Saturday, February 9, 2013

Shopping.Girls.Nafs.Iman.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Actually, tertarik dengan status di muka buku ini :


Seriously, true!

Kan ? Kan? Kan?
Kalau anda perempuan, jangan tipu diri sendiri.
:)

I am a girl.
and
I love shopping.

Memang boleh hilang stress, 
Kalau tak percaya kan,
Cuba perhatikan.....
Immediately after exam,
perempuan akan planning pergi shopping. Tak pun jalan2 katenya. Jalan2 tu window shopping lah kan? Betul tak. Tak payah tipu.
Berbeza dengan lelaki. Main game lah bagai kan.

Ok.

To be honest, saya suka shopping.
Tapi bila dengan parents lah. 
Or husband maybe.
Kalau sorang means dengan kawan2.
I just like to 'window shopping' sebab tak berwang sangat kan :D

The best thing about 'window shopping'
Ok, biasalah perempuan kan. Nampak semua benda nak dibelinya. Hoyehhh, parah kalau tak dikawal.
This is called NAFSU.
Then, the one that only can control our Nafs Is IMAN.

Yeah, thats it!

Seronok sangat bila jalan-jalan.
Nampak benda yang nak dibeli.
Memang nakkkkkkkkk sangatttttttt. - ni nafsu kata.
Tapi hati / iman kata - Eh, tak payah lah. Bukan keperluan sekarang.
Lastly tak beli. 
Wahhhhh time ni,
Rasa nak gelak guling guling tengok nafsu kalah.
Yessssaa, Iman menang :) *tersenyum bangga*

"Bila Nafsu dan Iman bertembung,

Kita tengok mana lagi kuat B)"


Benda yang paling suka. BUKU.bacenye entah.
Baju.Kasut.beg @,@

Thats all.
And pesanan ringkas daripada saya :

# sebelum shopping fikir dulu kehendak dan keperluan. Semestinya keperluan perlu diutamakan.
# jangan keluar duit banyak sangat. cukup cukup je untuk keperluan. sebab ini lah yang akan menewaskan anda. 
# ingat, jangan biarkan Nafsu selalu menang. sekali sekala tak pe. hehe
# shopping or window shopping jangan selalu. nanti membazir masa dan harta.

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
[Surah al-Israa : 27]




Wallahu'alam

Dr.HumairaMahpa

Mutiara Hikmah #KFiqhw

Bismillahirrahmanirrahim.

Bismillahi walhamdulillah.



Yeah!
Alhamdulillah, already finished my first semester of medical school.
\(^_^\)
\(^_^)/
(/^_^)/
and my first event is....
(erk, second actually. First is... shhhhhhhhh)

button with bag comel ^^
KONVENSYEN FIQH WANITA & ISLAM
Venue : MAEPS, Serdang.
19 & 20 January 2012

So, purpose of this entry :
I want to share a little bit knowledge from this talk.
Maaf sesangat. Rasa macam tak banyak sangat yang boleh deliver di sini.
Of course lah the person whose went there and heard the talks from asaatizah directly would get more more more and more new knowledge rather than who read this entry. Don't expect more please.
Lagilah dari manusia tak pandai menulis ni :(
And don't expect I will share the whole of the notes given.

Dan amaran awal:
kalau rasa agak-agak dah serabut tu better klik button comel merah ataaaas kanan tu ye :)

-----------------------------

SABTU - 19 JANUARI 2013

#Pembentangan 1 : Fiqh Wanita : Wanita Solehah Pendamai Dunia. 
By : Dr. Zaharuddin

The most terkesan pada diri is on Solehah mendamaikan dunia melalui diri sendiri :
wanita solehah itu.....
  • Menyedari diri tidak sempurna lalu melazimi taubat & muhasabah diri
    Sentiasa rasa dirinya berdosa, sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan berusaha meningkatkan ilmu fardhu ain nya. Hebat mana pun seorang wanita itu, pakar perubatan ke engineer ect. ilmu fardhu ain itu mesti ada dan dipertingkatkan. That is, nak berjaya dunia & akhirat bukan sekadar mengejar ilmu dunia. Perlu kutip ilmu dunia & akhirat itu seiring.

