Monday, September 16, 2013

His Love.

Gambar milik yang lain.


Setiap ujian dan musibah,
Di situ terselit kasih sayang Allah.

Yang selalu kau cari-cari,
Di mana kasih sayang Ilahi,
Terasa diri sentiasa sendiri,
Yang kau tidak tahu kasihNya sentiasa di sisi.

Renunglah,
Singkaplah,
Tiap kejadian punyai hikmah,
Jangan kau hanya menangis lemah.

Fikirlah sendirian,
Hikmah tiap ujian,
Walau kau bersedihan,
Itu tetap takdir Tuhan,
Kukuhkan hati dengan Iman.

Kadang yang mahu, itu yang pergi,
Kadang yang benci, itu yang mendekati,
Itulah hakikat aturan Ilahi,
Takkan mampu diubah walau setinggi gunung hasrat hati.

Bangkitlah dari lemah,
Carilah Dia walau kau lelah,
Kerna hanya di situ kau ketemu kasih,
Semat erat di hatimu janjiNya yang sahih.

Bahagia untukmu pasti ada menanti,
Andai bukan diulit enak duniawi,
Akhirat itu pasti,
Jika kau mempercayai.

LA TAHZAN.


HM
160913
1001
Sepang.

Saturday, September 7, 2013

UBAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Amaran awal : Ini bukan manifesto PRU-14. :) 

Ubah. HIjrah. 
Kadangkala kita mampu.
Kita mahu.
Tapi tak ada keyakinan.
Sebab kita rasa diri kita jauh sangat dari Dia.
Kita rasa dah terlalu banyak dosa yang kita lakukan.
Kita rasa kita memang dilahirkan untuk jadi jahat.
Kita bukan ditakdirkan untuk tergolong dalam mereka yang baik.

Tapi, tahukah kita yang rahmat Allah tu sangat luas.
Tahukah kita Allah itu Maha Pengampun.
Tahukah kita Syurga itu Allah sediakan untuk kita. 
Tahukah kita Allah beri kita hari yang baru untuk kita memperbaiki diri.
Mengapa kita masih meratap dosa yang lama tanpa berbuat apa-apa.
Tahukah kita Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu, sehingga dia yang mengubah nasibnya.
Tahukah kita hari semalam telah berlalu jauh dari diri.
Hanya tinggal hari ini. Hari yang baru untuk kita perbaharui jiwa dan hati.

Mungkin bukan hari ini untuk aku berubah.
Apa tunggu lagi?!
Yakinkah esok masih menjadi milik kita.
Yakinkah esok hidayah Allah masih lagi menyapa.

Apa tunggu lagi.
Marilah kita sama-sama berubah kearah kebaikan.
Kerna ajal tidak kita tahu bila bertamu.
Biarlah kita mati dalam keadaan sedang berusaha memperbaiki diri.
Dari mati hati membiarkan dosa berlegar di dalam jiwa ini.
Mungkin itu lebih baik di sisi-Nya.

Biar sedikit.
Asalkan berterusan.
Mungkin itu yang akan dinilai.
Mungkin itu yang membawa diri kita ke Syurga-Nya.

Andai rasa jauh.
Kita yang sedang menjauh.
Dekatkan diri dan hati pada Dia.
Carilah petunjuk yang mendamaikan pada Kitab-Nya & alam-Nya.

Percayalah pada janji-Nya.
Kerna perumpamaan orang yang sentiasa mengingati Allah dan tidak, umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.

P/s: Khas untuk someone. 
Awak saya mungkin tak mampu nak cakap, tapi saya boleh tuliskan untuk awak je.
Ketahuilah jiwa awak takkan sekali kosong andai diisi dengan Cahaya Ilahi.
Sama-sama kita perbaiki diri. 
Semoga bertemu di Syurga nanti. In shaa Allah. :)

Wallahu’alam.
Humaira Mahpa
04092013
2329
Ampang

Friday, August 30, 2013

The past result.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

About the result.
Semester 2, first year.
Alhamdulillah.
:D

Better and I must work hard to be a better better better.

Tutup tingkap.

Shut down.

Study :)

Should not.

Bismillahirrahmianirrahim....

Bila ingat, aku nangis.
Aku nangis bukan sebab aku masih tak redha.
Aku dah lepaskan semuanya.
Tapi ingatan aku masih belum hilang, mungkin. -,-

I'm crying because I just can't believe this thing happen.

Indeed, we're planning and Allah also had planning for us.
He knows the best and He is the better Planner.
Trust Him. 

'Jangan percaya janji manusia lebih dari janji Pencipta.'-Quoted.

Lap air mata.

Istighfar.

Tidur.

Zzzzzzzz.

290813
2352
Ampang

Saturday, August 24, 2013

Awesome. Two months.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Counting...
Dua hari lagi...
Satu hari lagi...

*Pom pom pom!* 
Letup-letup bunga api.

Maka tamat lah dua bulan 
(erk, tak sampai dua bulan pun)
T.T

Tamatlah career sebagai bibik sepenuh masa dan kembali kepada seorang mahasiswa. Fuh.

Mencabar ohh jadi bibik menjaga adik-adik. Apa yang pasti kena banyak sabar dan memang banyak aku belajar. Belajar kemahiran hidup. Heh. Best.

Meh meh.
Seperti biasa, habis cuti review buku akan ku buat :D

Sesiapa nak pinjam boleh lah ye. :)

---------------------
First, maaf tak dapat nak bagi diskripsi / sinopsis buku panjang panjang. Tak terdaya den nak menulis. 
Hanya ini yang ku hidangkan sekadar termampu.
Maaf.

1. Relasi : Hilal Asyraf
Relasi. Mencari sahabat sejati. Siapa yang kita boleh anggap 'sahabat sejati'? Boleh cari dalam ni. :)
"Ketahuilah, sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh ke dalamnya.Sahabat ialah orang yang ingin beriringan dengan kamu ke syurga. Sahabat ialah mereka yang ikhlas menghubungkan silaturrahim denganmu dan tidak mengharapkan apa apa dalam perhubungan kamu selain redha Allah semata-mata. Sahabat ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kamu kepada Allah dan Rasulnya." :') 
Selamat mencari sahabat.

2. Tuhan Lebih Saintifik : Dr. Farhan Hadi
 Tuhan Lebih Saintifik. Buku karya Dr. Farhan Hadi paling best! setakat ini. Dah baca hampir semua karya beliau ni memang 'Thumbs up!' Alhamdulillah. Sangat banyak input menarik. Wajib baca untuk golongan 'sains'. Dapat sedikit sebanyak ilmu untuk berdepan dengan golongan atheist yang biasanya menggunakan hujah sains.  

3. Takdir 2 : Hilal Asyraf
 Takdir 2. Percaya yang tidak sirna. Awesome! Jalan cerita memang mengajar aku percaya hanya pada Allah! I don't know how to express my feeling masa baca buku ni ! Jemput baca & hayati. 
"Kekuatan itu lahir dari keimanan yg terpasak dalam diri & percaya yang tidak pernah sirna pada-Nya."


4. VT : Hilal Asyraf
 Actually, buku ni dah lama. Aku je baru baca sebab akan keluar VT2. InshaaAllah. 
Tetang volleyball team. Best. "Sukan itu ibadah." Itu yang ingin mereka tunjuk pada semua orang. Itu matlamat mereka. 
Memang ajaib hidup orang orang yang di'tarbiyyah' ni. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka juga. Mungkin lebih baik. :)

5. Simfoni Cinta : Hilal Asyraf
 Kumpulan cerpen by Hilal Asyraf. Semua cerpen berobjektifkan tentang cinta. Tapi bukan cinta lelaki & perempuan sahaja, cintakan sahabat, ibu bapa dan yang penting cintakan Pencipta. :)
"Kadang kita terlalu mengejar cinta manusia,
Hingga lupa urusan cinta kita dengan-Nya masih banyak belum diusahakan,
Kemudian bila kita mengeluh dengan sukarnya cinta kita dengan manusia,
Baru kita perasan yang kita telah kehilangan."
*Deep*

6. Cinta Suci Zahrana : Habiburrahman El Shirazy
 Buku versi Indonesia. Uhuk uhuk! Memang macam sinetron lah aku baca. Nice one :) Btw, buku ni adaptasi filem. Boleh la tengok kisahnya di sini 
"Orang yang bahagianya adalah kerana harus memiliki ketika melihat sekuntum bunga harum semerbak, maka ia akan memetik bunga itu untuk disimpan di kamarnya, agar dia dapat menikmati keharumannya sepanjang waktu.
Tetapi orang yang bahagianya jika bisa memberi manfaat, kemungkinan besar akan membiarkan bunga itu tumbuh, bahkan menyirami dan memelihara agar setiap orang yang lewat dapat menikmati keharumannya."

7. Dalam Dekapan Ukhuwah : Salim A. Fillah
"Kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping."
*nanges T.T*
 Buku best! Memang teringin nak baca dari dulu. Alhamdulillah dapat peluang ini.
Best sangat T.T tersentuh hati ini. Setiap kisah ukhuwah dikaitkan dengan kisah Rasulullah. :') Betapa mulianya akhlak baginda. Membacanya membuatkan aku tersenyum. Terlalu rindu umatmu ini padamu ya Rasulullah :'(

8. Wahai Pemuda : Hassan Al-Banna
9. Antara Semalam dan Hari ini : Hassan Al-Banna
10. Syahadatul Haq : Abu 'Ala A-Maududi
 ^ MUST READ ^ books.

11. Reclaim Your Heart : Yasmin Mogahed
 Setiap kali baca nak nangis. Banyak membantu aku. Alhamdulillah :')
"Many of us live in our lives entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Often, we have no idea why this happens. Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in and out of life's most deceptive traps."
It's really works to heal my heart. Thanks to Allah. :)

12. Syabab Musafir Kasih : Fatimah Syarha
Kisah Syabab. Buku ni pun dah lama. Baru nak baca. *Kesian ye*
"Ayuh! 
Kau pemuda, 
Gagah bertenaga, 
Kreatif berwibawa, 
Bangkitlah membela!"
"Berat buku-buku pelajaran, berat lagi amanah kita untuk mendalami dan menyampaikannya."-pesanan buat penuntut ilmu.


13. Untuk Kita Pendosa, Harapan Selalu Ada : Hilal Asyraf
14. Ikram Ma'ana, Bahtera Menuju Ke Syurga : Hilal Asyraf
15. Kembara Hamba Mencari Cahaya : Hilal Asyraf
16.  Bekalan Kebahagiaan & Petunjuk Jalan Menuju Syurga : Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani
17. Berjiwa Suci Kerana Mempunyai Iman : Sayyid Qutb
Lastly, buku-buku ni buku berkala. Means tak baca sekali gus habis pun :D Sehari satu tajuk. Worth buat pedoman sepanjang hari.


That's all about bookssssssssssssss. Kalau ada rakan-rakan yang nak pinjam jangan segan silu minta. :)

Dan eh eh, buku study pun baca juga. Tapiiii.........
----------------------------

Beberapa jam atau detik lagi.
Second year-to-be.
Ada junior. :D Heh.

Datanglah semangat !
Please please please.

More focus please.
Pro exam menanti.

*Semoga urusan dalam kembara ilmu berjalan dalam redha Allah. Usaha untuk kejayaan demi ummah!*

Petang petang tadi duk tacing tacing nak masuk second year :'(
'Awak, tolong ajar saya eh untuk second year nanti. T.T' 
'Takpe kita sama-sama eh.'
TTTT_____TTTT

Ready. Tajdid niat. 

Wallahu'alam.

Thursday, August 22, 2013

Jauh

بسم الله الرحمن الرحيم 

Terjaga di saat malam sepi. Kelam. 
Sunyi. Tanpa bunyi.
Hanya putaran kipas berkelajuan lima dan detik jam kedengaran.
Hati ini bertambah sepi. Sayu.

Saat ini, aku tak pasti apa yang aku rasa dalam hati ini.
Yang aku tahu hanya terungkap dengan satu perkataan.
JAUH.

Allah,
Aku rasa jauh dariMu.
Sangat jauh.

Ramadhan baru sebentar berlalu. Tak sampai sebulan pun lagi.
Mengapa susah untuk istiqamah? 
Allahurabbi, hamba apakah aku ini?

Muttaba'ah amal tunggang langgang.
Rongak sana sini.
Busy. 
Alasan! 

Aku rasa jauh. Tapi hakikatnya aku yang menjauh.
Dia. Sentiasa di sini, menemani aku. Dalam sedar ataupun tidak.

Pernah suatu ketika aku melihat seorang sahabatku menangis. Dia sangat baik padaku. Sungguh kejam untuk aku tidak mempedulikan dia. Dan aku bukan kejam. Sahabat, tanggungjawab aku.
Tanpa aku tahu punca aku berkata:
"Awak, awak tahu tak apa yang saya buat kalau saya sedih sangat sangat dan saya tak tahu nak mengadu kat siapa? Saya tak pasti kalau saya bagitahu orang, ada ke yang sudi memahami, ada ke yang sudi merasa sama. Saat mengadu pada manusia, mungkin lebih menyakitkan.
Satu je saya boleh cakap, dan saya tak tahu ayat bunga bunga nak tenangkan orang. Solat. Solat awak. Dalam solat saya hilangkan sedih saya."

Nah, saat sepi ini aku teringat akan perbualan itu dan aku rasa aku yang sedang menasihati diri aku sendiri.

Dalam solat ku adukan semuanya.
Namun aku tak pasti apa yang perlu aku adukan. Semua. Ya semua. Tak terungkap kecelaruan hati.
Tapi aku yang yakin Dia Maha Mengetahui. Lantas ku mohon kekuatan hati untuk apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sungguh, aku tak tahu takdir Mu. Semua di luar batas pengetahuanku dan bukan kemampuan aku untuk mencipta hidupku sendiri.

Sungguh aku banyak khilaf. Tak layak rasanya menghuni SyurgaMu. Namun aku takut neraka Mu. Ampuni aku.

Allah,
Kuatkan aku.
Allah,
Jangan tinggalkan aku.

HM
0334, 220813

--------------

- Let's renew our Iman.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah."
 (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)

- Refresh balik muttaba'ah yang rongak rongak tu.

- Kuatkan pergangtungan hanya pada Dia. Di setiap detik hidup kita, jangan pernah terlepas menggenggam erat tali-Nya.


Kata cinta. Buktikan dengan amalan

---------------

Sungguh, kuatnya mereka menghadapi ujian Allah & meyakini janji Nya.
Nampak jelas tarbiyah ruhiyah dalam hati mereka sangat mantap.
Kalau aku yang lembik ni di tempat mereka, tak tahu apa jadi.

La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.

#PrayForEgypt



#PrayForSyria
#PrayForPalestine
#PrayForMalaysia yang 'aman'
#PrayForUmmah
#PrayForIslam
#PrayForAll

Wallahu'alam


Monday, August 19, 2013

Pulanglah hati pada Nya

Telefon bimbit bergegar.

Gegaran itu juga memberitahu Safiyyah ada pesanan masuk ke dalam peti pesanan telefon bimbitnya. 

Hakim, insan itulah yang dikagumi Safiyyah. Mungkin tak sesempurna mana. Tapi Safiyyah meletakkan sinar harapan yang tinggi padanya. Pedulikan orang kata, tertutup semua masa silam Hakim. Pada Safiyyah semua manusia mampu berubah, sama ada mahu atau tidak sahaja. Dari itu dia meletakkan kepercayaan yang tinggi mungkin sahaja menggunung pada insan bernama Hakim. Insan itu juga yang diharap mampu memimpinnya ke Syurga yang kekal suatu hari nanti. Saban hari dia berdoa moga impiannya menjadi kenyataan.

Namun hari ini, bagaikan semuanya punah.

Mungkin sampai di sini sahajalah hubungan kita. Maaf.

Safiyyah hampir tak percaya dengan apa yang dibaca saat itu. Berulang kali dia menatap telefon bimbitnya. Hampir sekali mengeja setiap patah huruf. Namun itu ternyata, REALITI.

Hakim bertindak begitu setelah Safiyyah menasihati sesuatu tentang hubungan mereka.

Safiyyah hanya mampu membalas:

Okay. Terima kasih dan minta maaf atas segalanya.

Saat itu, semua janji telah terpadam. Segala impian telah terkubur.

Safiyyah tidak tahu apa rasa hatinya saat ini. Sedih atau gembira?

Sedih kerana itu impiannya sekian lama. Lagi Hakim orang pertama yang dia percaya. Belum pernah lagi dia mempercayai mana-mana lelaki. Namun dia tahu itu semua dari Allah. Dia tahu pada siapa dia harus berpegang sekarang. 

Gembira. Mungkin sebab ini yang dia mahu. Sebab pada dia hati tak terjaga dalam hubungan ini. Mungkin dah cukup terseksa Safiyyah menipu diri sendiri, dia tak selesa dalam hubungan itu. Terasa berdosa dan bersalah, namun tiada siapa yang muncul menegur dirinya. Cukuplah. Dia tak mahu ramai lagi syaitan mentertawakan dirinya. 

Pasrah dan redha.

Safiyyah cuba bersangka baik pada semua di sekelilingnya.

Sangkaan Safiyyah, 'mungkin Hakim buat keputusan ini kerana dia telah berfikir panjang. Dia ingin dekat dengan Allah dan mungkin aku menjadi penghalang untuk dia lebih dekat pada Penciptanya.' Bicara hati Safiyyah.

Safiyyah redha kerana dia pernah berjanji kepada dirinya, ‘walaupun terpaksa berpisah aku rela asalkan aku tak bawa dia ke neraka. Itu bukti sayang kerana Allah.’ Itu pendiriannya.

------

Hari-hari berlalu Safiyyah sentiasa tersenyum dan gembira menikmati segala nikmat Tuhannya yang tidak terhingga banyaknya.

Pedih, luluh dan perit hatinya disimpan kemas dalam hati. Tak sekali dia menzahirkan. 

