Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Just give up?

Satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya.. alangkah banyak rintangan..
alangkah berbilang halangan.. alangkah rumitnya."

aku bertanya, "lalu?"
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?"

"hanya kerana itu kau menyerah kawan?"
aku bertanya walaupun tak pasti adakah aku sanggup 
mengahadapi badai ujian deperti dialaminya.
"ya, bagaimana lagi? tidakkah bahawa semua halangan itu petanda
bahawa
Allah tidak meredhainya?"

Aku menghela nafas panjang 
lalu berkata, "andai Muhammad Sallahu 'Alaihi wa Sallam 
berfikir sebagaimana engkau, akan adakah Islam di muka 
bumi?"
"maksudmu akhi?", dia terbelalak.

"ya, andai Muhammad berfikir bahawa banyak kesulitan
bererti tidak diredhai Allah, bukankah Baginda akan berhenti di awal-awal 
risalah?"

ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad
bisa mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar
mungkin saat dalam rukuknya Baginda dijerut di bahagian leher
mungkin saat Baginda sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
mungkin saat Baginda bangkit dari duduk lalu dahinya disambar batu
mungkin saat Baginda dikatakan gila, penyair, dukun dan tukang sihir
mungkin saat Baginda dan keluarga diboikot total di syi'b Abi Talib
mungkin saat Baginda menyaksikan sahabat-sahabatnya diseksa di depan
mata
atau saat bapa saudara dan isteri tercinta pulang mengadap Ilahi
atau saat dunia ditawarkan padanya; takhta, harta, wanita. "

jika Muhammad berfikir sebagaimana engkau
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?

tapi Muhammad tahu, kawan
redha Allah tak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya."

"redha Allah terletak pada 
adakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua itu
adakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan laranganNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan."

"maka selama di situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan...."


Sulit, Mudah, RidhaNya
Sehangat Semangat
Dalam Dekapan Ukhuwah
Salim A. Fillah

---------------------------------------------------------

Never failed to inspire me. :')







"maka selama di situ engkau berjalanbersemangatlah kawan...."

Saturday, August 24, 2013

Awesome. Two months.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Counting...
Dua hari lagi...
Satu hari lagi...

*Pom pom pom!* 
Letup-letup bunga api.

Maka tamat lah dua bulan 
(erk, tak sampai dua bulan pun)
T.T

Tamatlah career sebagai bibik sepenuh masa dan kembali kepada seorang mahasiswa. Fuh.

Mencabar ohh jadi bibik menjaga adik-adik. Apa yang pasti kena banyak sabar dan memang banyak aku belajar. Belajar kemahiran hidup. Heh. Best.

Meh meh.
Seperti biasa, habis cuti review buku akan ku buat :D

Sesiapa nak pinjam boleh lah ye. :)

---------------------
First, maaf tak dapat nak bagi diskripsi / sinopsis buku panjang panjang. Tak terdaya den nak menulis. 
Hanya ini yang ku hidangkan sekadar termampu.
Maaf.

1. Relasi : Hilal Asyraf
Relasi. Mencari sahabat sejati. Siapa yang kita boleh anggap 'sahabat sejati'? Boleh cari dalam ni. :)
"Ketahuilah, sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya.Sahabat ialah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tidak mengharapkan apa apa dalam perhubungan kamu selain redha Allah semata-mata. Sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada Allah dan Rasulnya." :') 
Selamat mencari sahabat.

2. Tuhan Lebih Saintifik : Dr. Farhan Hadi
 Tuhan Lebih Saintifik. Buku karya Dr. Farhan Hadi paling best! setakat ini. Dah baca hampir semua karya beliau ni memang 'Thumbs up!' Alhamdulillah. Sangat banyak input menarik. Wajib baca untuk golongan 'sains'. Dapat sedikit sebanyak ilmu untuk berdepan dengan golongan atheist yang biasanya menggunakan hujah sains.  

3. Takdir 2 : Hilal Asyraf
 Takdir 2. Percaya yang tidak sirna. Awesome! Jalan cerita memang mengajar aku percaya hanya pada Allah! I don't know how to express my feeling masa baca buku ni ! Jemput baca & hayati. 
"Kekuatan itu lahir dari keimanan yg terpasak dalam diri & percaya yang tidak pernah sirna pada-Nya."