  • Mendahulukan pandangan berasaskan nas dan aqal bukan emosi semata-mata.
    Apabila emosi menguasai diri, memang kita tak guna rasional.
    Sama seperti EGO yang ada dalam diri seorang lelaki. Itu satu kelebihan actually. Susah weh kalau pemimpin tak ada ego yang tinggi. (setuju?)
    Kelebihan perempuan is there, EMOSI. Tapi, kalau kita biarkan emosi yang mempengaruhi hidup kita - tak jadilah wanita solehah. So, kawallah emosi itu dengan mencari redha Allah. :)

  • Mementingkan soal kualiti iman dan aurat berbanding kecantikan luaran.
    Jadi kalau bersiap-siap nak keluar rumah. Tenung diri kat cermin. Bukan tengok kecantikan yang hanya menarik perhatian manusia tetapi lihatlah sudut mana lagi aurat ku tidak sempurna.
    Jangan terlalu mementingkan pandangan manusia, pandangan Allah itu lebih penting & diredhai.

  • Redha & Sabar.
  • Menyedari bahagia bukan semata kebendaan & duniawi tetapi redha Allah dalam hati.
  • Sentiasa amar makruf nahi mungkar.
Conclusion:
to all muslimin, didiklah wanita2 menjadi wanita solehah and to all wanita, didiklah diri anda menjadi wanita solehah kerana wanita solehah ini lah yang mampu menjadi pendamai dunia. 
Jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian itu tidak mampu menggoncang dunia.
Disebalik kehebatan seorang lelaki, dibelakangnya pasti ada seorang wanita yang sentiasa menyokong.

#Sidang Panel1 : Kedudukan Wanita di dalam Islam : ANtara Liberal & Ekstrim 
By : Dr. Zahazan Mohamed & Dr. Mohd Sukki Othman

#Istimewa : Bersama Oki Setiana Dewi

Oki cerita tentang pengalaman hidupnya.
Oleh kerana saya dah pernah baca 2 daripada bukunya, so dah dapat tahu sedikit sebanyak perkongsiannya masa tu. 



"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah," lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang"

(QS 61:14)



#Pembentangan 2 : Rumahtangga & Kerjaya : Celik Mata & Hati
By: Prof. Dr. Muhaya Muhammad


Tujuan perkahwinan bukan untuk mencari kebahagiaan tetapi MEMBAWA kebahagiaan.
(konsep memberi lebih daripada menerima)

We live from inside to outside not outside to inside.
(maksud:biar dalam diri kita ni yang mempengaruhi sekeliling.Jati diri kena kuat)

Believe in Allah. Yakin pada diri sendiri.
Kita tak akan dapat apa yang kita hendak, tapi kita dapat apa yanag kita sangka.
Segalanya bermula dengan fikiran yang positif. :)

Jadilah manusia yang bahagia & membahagiakan.
Reset your mind !

#Sidang Panel 2 :
Wanita Jangan Teraniaya : Celik Undang-undang keluarga.
By: Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar

- saya tak reti hurai undang2 ni-
maaf

but the conclusion,
to all wanita, mesti perlu tahu tentang undang-undang keluarga. 

..."Katakanlah (wahai Muhammad) apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran.
(Az-zumar 39:9)

Pengamatan Prinsip & Disiplin Kewanitaan dalam Surah An-Nur
By:Dr. Sofiah Samsudin

"Sebelum baca Quran, bayangkan anda  sedang kehausan dan huruf-huruf di dalam Al-Quran itu umpama air yang menghilangkan dahaga." :')


--------------------------------

AHAD - 20 JANUARI 2013

Pagi : Sesi bersama Isteri Asatizah MURSHID 

This session for ladies only :)
Best. Tapi masa singkat sangat. :(


#Pembentangan 3 : Menjawab Salah Faham Kesaksamaan GenderBy : Ustazah Norhafizah Musa

Kesaksamaan = Adil 
bukan SAMA.
So, apa yang Allah dah tetapkan dalam Islam lelaki & perempuan ada hak, tugas dan tanggungjawab yang tertentu. Dan semua itu adil.


