Satu soalan dari seorang rakan teman sahabat membuatkan aku juga terfikir, MENGAPA?
"Kenapa kita perlu bersangka baik dengan Allah?" dia bertanya. Dengan latarbelakang bau formalin yang teramat kuat sehingga memedihkan mata, memeritkan hidung. Sampai ke larynx dah rasanya. Heh
"Errr, maksudnya?"
"Maksudnya macam kita tak yakin yang Allah akan bagi apa yang kita nak."
Hmmmmmm
.....................
Dan jawapan setelah sehari :
1.
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
2.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.[40:60]
*Kalau kita berdoa, tapi tak yakin Allah akan bagi, macam mana Allah nak bagi.
Analogi macam kita mintak sesuatu dekat mak kita, tapi mintak nak tak nak je, tak bersungguh. Possibility nak dapat tu memang sangat tipis. Kan? :)
3.
Kalau kita rasa Allah tak nak bagi apa yang kita mahu.
Dan ditakdirkan Allah, at last kita dapat juga sesuatu tu, mesti akan terdetik dalam hati kita, "Aku dapat ni sebab usaha aku semata." Naudzubillah.
Kita nak jadi hamba yang bersyukur, kan? :D
-----------------------------------------------------------------
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.[3:159]
credit to Google |
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindungan selain Allah adalah seperti laba-laba yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah laba-laba, sekiranya mereka mengetahui.[29:41]
Wallahu'alam.
First Professional Exam.
Doakan kami, Medic USIM Gen8 berjaya dunia & akhirat ! :)
Jom berusaha & bertawakal pada-Nya !
No comments:
Post a Comment