4. VT : Hilal Asyraf
 Actually, buku ni dah lama. Aku je baru baca sebab akan keluar VT2. InshaaAllah. 
Tetang volleyball team. Best. "Sukan itu ibadah." Itu yang ingin mereka tunjuk pada semua orang. Itu matlamat mereka. 
Memang ajaib hidup orang orang yang di'tarbiyyah' ni. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka juga. Mungkin lebih baik. :)

5. Simfoni Cinta : Hilal Asyraf
 Kumpulan cerpen by Hilal Asyraf. Semua cerpen berobjektifkan tentang cinta. Tapi bukan cinta lelaki & perempuan sahaja, cintakan sahabat, ibu bapa dan yang penting cintakan Pencipta. :)
"Kadang kita terlalu mengejar cinta manusia,
Hingga lupa urusan cinta kita dengan-Nya masih banyak belum diusahakan,
Kemudian bila kita mengeluh dengan sukarnya cinta kita dengan manusia,
Baru kita perasan yang kita telah kehilangan."
*Deep*

6. Cinta Suci Zahrana : Habiburrahman El Shirazy
 Buku versi Indonesia. Uhuk uhuk! Memang macam sinetron lah aku baca. Nice one :) Btw, buku ni adaptasi filem. Boleh la tengok kisahnya di sini . 
"Orang yang bahagianya adalah kerana harus memiliki ketika melihat sekuntum bunga harum semerbak, maka ia akan memetik bunga itu untuk disimpan di kamarnya, agar dia dapat menikmati keharumannya sepanjang waktu.
Tetapi orang yang bahagianya jika bisa memberi manfaat, kemungkinan besar akan membiarkan bunga itu tumbuh, bahkan menyirami dan memelihara agar setiap orang yang lewat dapat menikmati keharumannya."

7. Dalam Dekapan Ukhuwah : Salim A. Fillah
"Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping."
*nanges T.T*
 Buku best! Memang teringin nak baca dari dulu. Alhamdulillah dapat peluang ini.
Best sangat T.T tersentuh hati ini. Setiap kisah ukhuwah dikaitkan dengan kisah Rasulullah. :') Betapa mulianya akhlak baginda. Membacanya membuatkan aku tersenyum. Terlalu rindu umatmu ini padamu ya Rasulullah :'(

8. Wahai Pemuda : Hassan Al-Banna
9. Antara Semalam dan Hari ini : Hassan Al-Banna
10. Syahadatul Haq : Abu 'Ala A-Maududi
 ^ MUST READ ^ books.

11. Reclaim Your Heart : Yasmin Mogahed
 Setiap kali baca nak nangis. Banyak membantu aku. Alhamdulillah :')
"Many of us live in our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Often, we have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in and out of life's most deceptive traps."
It's really works to heal my heart. Thanks to Allah. :)

12. Syabab Musafir Kasih : Fatimah Syarha
Kisah Syabab. Buku ni pun dah lama. Baru nak baca. *Kesian ye*
"Ayuh! 
Kau pemuda, 
Gagah bertenaga, 
Kreatif berwibawa, 
Bangkitlah membela!"
"Berat buku-buku pelajaran, berat lagi amanah kita untuk mendalami dan menyampaikannya."-pesanan buat penuntut ilmu.


13. Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada : Hilal Asyraf
14. Ikram Ma'ana, Bahtera Menuju Ke Syurga : Hilal Asyraf
15. Kembara Hamba Mencari Cahaya : Hilal Asyraf
16.  Bekalan Kebahagiaan & Petunjuk Jalan Menuju Syurga : Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani
17. Berjiwa Suci Kerana Mempunyai Iman : Sayyid Qutb
Lastly, buku-buku ni buku berkala. Means tak baca sekali gus habis pun :D Sehari satu tajuk. Worth buat pedoman sepanjang hari.


That's all about bookssssssssssssss. Kalau ada rakan-rakan yang nak pinjam jangan segan silu minta. :)

Dan eh eh, buku study pun baca juga. Tapiiii.........
----------------------------

Beberapa jam atau detik lagi.
Second year-to-be.
Ada junior. :D Heh.

