Terjaga di saat malam sepi. Kelam.
Sunyi. Tanpa bunyi.
Hanya putaran kipas berkelajuan lima dan detik jam kedengaran.
Hati ini bertambah sepi. Sayu.
Saat ini, aku tak pasti apa yang aku rasa dalam hati ini.
Yang aku tahu hanya terungkap dengan satu perkataan.
JAUH.
Allah,
Aku rasa jauh dariMu.
Sangat jauh.
Ramadhan baru sebentar berlalu. Tak sampai sebulan pun lagi.
Mengapa susah untuk istiqamah?
Allahurabbi, hamba apakah aku ini?
Muttaba'ah amal tunggang langgang.
Rongak sana sini.
Busy.
Alasan!
Aku rasa jauh. Tapi hakikatnya aku yang menjauh.
Dia. Sentiasa di sini, menemani aku. Dalam sedar ataupun tidak.
Pernah suatu ketika aku melihat seorang sahabatku menangis. Dia sangat baik padaku. Sungguh kejam untuk aku tidak mempedulikan dia. Dan aku bukan kejam. Sahabat, tanggungjawab aku.
Tanpa aku tahu punca aku berkata:
"Awak, awak tahu tak apa yang saya buat kalau saya sedih sangat sangat dan saya tak tahu nak mengadu kat siapa? Saya tak pasti kalau saya bagitahu orang, ada ke yang sudi memahami, ada ke yang sudi merasa sama. Saat mengadu pada manusia, mungkin lebih menyakitkan.
Satu je saya boleh cakap, dan saya tak tahu ayat bunga bunga nak tenangkan orang. Solat. Solat awak. Dalam solat saya hilangkan sedih saya."
Nah, saat sepi ini aku teringat akan perbualan itu dan aku rasa aku yang sedang menasihati diri aku sendiri.
Dalam solat ku adukan semuanya.
Namun aku tak pasti apa yang perlu aku adukan. Semua. Ya semua. Tak terungkap kecelaruan hati.
Tapi aku yang yakin Dia Maha Mengetahui. Lantas ku mohon kekuatan hati untuk apa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sungguh, aku tak tahu takdir Mu. Semua di luar batas pengetahuanku dan bukan kemampuan aku untuk mencipta hidupku sendiri.
Sungguh aku banyak khilaf. Tak layak rasanya menghuni SyurgaMu. Namun aku takut neraka Mu. Ampuni aku.
Allah,
Kuatkan aku.
Allah,
Jangan tinggalkan aku.
HM
0334, 220813
--------------
- Let's renew our Iman.
"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah."
(HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)
- Refresh balik muttaba'ah yang rongak rongak tu.
- Kuatkan pergangtungan hanya pada Dia. Di setiap detik hidup kita, jangan pernah terlepas menggenggam erat tali-Nya.
Kata cinta. Buktikan dengan amalan |
---------------
Sungguh, kuatnya mereka menghadapi ujian Allah & meyakini janji Nya.
Nampak jelas tarbiyah ruhiyah dalam hati mereka sangat mantap.
Kalau aku yang lembik ni di tempat mereka, tak tahu apa jadi.
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
#PrayForEgypt
#PrayForSyria
#PrayForPalestine
#PrayForMalaysia yang 'aman'
#PrayForUmmah
#PrayForIslam
#PrayForAll
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment