastly,
Doakan saya dan rakan-rakan dikuatkan kaki-kaki dalam melangkah di dalam medan perjuangan mencari ilmu. :)
Semoga tabah menjadi student MEDIC !

SELAMAT STUDY SEMUA !!!


*Nah hadiah ! hasil karya masa cuti saya. Melayan budak-budak. Harap maklum. 


Sincerely,
HumairaMahpa




Thursday, June 14, 2012

Wordless..

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.



1. Ini Afham. Dia demam tranformers.
Isnin demam n ummi abah cakap kalau esok (selasa) sihat kita pergi Giant beli mainan.
Selasa sihat wal 'afiat.Alhamdulillah.tapi malam tu tak boleh pergi Giant sebab ada tetamu malam tu.
Rabu demam balik.bawak g klinik and giant beli tranformers.
Khamis sihat.Alhamdulillah~ -.-"

 2. First try ! :)

 3. Hantu durian :D

Friday, June 8, 2012

Pantai Timur Journey [2]

Bismillahirrahmanirrahim

All right,
continue to my fourth day journey :)

so, for the fourth day..

*gambar sekadar hiasan*



setelah mengucapkan selamat tinggal kpd rumah yang BESAR ni..
kami bergerak menuju ke Kota Bharu :)

last pergi dengan family masa form 2 tak silap 2007
*masa abang azri (sepupu) kahwin..
 see? kalau tak de urusan memang tak jejak lah..huhu
tapi saya last pergi masa form 4 dengan badan kepimpinan sekolah..

so, sampai-sampai je..
after check in kat homestay..

kami pergi Pantai Cahaya Bulan..


ok, Afham memang sangat excited.. *pernah ke dia tak excited ? huhu

-------------------------------------------

ok, for the next day.. *tak ingat dah hari ke berapa* 
ok2, for the fifth day..

pepagi kami pergi Pengkalan Kubor..
with abg azri & kak sue's family :)

abg azri and his two son.. arif iman (baju merah) & akil (baju hijau didukung)


penat kot tunggu mereka cari jersey -,-

okeh,
petang punye planning..

yeah !
sampai rumah Aini..
my class mate :)
best ~


nani *I think* sangat lah penat, tak terjaga langsung sepanjang kat rumah Aini



ni rumah aini 
*sorry, kamal tangkap gambar dlm kereta mase hujan :)

thanks sangat-sangat to Aini and her family :)
makan2 best ! hehe
btw, muka adik aini yang bernama Adam sama macam sepupu nama Muhsin..
masa tengok dia my siblings sume cakap macam tu...

----------------------------------------

for the last day !
heuheuheu..

going back to SEPANGyol..haha

before that, singgah Tanah Merah.. 
rumah kawan Ummi and abah..


di tanah merah - rumah kenalan Ummi & Abah masa pergi Haji :)


pernah nampak tak ni?? huhu


afham dapat tranformers :)




sampai kuala lipis kami stop untuk maghrib&isyak *jamak* and dinner..
around 9pm baru start enjin kereta balik..
and first time in my life..
tak tertidur sampailah sampai kat rumah around 12 o'clock..
gila !


entah apa yang adik-adikku buat..sampai tak boleh nak tidur..


-------------------------------


conclusion for this vacation..


* bak kata seorang kawan ni kan (kalau terasa maap laaa..haha) buat ape kau g sane?? bukan ada ape pun yang menarikk..haha..memang tak ada punn.. :p
tapi, dapatlah tengok tempat orang..
selama ni pergi memang tak hingin tengok jalan ahh kan..bukan tw pong..
but, kali ni pergi, tengok signboard pun excited..
wow, kawan aku ade kat sini !
then, tengok signboard only -,- sekolah2 kalian.. 
(lagi2 imtiyaz yang bebanyak tuh kan..ok, saya dpt tengok sume signboard imtiyaz..ngeee~)
ohh, kat kawasan ni rupanya sekolah korang..
ohh, memang pergi tengok tempat orang lahh..


