Thursday, June 14, 2012

Hati Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Aku sayang kau kerana Allah.
Bila teringat kau, aku ingat pada Pencipta ku.
Sebab kau sangat baik, dan aku insan biasa yang sangat banyak kelemahan.
Aku harap kau pun sayang aku keranaNya.
bukan kerana duniawi.
(andai masih ada sayang itu untuk aku)

Alhamdulillah.
Aku sangat bersyukur.
Dapat mengenal dirimu.
Insan yang sangat hebat di mata ku dan orang disekelilingmu.
Doaku semoga kau kekal begitu.
Menjadikan Rasulullah sebagai ikutan.
Dan Syariah Allah sebagai landasan.

Aku bersyukur.
Walau sesaat dua kita ditakdirkan bertemu.
Kenal dirimu, aku kenal siapa aku.
Kenal diriku, aku kenal Penciptaku.

Biarlah kini kita mengejar cita-cita kita.
Banggakan insan yang banyak berkorban membesarkan kita.

Aku tidak mahu menjadi sebab kejatuhanmu.
Aku juga tidak mahu menjadi sebab imanmu tergugat.

Biar takdir Allah menentukan segalanya.
Kerana Dia yang mengetahui segalanya.
Sedang kita tidak.
Biar kita berhubung hanya dalam doa.
Kerana takutkan azab Ilahi.

Cukuplah aku pernah terleka seketika.
Tak akan aku biar ianya berulang untuk kesekian kalinya.

"Perempuan-perempuan yang KEJI untuk lelaki-lelaki yang KEJI, 
dan lelaki-lelaki yang KEJI untuk perempuan-perempuan yang KEJI (pula), 
sedangkan perempuan-perempuan yang BAIK untuk lelaki-lelaki yang BAIK,
dan lelaki-lelaki yang BAIK untuk perempuan-perempuan yang BAIK (pula). ............. "
Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26

Akan ku berusaha menjadi muslimah yang baik.
Bukan hanya ingin menuntut janji-Nya sahaja.
Kerana hanya Dia Maha Mengetahui.

Kerana aku tahu ganjaran orang yang baik di sisi Nya.
Berusaha ke arah kebaikan & bersedia menghadapi Hari Akhirat.
Lebih penting.
Dari mengejar fatamorgana duniawi.

Ajal maut dan jodoh kita hak Allah.
Tetapi ,
Adakah kita bersedia sekiranya ajal menjemput sebelum jodoh?

Kenali, dekati dan cintailah Ilahi.
Di situ lah nanti kita bertemu dengan insan yang mencintai Ilahi.

Andai kita tidak ditakdirkan bersama di dunia.
InsyaAllah, kita bersama di dalam syurga di akhirat kelak.

Redha Allah.
Hanya itulah yang ku harapkan bagi meniti hidup dengan senyuman :)



buat insan :
thanks for everything.

hati yang berbicara, tangan yang menaip :
humairamahpa

No comments: