In the name of Allah, The Most Gracious & The Most Merciful.
Alhamdulillah,
Hari ini jumaat terakhir untuk Ramadhan kali ini.
Sebak hati ni.
Tiada jaminan untuk bertemu Ramadhan 1435.
Semoga dipanjangkan unmur dalam ketaatan kepada-Nya.
Petang-petang ni tiba-tiba rasa nak membebel pulak.
Hmm hmm hmm.
Baca lah kalau mahu.
Aku tulis untuk aku sebenarnya.
Tapi since semua orang dah besar dan mungkin dah boleh faham perkara ni.
Aku kongsikan untuk semua.
Nasihat untuk AKU, kau, dan dia.
Semoga beroleh manfaat.
Bila diberi tugas atau kepercayaan, itu adalah Amanah. Perkara yang paling berat untuk digalas. Perlu kau tanggung dan kau jawab di Akhirat kelak. Sesuai dengan namanya, Tanggungjawab.
Walau ia didatangkan kepadamu melalui seseorang, hakikatnya ia daripada Allah. Laksanakanlah sebaik mungkin. Laksanakanlah bukan kerana manusia tapi kerana ia dari Allah dan itu akan dipersoalkan kepadamu kelak.
Bila hidup dalam satu komuniti, pernah aku terfikir aku mahu semua orang ada tugas dan tanggungjawab masing-masing. Bukan untuk aku menilai mereka. Bukan untuk orang lain menilai mereka. Bukan untuk mereka menilai sesama mereka. Tapi, untuk mereka menilai diri mereka sendiri.
Andai seseorang berikan kepadamu tanggungjawab, itu bermakna dia percaya. Jangan sekali khianati kepercayaan itu.
Tapi sedarlah, hakikatnya kita semua memang telah digalaskan dengan tanggungjawab sejak lahir lagi. Walau diri kita tanpa apa-apa, itu pun sudah tanggungjawab. Bagaimana kita menguruskan diri kita. Membawanya kepada kebaikan atau keburukan.
Hadits Abdullah bin Umar ra. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya.
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
[Az-Zariyat 51 : 56]
Muhasabah diri, apa tanggungjawab aku kepada diri, masyarakat dan agama. Sudahkah aku melaksanakannya?
Belajar menjadi lebih bertanggungjawab.
19:10
020813
25 Ramadhan 1434
Sepang, Selangor.
No comments:
Post a Comment