Datanglah semangat !
Please please please.

More focus please.
Pro exam menanti.

*Semoga urusan dalam kembara ilmu berjalan dalam redha Allah. Usaha untuk kejayaan demi ummah!*

Petang petang tadi duk tacing tacing nak masuk second year :'(
'Awak, tolong ajar saya eh untuk second year nanti. T.T' 
'Takpe kita sama-sama eh.'
TTTT_____TTTT

Ready. Tajdid niat. 

Wallahu'alam.

Tuesday, August 28, 2012

4 monthSSSS. Fuhh~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah semakin hampir ke penghujung cuti yang SANGAT panjang.
seriously saya tak pernah duduk goyang kaki kat rumah dalam tempoh masa yang sangat lama ni.
Lepas SPM pun after plkn tinggal 2 bulan lebih je.

Ok, warga USIM lets countdown to first September 2012.
:)


Sedikit review apa yang telah diri ini lakukan sepanjang cuti ni.
Saya memang suka buat kerja ni ye.
Kalau tak nak tahu sila tekan button exit window or tab sekarang. Sekian.

Baiklah, saya ingin menjadikan post ini wordless sebab banyak sangat gambar !!


Start with berjasa (jasa lah sangat) di sekolah tercinta.:

Tolong cikgu untuk AddMath Camp masa perkampungan ilmu. Best sebab dapat belek-belek AddMath balik dan jumpa cikgu, juniors and kawan-kawan. :)
Satu lagi is jadi fasilitator kem SOLEH !
Woha ! ini memang best and banyak pengalaman dari seniors boleh kutip.
Seriously, a lot thanks to mereka.
Alhamdulillah kem berjalan lancar dan sangat-sangat berbeza dengan SOLEH yang pernah saya lalui dulu.

Saya bersama adik-adik dalam group and Mardhiah.
Itu sahaja lah yang terdaya saya lakukan untuk sekolah tercinta dalam masa cuti ni. 
Tak banyak. Sangat sikit.
Tapi saya nak jugak ambil peluang itu sebab takut masa akan datang dah sibuk dengan urusan lain.


----

Seterusnya, kerja-kerja di rumah :

Melayan anak-anak kecil tiga orang ni.

macam tadika pulak
Macam-macam karenahnya.
Best ! tengok perkembangan mereka depan mata. 
Mesti rindu suara riuh mereka nanti T.T

----


Okeh, next is cooking baking and so on. 
(boleh lah sesape nak order ye.heh?! ado ke..)



Agar-agar milo and susu. (weird x?) ^^

kek batik - biskut marie and milo. Nyummy !


Kek pisang pelik?!

Muffin pisang first trial :)

Second Muffin pisang with coklat sukahati akulah. hihi
p/s-mesti orang tanye kenapa semua pisang? Dah pokok pisang belakang rumah asyik berbuah je, so buat lah benda alah ni ^_^V


----

Booksssssss 
(boleh la sesape nak pinjam yo) ;)



1. Sesuci Murni - Isya Azwa Idris.
Beli kat Pameran Buku Islam, Putrajaya (masa menghabiskan voucher RM200)
Tapi, tak terbaca. Betapa lah ia bersama buku-buku yang lain di atas katil di KKNC. 
Dan immediately after final exam, habiskan baca :D
Best ! Kisah seorang perempuan bernama Murni.
(complicated nak story kat sini. Bacalah sendiri)


2. Kutemu cinta-Nya - Dr. Farhan Hadi
Buku ni pun Al-kisah riwayat hidupnya sama macam buku yang first.
Beli kat mana and so on.
Buku best ! tapi yang mengharapkan cerita dalam ni yang jiwang-jiwang Islamic tu lupakanlah. Ceritanya mengenai seorang lelaki. Biasanya kalau novel mesti watak utamanya perempuan, but ini lelaki. So, harap faham lah perbezaannya. The ending lelaki itu kenal mana satu kaca and permata. :)


3. Pada-Mu Aku Bersimpuh - Gol A Gong.
Buku terbitan Jundi Resources. Beli di Book Fair PWTC 2012.
Main ambil je sebab macam menarik. Tebal gila !
Cerita bahasa Indonesia tapi still boleh faham kot.
Cerita kisah hidup seorang wanita. Dari dia kecil sampai besar. Tragis, suspen and sangat berserah pada Allah. Banyak ujian dan cabaran dia dalam hidup sejak kecil lagi :')


4. Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu - Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi
Susah ouh nak dapat buku ni. kalau nak senang dapat beli online lah.
Ok, tak perlu lagi nak cerita pasal buku ni sebab semua orang dah tahu (I think).


5. Halalkah Ubat Anda.
Full of facts.
Very Important to know about it !
Antara faktor membeli adalah kerana hamba Allah ni pernah bercita-cita nak jadi Pharmacist, tapi bukan rezeki di situ. :)



6. Catatan Hati - Oki Setiana Dewi. 7. Sejuta Pelangi - Oki Setiana Dewi

Beli masa pergi Seminar 1453 UIA Gombak. 
Dua sekali beli. Memang pantang tengok buku nak buat macam mana.
Buku ni Best !! Saya memang suka baca pasal kisah hidup orang lain. (No wonder la suka tahu cerita orang lain. Bukan Gosip or mengumpat.)
Buku ni bahasa indonesia lah kan. Dalam buku ni juga la saya tahu serba sedikit behind the scene Ketika Cinta Bertasbih (KCB) and sanggup tengok balik cerita tu. Huhu.

8. Fiksyen 302 - Ramlee Awang Murshid
Dah lama beli tapi still tak terhabis baca. Kenapa tah.
Tapi ceritanya best, pasal jenayah and bunuh-bunuh. Memang thrill lahh :)


9. Sunan Musafir - Ramlee Awang Murshid
Ini buku yang kelima and last kot ! Glad to say that I have all five books :D
yang mengikuti faham lah kott.
Always the Best !
p/s - saya memang pengikut setia Ramlee Awang Murshid


10. Travelog Luka Air Mata Syria
Mengisahkan sedikit apa yang berlaku di Syria. 
Saudara-saudara seakidah kita di sana. :'(
Jangan buat tak tahu ye. Jom cakna lebih ! dan sentiasa doakan mereka.

11. Di Hamparan Shamrock, Ku seru nama-Mu - Ustaz Hasrizal
Beli di Book Fair PWTC 2012. 
Best ! seperti yang saya nyatakan tadi, saya memang suka baca kisah hidup orang.
Buku Ustaz Hasrizal yang ini berbeza sedikit sebab selama ini bukunya hanya berkisar kisah bahagianya, tapi yang ini kisah pahit dan duka beliau dalam menuju bahagia.


12. 7 Formula of Excellent Individuals - Dr. Danial Zainal Abidin. 13. La Tahzan.
Buku-buku dibaca secara berkala. Maksudnya tak habis lagi lah. :)


**And I still have TOO many bookSSSS which is not-yet-read. 
And still nak beli banyak banyak buku. -.-"



----

Finally, I got my P :)



----

That's all. 
Banyak lagi perkara yang privacy setting mode. Huhu.
Lastly,
Doakan saya dan rakan-rakan dikuatkan kaki-kaki dalam melangkah di dalam medan perjuangan mencari ilmu. :)
Semoga tabah menjadi student MEDIC !

SELAMAT STUDY SEMUA !!!


*Nah hadiah ! hasil karya masa cuti saya. Melayan budak-budak. Harap maklum. 


Sincerely,
HumairaMahpa




Monday, May 7, 2012

buat diri yang lupa

Bismillahirrahmanirrahim 

just sharing ;

Kita sering kali lupa pada Allah SWT 
ketika
sedang mendapat kurnia kenikmatan.

Tapi,
ketika sedang mendapat musibah,
kita suka "protes", bahkan "marah-marah" pada Allah SWT.

"Kenapa harus terjadi pada saya?"

atau

"Allah sudah tidak Adil pada saya!"

Begitulah yang sering kita lakukan pada Allah SWT.

Kita hanya ingat Allah ketika sedang dalam keadaan susah sahaja!

