Tuesday, December 25, 2012

LONELY...

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Ya Allah,
dah lama sangat tak mencoret di dinding blog ni.
Rasa bersalah teramat sangat sebab tak manfaatkan blog yang ada ni sebaiknya untuk Islam.
T.T

maaf ( _ _ ||)

--------------------------------
Al-kisah "Lonely"

Cerita lama yang menginsafkan diri.

Pada suatu hari yang indah..
*asal poyo dan skema sangat ni? -.-"
Diri ini telah pulang ke rumah yang sungguh indah begitu awal untuk meneruskan perjuang.
Hasrat di hati ingin study untuk mid sem exam dan group discussion.
Jadi pada hari jumaat yang indah (yang mana cuti berbaki tiga hari lagi : jumaat-sabtu-ahad), saya telah menjejakkan kaki ke GV. Memberanikan diri dengan tinggal seorang diri untuk pagi hingga tengahari. Mereka yang lain dijangkakan akan tiba tengahari atau paling lambat petang.

Tetapi, perancangan Allah itu adalah sebaik-baiknya.
Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, mereka sampai malam ! T.T
Saya hanya bersendirian more than 12 hours T.T
Masuk jam yang ke 12 memang dah nangis dah.
Yang penting perut teramat sangat lapar. Nak keluar beli makanan seorang diri. Takut.
Makan roti + air mata.
Memang mengharapkan jiran-jiran yang ada.
Terima kasih kepada yang membantu walaupun lambat jugak. :)
Discussion yang dirancang malam tu pun telah di postpone.
T.T rasa nak balik rumah balik saat tu jugak.

------------------------------------------

Di sebalik kisah..

Saya memang tak suka dan tak biasa duduk seorang diri.
Once, berada in that situation memang perlu untuk positive kan diri.

Duduk seorang. Practice duduk dalam kubur.
*sentap*

Dalam kubur nanti kita sorang je. Sunyi lagi tu. 
Tak boleh pun nak play lagu hape-hape tah untuk hilangkan sunyi seorang diri tu. Sunyi sekejap masa kat dunia boleh calling2 orang.

Saya lonely kat dunia ni pun dalam rumah yang sangat besar dan sangat terang. 
Tapi, dalam kubur nanti muat-muat untuk kita je.
But,
Orang yang beramal soleh akan rasa kubur dia luas dan terang.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Amiiiinnnn.

Ada juga yang rasa sempit & gelap sangat.
Banyak binatang berbisa.
Takut.
Tapi tiada siapa yang dapat membantu.

Masa tu, amalan kita yang jadi peneman.
Jiran-jiran pun tak dapat tolong.
Apatah lagi keluarga & orang tersayang.



T.T
Allahurabbi.
Semoga kita mendapat kebaikan dan rahmat di dunia & akhirat.

" Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. "
[ 99 : 7-8 ] 



Wallahu'alam.


DrHumairaMahpa.

1 comment:

Afiqah Ai said...

Ommo kesian nya mai.
Kalau aku lah dekat tempat tu mesti dah meraung kot. wuu. nice konklusi. :) thanks untuk peringatan itu.