* and yang penting masa dengan family !
best moment ever ..
maklumlah..bukan selalu sangat bersama kann..
semua asrama, memanjang lah busy nye..
so, memang dapat menggila lah dengan adik beradik 
huhu
ade yang keje menyanyi & melalak, sorang lagi dgn lawak ke der nye, sorang dengan ustaznye..dan lain2..
awesome :)


*yang paling tak boleh lupa..
pasal CD Saladin dalam kete..
afham punye keje, kitorg sume boleh lakonkan balik sume dlm cerita tu !
dok ulang banyak sangat kali :)




Alhamdulillah,
thats all for my journey..




humairamahpa





Pantai Timur Journey [1]

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah.
seperti yang anda sekalian sedia maklum pada 27 mei - 1 jun saya bersama family (without along) telah mengembara ke pantai timur semenanjung m'sia..
sehari - pahang , dua hari - terengganu , dua hari - kelantan ..

tujuan kami ke sana :
act, tak ada specific tujuan.. saje jalan2 cuti skolah..
nak kate melawat relatives, memang tak de langsung lah di sana..
nak kata g tempat2 menarik di sana, ade ke tempat menarik ? -.-"
haha..
so, telah di sepakati.. abah kate kita jalan2 tengok tempat orang and tengok scenery yang tak ada kat kampung kita ye..(baik abah)


so, without wasting any time (ayat time present. rindu kottt)
pagi ahad yang indah (27 mei)
we start our journey to Pahang..
before that, we had our breakfast at --------- (tak ingat -.-)

ohh, pinggan masing2 sangat lah penuh n berbukit..lapaq punya pasai..
time ni along ade..yang berbaju coklat itu ALONG.

and drop along kat somewhere at KL..
act, along terlibat uruskan adik2 asasi UIA yang masuk 2012 ni..

ok, sesampainye di pahang.. we straight away find our homestay at Sungai Isap..
and then after solat jamak zohor and asar berjemaah and lunch..

kami pergi berjalan-jalan..huhu
cadangnye nak ke pantai teluk cempedak and MRSM Kuantan 
but, jammed yang teramat sangat nak g teluk cempedak tu..
so, tak jadi pergi petang tu..
we straight away go to mrsm kuantan..
ni tempat wajib singgah kalau pergi pahang..
kenapa gi sini??
ni sekolah ummi dulu.. :)
*best tak bawak anak-anak tengok skolh sndr? huhu*
-last pergi sini masa g pahang time abg amri (sepupu) kahwin-

ohh, pelajar mrsm ni tak balik kott..
so, tengok mereka main bola tampar, tenis, basket dll petang tu..







end of the story for the first day :)

------------------------------------------------------

so, for the second day..
we start our journey to Terengganu !

first foremost..
we went to teluk cempedak (yang semalamnye tak jadi pergi)
we had our breakfast there *KFC*
and then we went to 'pantai' for playing 'pasir' only..hehe

I think this is the first time for afham and twins memijak pasir di pantai *kesian~
afham : excited twins : scary :)

*saya sangat suka pantai ! *


haa, after dah puas main pasir tu.
so, we would like to say good bye and see you latter to kuantan ..

so, continue our journey to terengganu..
lalu jalan tepi pantai ..

sampai kat kemaman..
call Abqariyyah Ismail a.k.a. abby tak jawab !
-,-
insyaAllah lain kali lahh singgah rumah abby..tunggu abby kahwin ah plok.. :)

and stop rantau abang for having our lunch..
after that, perjalanan diteruskan ke our homestay at Tok Jiring (quite far from KT)



this is our two days homestay at terengganu..
gile besar !
imagine 2 tingkat and 8 bilik..memang kami guna ruang bawah je lahh
orang biasa sewa homestay ni bwk satu bas :o

ok, sampai-sampai dah petang..
so, kami pergi Masjid Kristal jee.

alang-alang dah petang, kami tunggu maghrib sini skali :)


-------------------------------------------------

for the third day..

in the morning we went to Muzium Negeri Terengganu at Losong..
kenapa muzium -,-
masa pergi Masjid Kristal (second day) lalu lah muzium ni..
and abah said "korang pernah pergi sini"
err, adik-adikku pun kecoh lah.. "bile? bile? bile?"
"erm, actually bukan semua lah..empat orang dari kamu semua je.."
mereka pun "ohhhh~" 
and saya menambah "oh!! yang gambar dekat penyu tu ehhh?"
yeah, saya ingat lagi.. masa tu kecik lagi.. ummi ade kerja kat sini..
so, abah pun bawak kami jalan-jalan kat sini :)

so, mereka pun ajak lah abah pergi sini.. -,-
uhuuu, enjoy je ahhh..


after that..

ahaaa,
pergi Marang.. singgah rumah Athirah Ismail (tuan TBD)
waaa~! 
gile excited !
rindu kooootttt ;)

*kamal tak de keje*


thanks tirah n family..
makanan sangat-sangat best.. eheee..
yang penting lepas rindu ngn TBD (tbd is her myvi putih tu haa) :p

okay, siapa2 yang jauh-jauh tu..nak datang Terengganu..
dan memerlukan homestay..
boleh contact beliau ye :)

------------------------------------------

continue next post :)





humairamahpa