Seharusnya kita bersyukur kerana ujian itu menandakan Dia masih sayang pada kita.
Dia tak nak kita terus terleka dan hanyut dalam dunia yang fana ni.

Dan 
semua itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.



mood:
-baru habis bace buku "Pada-Mu Aku Bersimpuh by Gol A. Gong"
-banyak and belambak lagi buku nak dibaca
-bila tah nak sambung lesen =.="



humairamahpa

Tuesday, May 24, 2011

Bo0k$ @#$%^&*^

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam..
bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Nya..

oleh kerana tak de keje dah..
nak buat sedikit review sepanjang cuti ni..

inilah antara buku-buku yang telah dihadam..
insyaAllah dapat mengambil perkara yang baik daripada buku-buku tersebut.. :D

1.
MARIA-EMINE SYENLIKOGLU :
buku ni best! tentang perdebatan antara ISLAM-KRISTIAN-ATIES . Daripada perbandingan ni memang jelas lagi nyata dan terang lagi bersuluh, ISLAM is the best ! agama yang syumul dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan..
buku ni beli di MPH Mid Valley 30/12/2010 and habis bace tak ingat bile, tapi sebelum pergi PLKN (3/1/2011).

2.
GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH-FATHY YAKAN :
buku ni tentang why ade golongan yang tercicir dlm jalan dakwah *tgok tajuk pun dah tahu . erm, ape golongannye, mengapa golongan ini tercicir, dan penyelesaiannya..bagus untuk para DAIE..act, untuk semua orang..
buku ni dapat dekat rak buku di rumah
*act, banyak lagi buku2 cmni kat rumah..abah punye dulu2..try belek2 best jugak!
bace sebelum PLKN and time PLKN (tapi, tak habis bace lagi, xpe, nnt nak bace balik (= )

3.
BUMI CINTA-HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY :
buku tentang Ayash *camni ke eja name die? . kisah hidup anak muda kelahiran Indonesia yang hidup di Rusia . bagaimana dia berhadapan dgn cabaran hidup di bumi Rusia (banyak perempuan cantik!) . cerita tentang Aties juga.. dan sejarah Rusia..
beli 30/12/2010..baca masa PLKN (sempat lagi?!) ..sebulan tuh baru nak habis!

4.
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA-UST. HASRIZAL :
tengok tajuk..eceh, gatai nooo~ hoho..mane ade, tambah ilmu je..
buku ni best. tapi, orang kate buku first (AKU TERIMA NIKAHNYA) lagi best! (agak terkilan sebab tak baca lagi dan x dapat cari buku tu~)
erm, ni pun sama..beli 30/12/2010..baca masa PLKN after habis BUMI CINTA ..
pengalaman tak boleh lupe..orang semua serbu buku ni time PLKN, pantang tinggal, tengok2 dah hilang. nasib baik ada nama. wira pinjam pun dah sampai satu asrama pusing *eceh, hiperbola~
lagi satu, mase cikgu pet amek buku nih.. time tu bukan saya yang tengah bace..! adush~ malu je, ckg g annouc kat belakang (time tu bdk2 Alpha kat belakang) sape punye buku cinta nih?! dgn malunye menjawab "saya cikgu." ckg ckp : "ni lps spm nak kawen ke?!".."w0w! mne ade cikgu, tambah ilmu je..dari saya buat bisingkan..ye tak?" :D ---speechless~ :p

5.
SINERGI-HILAL ASYRAF :
buku ni best sangat3..memang sangat memberi kesan..cerita tentang ukhuwah.."Keimanan adalah paksinya~"
ceritanya hasil coretan Hilal Asyraf ni memang sangat realistik! congrats to penulisnya~
siapa tak baca menang RUGI :p..
buku yang saya baca ni belongs to NURUL SAKINAH RIDZUAN..thanks ya!