Sesekali jiwanya lemah, dia kembali mengadu pada Yang Esa. Itu lebih menenangkan. 
Namun sebagai manusia dia perlukan seseorang untuk melepaskan lelah. Safiyyah bijak memilih. Dia hanya menceritakan kepada tiga orang teman yang dia rasa mampu menguatkannya saat itu. 

Dia memilih untuk berdiam agar tiada hati yang disakiti, tiada ukhuwah yang terpincang.

------

Hampir sebulan berlalu. Namun belum pun cukup sebulan pada perkiraan Safiyyah.

Dia mendapat tahu tentang Hakim.

Pedih. Umpama luka yang hampir sembuh tapi ditoreh kembali pada tempat yang sama. Itu yang Safiyyah rasa. Mungkin hatinya belum cukup redha.

Dia tahu bukan dari orang lain, dia tahu sendiri. Entah kenapa itu yang Allah nak tunjukkan padanya. 

Pasrah dan redha.

Dia milik yang lain.

Hampir hilang arah tuju. Safiyyah memegang Kitab Suci. Dibaca dibelek satu per satu ayat-ayatNya. Tenang. Terasa bagai dipujuk dan dibelai oleh Sang Penyayang. 

Pada Ummi, satu-satunya ibu yang dia sayang, dia bercerita dengan linangan air mata.

Kata-kata semangat dari seorang ibu tak pernah jemu Safiyyah dengar dan hadamkan. 

“Ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Terus kuatkan diri membina jiwa lebih dekat pada Allah. Ingat janji Allah, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.” Ringkas pesanan ummi, tapi sangat meruntun jiwa Safiyyah.

“Terima kasih Ummi.” Getus hati Safiyyah. 

Kasih sayang murni seorang ummi terasa mengalir di setiap salur darahnya.

------

Perbualan Safiyyah bersama teman-temannya. Kini mereka semua sudah tahu akan apa yang terjadi, tapi mereka tahu bukan dari Safiyyah. 

Teman : “Kenapa dia buat pada kau begini Saf?”

Safiyyah : “I have no idea.”

Teman : “Sebab kena tunggu lama atau sebab dia rasa dia tak layak untuk kau? Mungkin dia rasa diri dia tak cukup baik untuk kau.”

Safiyyah : "Heh."

Hanya gelak nada sinis itu sahaja yang Safiyyah mampu luahkan. Dalam hatinya seratus peratus menafikan perkara itu. Tunggu lama? Tempoh masa itu bisa sahaja menjadi singkat. Tapi perlukan usaha dan kesungguhan yang tinggi. Dan Safiyyah menegaskan dalam dirinya, ‘aku bukan insan yang paling baik di dunia ini dan hina rasa diri ini untuk ‘demand’ lelaki yang terbaik. Aku cuma manusia yang berusaha menjadi yang lebih baik dari aku yang sebelum ini.’

Teman : "Kau nak suruh aku tolong apa-apa Saf?"

Safiyyah : "Tak. Tak perlu. Dia dah besar dan padai fikir mana yang terbaik untuk dirinya dan akhiratnya."

Bulat tekad Safiyyah.

Teman : "You deserve a better person Saf. Put your trust in Allah. Kau patut bersyukur Allah sedarkan kau dari awal."

Ayat itu paling menyentap hati Safiyyah. Dari teman-teman yang dia sayang.

-------

Safiyyah tekad. Tekad melupakan segalanya. 

Dia tahu ini semua dari Allah. Dia yang beri untuk menegur hambaNya yang mungkin telah terpesona dengan fatamorgana dunia dan terlalai dari mengingatinya.

Safiyyah Berusaha menjadi yang lebih baik dan lebih dekat dengan Tuhannya. Tanpa mengharap apa-apa balasan selain redha Allah.

Dia yakin dengan semua janji Allah yang termaktub dalam Kitab Suci itu. Sungguh menenangkan.

Safiyyah mendoakan agar Hakim bahagia dan sentiasa berada dalam redha Allah.

Tanpa ada rasa dendam Safiyyah melepaskan segalanya di Tangan penentu takdir. Dendam hanya lebih menyakitkan jiwa yang teruka.

Jangan tergoda dengan indahnya dunia,
Kelak di Akhirat jiwa kita yang merana.

Safiyyah menamatkan kisahnya dengan;

Aku kini bahagia dengan cara aku.

Hatinya kini telah kembali pada yang menciptakan hatinya dan yang berhak memiliki.


TAMAT.


P/s: Kisah di atas hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah pergi mengadap Ilahi.

Wallahu'alam.