#Pembentangan 4 : Serikandi Sahabat di Hati Gadis SemasaBy : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Apa yang perlu dicontohi daripada serikandi adalah dari aspek:

Spiritual
Physical
Intelectual
Emotional
Social

mereka.



#Sidang Panel 3 :
Perkahwinan : Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya
By: Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Keamanan dunia ini sebenarnya bermula daripada institusi kekeluargaan.
*take note please*

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Erti perkahwinan :
Tujuan
Bersatu hati
Peranan vs Hak
Akidah, Syariat, Akhlak

Suami yang Soleh :
Ada 2 ciri iaitu Amiinn (Akhlaknya) & Qawiyy (Kemahiran)

". إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ...."
"...sesungguhnya sebaik-baik orang untuk engkau berikan kerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".
[Al-Qasas : 26]

Kepada muslimin :
Didik diri - untuk didik isteri (anak-anak)
Selesaikan urusan dengan Allah - selesai urusan dengan manusia
Jadilah suami - Mukmin & Profesional.

"...يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا"
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..."
[At-Tahrim : 6 ]


Wanita Semasa : Sihat Diri Sihat Keluarga
by: Prof. Madya Dr. Harlina Haliza Siraj

OK, yang ni kami excited terlebih.
budak medic kan. -,-

Banyak tekankan tentang depression & hpv.

siapa setuju? any comment?
conclusion and Q&A session :
1. Kematangan tidak bergantung pada usia tapi pada :
-Ilmu (tauhid)
-Feqah
-Sifat2 (Mahmudah, Mazmumah)
-Iman, Ihsan, Islam

2. Bukan mencari pasangan yang baik, tapi menjadi yang baik.

3. Tiga cara mencari jodoh yang baik :
-Jadi orang yang baik
-Ikut pilihan orang yang baik
-Cara yang baik.
#Tekad cintakan Allah & Rasul = Bahagia.

4. Perempuan akan tertarik pada lelaki yang : Bertanggungjawab kepada Allah.
Lelaki akan tertarik dengan perempuan yang : Tajam fikirannya.

Forum : Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah.
Panel : Dr. Khairuddin Aman Razali, Ustazah Fatimah Syarha, Kapten Hafiz Firdaus.
Moderator : Nurul Suhadah Shuib.

Forum yang hangat.


Nak best isi tentang poligami vs monogami ni,
saranan saya, baca buku ustazah fatimah syarha :
Sebarkan CintaMu
Cinta High Class (dalam ni pun ada jugak tak silap)



We are GEN 8 FPSK USIM :D

Okay, 
thats all for Konvensyen Fiqh Wanita & Islam.

ini sahaja sedikit ilmu yang mampu dikongsi
Maaf lambat post.
Maaf kalau ada yang terlalu lama menanti.
(ade ke?)

Yang pergi tu, kalau ada menambah kekurangan saya, dialu-alukan 

Wallahu'alam


Dr.HumairaMahpa

First year. First sem.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alright, 
First, I would like to open the story that was closed a long time ago.
(terabur gila english.whatever)
Cerita dah basi.
Boooo.

*ada aku kisah?!*

Okay,
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
I just finished my first semester of medical school.
(baru first wehh)
So, 11 semester left.
 baru boleh kahwin. eheh (out of topic)

First semester penuh dengan 
air mata
senyum
ketawa
(tengok, mana ranking first)
But, all this tak dapat nak bayar pengalaman yang sangat berharga.

First Semester.
Adaptation phase.
Budak baru belajar.
Memang merangkak-rangkak lah.
Memang rasa mula dari bawahnye.

Mid Sem Exam,
Fail.
Nanges.
T,T
Memang diri ni jelah yang tahu sakitnya.
Tapi, Allah kan ada.
Dia bagi ujian ni awal sebab tak nak aku lalai.
Biar aku sedar, kalau nak berjaya kena usaha lebih lagi.
Usaha lebih.
Doa lebih.
Ibadah lebih.
Perkara lagho tinggalkan.

My lovely mentor always said :
"Awak bukan tak boleh,
awak boleh.
Awak bukan tak pandai,
kalau tak pandai awak takde kat sini.
Just find your right study style.
Don't just study hard, more important is study smart."

Okay doctor :')

itu pasal study.
dan itu baru midsem.
end sem. tawakal banyak2.

---------------------------------

First year. First sem.

Banyak sangat terlibat dengan aktiviti.
Eh, banyak ke?
Banyak lah. Daripada orang lain.
Seriously, semua program ada muka ni.
*tak reti duduk diam ok*

Letih
Penat
tapi, BEST.
Sebab orang lain tak dapat apa yang anda dapat.

Masuk
Road relay.
Rela je ni. Bukan dipaksa.
Mula2 macam, ok road relay je punnnn.
Rupanya, practice tough gila wa cakap luu.
Game harapan FMeD lah katekan.
Atlet harapan. 
(mereka bukan saya)
Diorang semua hebat2. seriously.

But 
respect sangat akak2 yang tak pernah berhenti bagi semangat.

aku pernah kata : "akak, saya tak boleh."
akak X : "macam mana awak dah kate awak tak boleh. kita usaha lagi kan?"

aku pernah kata : "akak, kenapa saya kat sini?"
akak Y : "sebab Allah yang letak awak kat sini. Mesti ada sebab Dia nak awak belajar."

Ok, nanges.

Setiap kali latihan.
Setiap kali tu mulut aku nak kata give up.
Tapi tak sempat nak give up, friends and seniors akan 'bebel' (nasihat lah).
thanks.
and I learnt something from that :')


FMeD team.
First year.


Satu lagi.
Debat Piala NC.
Lol
apa aku buat ni?
Serius seumur hidup tak pernah masuk benda ni.
Entah ada bakat ke tak.

Cuba. Try. Test.
Mencari pengalaman.

Latihan tough.
Arghh!
Tapi pengalaman mahal.
3 hari bertanding.
thanks a lot to team mates.
Walaupun tak berapa nak kenal 2 jejaka tu.
But, Alhamdulillah we did well.
Masuk suku akhir and kalah dengan team FPSK A (Kami B) yang hebat.
*kalah dengan juara tu ;)

my team mates


All the FPSK debaters.


---------------------------

Begitulah tamatnya alkisah my first semester.
Hopefully, 
Next sem will be much better :)

Most important in medical school
Never try to study last minutes.
Study constantly.

Ingatkan lah saya lagi lagi dan lagi supaya study.
Ingatkan setiap masa pun tak apa.
jangan lupa ingatkan saya kat Allah juga.

Tapi, study study juga.
Jangan sampai lupa tanggungjawab lain. 
:)

It's hard, tough and hectic life.
But I can do it!

sincerely, 
dari hati ke hati
Dr.HumairaMahpa

Wednesday, January 2, 2013

Aku Sedih.. Lalu Dari Itu Aku Perlu Bangkit..

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Yang menulis ini manusia. Pasti terselit kelemahan dan kekurangan.
Ambil yang baik. 
Tinggalkan yang buruk.

Alhamdulillah
2012 telah melabuhkan tirainya dan kini 2013 menjelma
dan aku 20 tahun 'unofficially'

Sedih 
Takut 

Tiada lagi angka satu dihadapan umurku.
Semakin besar.
Semakin matang pemikiran (sepatutnya).
Semakin banyak tanggungjawab.
Semakin perlu bertanggungjawab.
Semakin perlu sedar tujuan hidup.
Semakin perlu banyak belajar.

Menjadi seorang remaja 20-an.
Bukan lagi masalah cintan-cintun yang perlu dirisaukan hingga makan tak kenyang, mandi tak basah.
Yakin sahaja pada janji Allah.
Usaha dengan doa.

Ada masalah yang lebih lebih bahkan lebih besar yang harus difikirkan.
Apakah ia?

-------------------------

Dari semalam ( 1 Januari 2013 )
Hatiku gundah dan tidak tenang. Serabutlah senang kata.
Sedang asyik study. Tapi hati masih tak tenang.
Hmmmmm.
Diri ini cuba menenangkan diri dengan bermain game dan terkadang menyelak helaian Kitab Suci Al-Quran untuk diamati dan ditadabbur. Tercapai ketenangan. Namun hanya ketika itu.

Risau.
Gundah.

Masalah Umat Kini.
Allahuakbar.
Betapa sedih dan pilu bila dikenang.

Baru-baru ini digemparkan dengan kisah seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun, melayu dan Islam cuba mencabuli seorang wanita.

Sambutan Tahun Baru 2013.
Walaupun ada di sana program-program Islamiah yang bermanfaat,
namun pemandangan di bandaraya Kuala Lumpur tepat jam 12.00 malam masih lagi dipenuhi dengan bunga api, bunyi motor daripada aksi-aksi mat-mat rempit dan tidak kurang juga lagu Gangnam Style yang kuat dipasang dimerata-rata tempat.
Bukti masih ada lagi yang terleka.

Allahurabbi.

Walaupun hidupku di dalam biah yang agak solehah.
Dikelilingi rakan-rakan yang faham Islam.
Ini tak bermakna aku perlu selesa dengan hidupku. 
Masyarat di luar bagaimana?
Andai mereka tidak tahu, siapa yang bertanggungjawab menyedarkan mereka?

Siapa lagi kalau bukan aku, kita? yang faham tentang Islam ini.

Aku Sedih.. Lalu Dari Itu Aku Perlu Bangkit..

Selama hampir 20 tahun hidupku ini, apa yang telah aku lakukan?
Di mana sumbangan aku terhadap agama yang ku pegang ini?
Andai esok bukan milikku lagi, apakah Islam itu akan bangkit dengan adanya usahaku?
T.T

Sering aku dan kawan-kawan fikirkan:
"Bagaimana generasi anak-anak kita nanti ek?"
Hmmmm.
Lalu semua membisu.

We can make a change.

Semuanya bermula dengan diri.
Bagaimana yang telah digagaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Pembentukan Individu Muslim. (IM)
Dari sekolah aku mendengar perkataan 'Individu Muslim' itu, tapi baru kini aku faham kepentingannya.
Ya, Penting. Sangat penting !
Tak payah nak sibuk melompat ke tangga yang seterusnya iaitu "Baitul Muslim" kalau tangga yang pertama (IM) pun masih belum kukuh.
Bukan nak kata tunggu betul-betul kukuh 1st step baru ke 2nd step, but at least anda ada usaha untuk membentuk Individu Muslim dalam diri.

Kesan Individu Muslim,
in shaa Allah generasi akan datang dilahirkan dan dididik dengan Islam yang sempurna.

Dakwah & Tarbiyah (D&T)

Tarbiyah is the most important thing in order to create an 'Individu Muslim'
Jika anda hanya duduk dalam bilik 24 hours study tanpa diselitkan dengan program yang mentarbiyah hati,memang tipis harapan untuk mengukuhkan diri menjadi 'Individu Muslim'.
Seriously, banyak perkara kita perlu seimbangkan.

Dan Individu Muslim ini anda bukan sahaja tanam dalam diri anda seorang sahaja. Di sini perlunya Dakwah.
Bayangkan jika anda berjaya membentuk diri menjadi IM dan mereka yang lain masih hanyut.
Mungkinkah terbentuk Masyarat Muslim itu?

copyright : inizis.com


Sama-sama kita renungkan.


--------------------

And there is one thing as a medical student,
It is hectic life.
Anda boleh rasa down bila-bila masa je.

