Tuesday, December 18, 2018

Throwback ONE year ago..

Throwback ONE year ago.. (panjangnya 😨)




Assalamualaikum
Sempena Iffat Mahdi masuk setahun. Abadikan kisah delivery Iffat di sini. Sebab tempat lain semua tak terima karangan panjang mama. Haha

In final semester for final year MBBS. 
EDD 18/12/2017 (Isnin)
Posting Internal Medicine di Temerloh. 

Tapi gigih hampir every weekend balik sepang sebab nak deliver kat Selangor 😅 Gigih jadi manusia paling rajin join segala ward round & bed side teaching tanpa duduk sebab orang kata jalan banyak-banyak senang nak beranak. 🤦‍♀️
So, weekend tu seperti biasa balik sepang mengharap baby keluar weekend ni. Dah sampai ahad macam kecewa takde sg/sx nak labour pun. Braxton hicks je ada. Tapi tak sakit. 😌 Tabah je lah nak balik Temerloh balik. 

OTW balik temerloh, sampai Ampang. We decided untuk tidur di Saga (rumah sewa) jelah sebab dah malam kan. Esok pagi kena pergi KKIA juga. Lepas ke Klinik baru gerak ke Temerloh. Ok set. 
Sempat makan sate dulu before balik rumah. Dah sampai rumah, ada contraction biasa tapi sakit sikit. Duk timing contraction guna apps. Ok lah tidur dulu masa tu dah pukul 12 am
Pukul 2 pagi terjaga. Macam makin kerap contraction + sakit sikit + check ada show. Ok kejut suami, “jom pergi hospital”. 

Dalam kereta, “emm nak pergi hospital mana ni?” Since jalan lengang sangat 2 pagi ni, kita pergi Hospital Serdang lah. Dekat lagi dengan sepang. Pergi PAC daftar masuk semua. 3am++ baru check CTG, Dr check os 2cm & scan baby. Ok tenang2 je dekat PAC. Ada beberapa orang patient. Tunggu next review dalam pukul 7 lebih. Masa tu ngantuk + lapar + sakit sikit tolerable lagi. Lepas solat subuh, nak makan tapi tak selera pening sebab ngantuk sangat kot. Makan roti sikit, kurma, air. Lepastu muntah. 😞 Makan lah balik kurma sikit & minum air. 

Next review, dalam 8 am. Dr check, 3cm. Dr pakar round. Dia decide naik ward dulu. Sebab primid dia expect progress lambat lagi. Next review 12pm. Ok. Duduk di PAC sementara tunggu naik wad. Sebab lambakan patient, memang tiada penghujung lah penantian itu. PAC pun dah start ramai sangat patient keluar masuk. Aku duduk situ setia menanti untuk naik ward. Tapi sakit dah makin kuat. Bila contraction datang memang kau tahan sakit je kat sofa, bila dia pergi kau tertidur dan terjaga masa contraction datang balik. Tak timing pun! Adoi. Dah malas nak layan msg & call. Suami yg sedang bosan menunggu di luar whatsapp call msg pun tak larat nak layan. Dia call tanya ckp sembang, “do you need any pain killer?” YES! Masuk je labour room memang benda pertama aku nak mintak! Haha. 

Sakit makin sakit, contraction pun makin kerap kot. Seriously tak timing sebab macam sedar tak sedar nak tengok jam. Bangun tidur bangun camtulah. Orang lain kat PAC tu macam rilex je. Aku dalam hati macam “ke aku yg over sebab primid kan.” So, duduk je lah situ. 😟
Hampir pukul 12 nurse nak cek vital sign semua, bagitau makin sakit. Ok nurse suruh timing. Aku iyakan. Tapi sama juga tak teringat nak timing. Oh my bad. Tahan je sakit ni sampai Dr check sekejap lagi. Sampai nak dekat pukul 1 Dr belum panggil. Takpe, sabar dulu. Ramai patient ni. 

Rasa nak buang air besar kecil tapi tak larat nak gi toilet. Time tak ada contraction gagahkan diri gi toilet. Tapi tak boleh nak buang apa-apa. Ok, dalam hati seyeslah 😰
Ok duduk balik kat PAC. Kali ni memang tak tahan dah lah sakit & rasa sesuatu. 😨
Terus mintak tolong akak yang tengah rilex duduk kat sebelah panggil nurse sebab tak larat nak panggil sendiri, “akak tolong panggil nurse, macam sakit sangat dah.” Akak tu pun duk kalut panggil nurse. Nurse bawak gi katil. Dr check dah 8cm dia mintak kawan dia confirmkan, “dah fully ni!”

Drama lah kat PAC tu “primid fully ni!” Jerit nurse & Dr. “Puan jangan teran sini ye”. Ok meraka tengah kalut. Pandai2 kita lah baring mengiring ke kiri. Pastu call suami nak kena masuk labour room sebab dah fully. Dia yg nak gi solat zohor pun kelam kabut datang labour room. 
Masa tengah tolak ke LR, “Dr, branula saya tak pasang lagi ni.” Dr baru perasan. Oh yeke?! Kelam kabut Dr pasang depan LR.

Masuk LR, suami belum datang lagi. Aku yang cuak. Nak bersalin dah ke ni 😰
Dr pecahkan air ketuban. Contraction datang terus suruh teran. Aku cam kalutt. Kena marah lah dengan nurse. Sorang lagi nurse tenangkan, “ok dengar cakap saya je”. Memang dengar cakap dia jelah. Tak dengar dah orang lain cakap apa. Suami sampai masa nak push dah. Ok beberapa kali push maka kedengaran lah tangisan baby comel mama. Syukur Alhamdulillah. Perasaan tak dapat digambar. Pertama kali rasa jatuh cinta pandang pertama menatap matamu 😢

—————-

Nama ‘Iffat Mahdi diberi.
Nak decide nama pun payah. Sebab memang kami tak pernah lagi decide apa2 nama. Sebab nak bincang je, terfikir exam paeds lah Gynae lah Obs lah bagai. Haha. Last2 memang tak sempat bincang. Acah busy. 😜

After a week delivery, terus pergi kelas seperti biasa. Join semua lah ward work, teaching semua. Posting merata temerloh, ampang, klang dan PD. 

Alhamdulillah Iffat sentiasa Allah jagakan bersama nenek, atok, opah, tok, makngah, dan semua pakcik makcik dia. Terima kasih semua sebab sentiasa jaga Iffat. 💕😍

Terima kasih ‘Iffat Mahdi yang sentiasa behave dari kecil. Selamat ulang tahun pertama. Semoga sentiasa dirahmati Allah. Membesar menjadi insan berguna kepada Agama & negara. Mama papa & semua sayang Iffat 😘😘


18/12/2018
Humaira Mahpa
‘Iffat Mahdi 12 month old

No comments: