بسم الله الرحمن الرحيم
Kau lihat mereka menderita,
Kau lihat mereka tersiksa,
Ya, itu hakikat zahirnya,
Tapi batin mereka gembira.
Kerana perjuangan yang mereka semuka,
Andai syahid di jalan-Nya,
Syurga milik mereka.
Adakah ini terjamin untuk kita?
Perjuangan mereka menegakkan Islam dengan senjata,
Hati mereka kental tak terhingga,
Antara mati dibunuh kerana menegakkan syahadah Allah,
Atau hidup tenteram menunduk pada kuffar durjana,
Mereka lebih memilih memperjuangkan kalimah-Nya.
Kerana mereka yakin pada janji Dia yang Mencipta.
Andai suatu hari Islam dijulang tinggi di muka dunia,
Jika suatu waktu Syahadatul Haq bertebaran melata,
Jasa mereka ada dikira,
Mereka bahagia di Sana.
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang
terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati)
bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan
mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan
berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang
berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai
kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan
limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala
orang-orang yang beriman.
Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya
(supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka
(tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di
antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa
berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan
tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya".
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah untuk
(menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala
urusan kami)".
Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan
mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh
sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan (ingatlah),
Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.
Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah
syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya
(kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi
takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang
beriman."
[Ali Imran, 3 : 169-175]
Allahurabbi,
Sekali pun mereka tidak pernah ragu pada janji-Nya.
Berbahagialah mereka,
Syurga sedang menanti di Sana,
Keamanan kita sedikit tidak mereka hirau.
Mereka di sana sibuk menegakkan Islam di bumi mereka,
Kita di sini Islam dalam diri masih tak tertegak mana.
Cemburunya aku,
Syurga terjamin dalam genggaman mereka.
Pengakhiranku belum tentu begitu.
Kita di sini,
Berjuanglah kita menentang nafsu duniawi,
Kemewahan dan kesenangan punca rasa nafsi,
Pedulikah kita manusia kanan kiri?
Pedulikah kita Islam dalam diri mereka?
Islam hanya pada nama.
Adakah ada ‘Islam’ dalam diri juga?
Jika ada, di mana kelakuan yang mencerminkannya.
Siapa kata Syurga tak boleh kita perolehi?
Andai mahu, kita juga mampu perolehi,
Tapi bukan dengan menjadi insan yang biasa,
Yang hanyut mengejar bayangan dunia,
Syurga milik mereka yang luar biasa,
Yang hidup bermatlamatkan akhirat,
Dunia mampu dimiliki,
Tapi hanya di tangan bukan di hati.
Kita juga mampu berjuang,
Berjuanglah semampu kita,
Melawan nafsu duniawi,
Menegakkan Islam dalam diri.
"Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya ia akan tertegak di muka bumi kamu"
“Islah nafsak, wad’u ghairak”
“Perbaiki diri kamu, dan (pada masa yang sama) ajak orang
lain (memperbaiki diri macam kamu juga)”
Humaira Mahpa
23:25
010813
24 Ramadan 1434
Sepang, Selangor.
-----------------------------------------------------
Untuk semua pejuang agama Allah walau di mana anda berada, teruskan perjuangan!
Syurga itu milik kita.
InshaaAllah.
Percaya pada-Nya.
:)
Di kala malam mencari Al-Qadr, mohon pengampunan pada-Nya.
Jangan lupa mendoakan saudara2 kita, umat Islam keseluruhannya.
Wallahu'alam.