Dan bila down itu menerjah diri.
Satu je yang aku boleh fikir untuk bangkitkan diri ini balik.
Aku belajar untuk Islam.
Aku nak dunia ni biah Islamiah.
Being a doctor adalah wasilah untuk ke arah itu as the doctor is one of the most trusted person in this world.
in shaa Allah.
Yakin dengan janji-Nya.

---------------------------

To all my friends ;

Tegur lah rakanmu andai terzahir kesilapannya.
Biarlah dia bermasam muka untuk beberapa ketika.
Tetapi kita tidak mahu dia menjadi penyebab kita ke neraka.
Menuntut bela kerana membiarkannya hanyut terleka.

Aku sayang kamu kerana-Nya.
Kerana itu aku takkan sanggup melihat kau merana.
Dibiar diseksa di dalam neraka Jahannam-Nya.

Andai kau lihat aku jatuh dan hilang panduan,
Hulurkan tanganmu, bimbinglah aku
Ke jalan redha Tuhan-Mu.
Itu yang ku nanti.
Jangan biar aku terus hanyut.





Dari lubuk hati yang dalam;
Dr.HumairaMahpa

Tuesday, December 25, 2012

LONELY...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Ya Allah,
dah lama sangat tak mencoret di dinding blog ni.
Rasa bersalah teramat sangat sebab tak manfaatkan blog yang ada ni sebaiknya untuk Islam.
T.T

maaf ( _ _ ||)

--------------------------------
Al-kisah "Lonely"

Cerita lama yang menginsafkan diri.

Pada suatu hari yang indah..
*asal poyo dan skema sangat ni? -.-"
Diri ini telah pulang ke rumah yang sungguh indah begitu awal untuk meneruskan perjuang.
Hasrat di hati ingin study untuk mid sem exam dan group discussion.
Jadi pada hari jumaat yang indah (yang mana cuti berbaki tiga hari lagi : jumaat-sabtu-ahad), saya telah menjejakkan kaki ke GV. Memberanikan diri dengan tinggal seorang diri untuk pagi hingga tengahari. Mereka yang lain dijangkakan akan tiba tengahari atau paling lambat petang.

Tetapi, perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka sampai malam ! T.T
Saya hanya bersendirian more than 12 hours T.T
Masuk jam yang ke 12 memang dah nangis dah.
Yang penting perut teramat sangat lapar. Nak keluar beli makanan seorang diri. Takut.
Makan roti + air mata.
Memang mengharapkan jiran-jiran yang ada.
Terima kasih kepada yang membantu walaupun lambat jugak. :)
Discussion yang dirancang malam tu pun telah di postpone.
T.T rasa nak balik rumah balik saat tu jugak.

------------------------------------------

Di sebalik kisah..

Saya memang tak suka dan tak biasa duduk seorang diri.
Once, berada in that situation memang perlu untuk positive kan diri.

Duduk seorang. Practice duduk dalam kubur.
*sentap*

Dalam kubur nanti kita sorang je. Sunyi lagi tu. 
Tak boleh pun nak play lagu hape-hape tah untuk hilangkan sunyi seorang diri tu. Sunyi sekejap masa kat dunia boleh calling2 orang.

Saya lonely kat dunia ni pun dalam rumah yang sangat besar dan sangat terang. 
Tapi, dalam kubur nanti muat-muat untuk kita je.
But,
Orang yang beramal soleh akan rasa kubur dia luas dan terang.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Amiiiinnnn.

Ada juga yang rasa sempit & gelap sangat.
Banyak binatang berbisa.
Takut.
Tapi tiada siapa yang dapat membantu.

Masa tu, amalan kita yang jadi peneman.
Jiran-jiran pun tak dapat tolong.
Apatah lagi keluarga & orang tersayang.



T.T
Allahurabbi.
Semoga kita mendapat kebaikan dan rahmat di dunia & akhirat.

" Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. "
[ 99 : 7-8 ] 



Wallahu'alam.


DrHumairaMahpa.