6.
WEIL CHINA-EMINE SYENLIKOGIU :
buku yang menarik..mengisahkan penderitaan pemuda berdarah Turki yang terpengaruh dengan fahaman Komunis . Akhirnya dia insaf dan telah diseksa berpuluh tahun di penjara china (komunis) .
teringat AMIRAH SYAIRAH aka MISYE~ bace buku ni sampai menangis..honestly memang sedih sbb KEJAM sangat! lagi-lagi kalau saudara se-akidah kita yg di seksa begitu..
ingat lagi, buku ni la yang Along suruh Umi beli tapi jual name saya.sebenarnye die yang nak! ~sangat kejam~
buku ni bace mase di KOREA (April 2011 family vacation)..ingat nak bace after SPM, tapi widad pinjam and lupe nak pulangkan! oh, tidak..mase result SPM baru dpt buku ni balik..

7.
CINTA SUFI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku sambungan daripada 2 buku sebelumnya iaitu BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU.. best kalau dah bace yang 2 sebelum tu la..
buku kali ini cerita tentang Catalina mencari Maryam..
kisah pengambaraan Saifuddin yang penuh cabaran dan dugaan menentang Taghut laknatullah..
percaya kepada bantuan Allah pada hambaNya yang benar..

8.
MATAHARI-HILAL ASYRAF :
himpunan cerpen yang dikarang oleh Hilal Asyraf satu masa dahulu..
semua cerpen2 ni bertemakan Matahari menerangi hidup manusia didunia..
kisah sahabat, percintaan, rakyat palestin, keluarga dan lain2..
buku ni Along yang belikan di pameran buku PWTC 2011


9.
SUTERA BIDADARI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku ni kesinambungan dari CINTA SUFI..buku ke4 la senag cite..:D
kali ni cerita tentang warisan mayran iaitu Catatan maryam dan Keris Nangreo *tak tahu la eja die betul tak..
dan siapakah Saifullah di abad ini yang sebenarnya?? jeng4..rupenye~ -_-"
oleh kerana ini buku yang ke4..excited dalam diri cam dah kurang sikit..tapi tetap menghayati sepenuh jiwa cerita ni..ececececeh~
buku ni pun Along belikan kat PWTC..

10.
AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI-BOB LOKMAN :
kisah seorang penghibur tanah air, Hakim bin Lokman aka BOB LOKMAN..dari kecil sampai lah sejarah die menjadi artis dan kembali ke pangkal jalan..
act, abah beli buku ni sebab tengok kat sinopsis die sekolah di SMKA MAAHAD HAMIDIAH..ngee~ sabo je la..


11.
HERO-HILAL ASYRAF :
kisah 10 jutawan Islam yang telah berusaha keras membina sebuah negara yang bercirikan Islam..memang menarik..10 jutawan ni pula, dalam bidang masing2 yang berlainan..fuh! kan seronok kalau ianya sebuah kenyataan..insyaAllah..suatu haru nanti..
watak die ade kesinambungan dari cerita SINERGI dan TERASING..mcm lawak je..bile bace..eyh2, mcm penah dga name nih..rupenya ade dlm buku tu..last2 cite ni ade watak HILAL ASYRAF pulak tuh..haish -_-"
buku ni NOOR HIDAYAH AZHAR AZAM yang belikan kat PWTC (kirim kat die ek, bkn free tw)..dek kerana terkilan sbb x dpt pegi bo0k fair 2011 dan Along pulak tak jumpa buku ni!
and Dayah kasi buku ni 18 may 2011 kat MID (last jumpe dayah sblm die melangkah ke UITM T_T) and habis bace baru semalam (23 mei 2011)..

12.
TAKDIR-HILAL ASYRAF
okay, baru loading nak bace..! tak tahu kisah die cmne.. ;)
ni pon DAYAH belikan jugak!


13.
A DOCTOR IN THE HOUSE-TUN DR. MAHATHIR :
kisah die la...baru bace sikit jep.







fuh itu lah antara 13 buku yang telah dibaca sepanjang cuti ni!
ni memang hobi masa cuti2..
tiap2 kali cuti, duit mesti habis kat sini..
tapi mmg satu hobi yang best!

lepas ni tak tahu la ade mase tak nak mengadap novel2 camni lagi ke tak..:(
yelah, dah U cam kne struggle study sikit..
lagi2 kalo amek Medic..
ecececeh..nak mengejar CITA lah katekan..insyaAllah..
okay itu sahaja yang ingin dikongsikan.. :D

terima kasih kerana membaca =)


wassalam~
dr. humaira mahpa =D