Monday, July 29, 2013

Perjalanan.


Debaran yang tak pernah ku alami sebelum ini. Dahsyat. Takut.

Argh!!!

Kuat ku genggam erat tangan ku.

Tiba-tiba.

Aku tersedar.

Sebatang pen di tanganku.

“Oh, aku hanya bermimpi.” Sambil tanganku pantas mengusap muka yang bercucuran peluh.

“Astaghfirullah.” Istighfar beralun di bibir dan di hati. 

“Aku tertidur rupanya.” 

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pagi tadi seusai bertadarus, ku buka buku pelajaran. Itulah rutin ku cuti ini. Walaupun cuti, buku-buku itu tak boleh ku lupakan. Itu tanggungjawab aku pada diri. 

Ahhh mimpi. Hanya mainan mungkin.

Lantas kakiku melangkah untuk membersihkan diri.

Ku lihat cermin. 

Aku mimpi. Antara perkara yang paling aku takut ia terjadi.

Jika ia terjadi lagi, kuatkah aku?

Ketakutan hebat menyelubungi diri.

Air mata bercucuran.

Bukan aku tak pernah hadapinya. Pernah. Beberapa kali. Tapi aku tahu itu sakit. Sangat. Saat itu aku hanya mampu bertahan dan move forward. Aku tahu Allah bersama aku. Dia jadi peneman. 

“The only key for you to move on in your life, never ever stop trust on Him.”

Allah, kuatkan aku. Hanya Kau sumber kekuatanku.

Air mata semakin lebat. Seakan tidak mahu berhenti.

Lantas air mutlak ku sapukan ke seluruh muka. Wuduk ku laksanakan. Solat sunat dua rakaat ku tunaikan.

Hanya itu sumber kekuatan dan ketenangan.

Seusai solat. Zikir, doa dan istighfar jadi peneman.

Sungguh aku takut.

Kugapai mushaf suci itu. Satu-satunya kitab yang sentiasa memotivasikan aku. Al-Quran.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(Al-Baqarah, 2 : 155)

Pernah aku berfikir untuk berhenti. Satu-satunya jalan untuk mereka yang berputus asa.

Kerana ini bukan jalan yang sepatutnya aku mahu. Atas dorongan mereka aku di sini.

Tapi tidak. Aku tak boleh berputus asa.

Lupakah aku Allah yang meletakkan aku di sini. Semua ketentuannya ada hikmah. 

Aku bukan orang yang mudah putus asa. Tak akan aku mengalah selagi masih ada jalan.

Di manakah aku yang dulu?

Aku mencari identiti diri dalam perjalanan duniawi ku menuju ukhrawi.

Benar, aku di jalan ini kerana impian mereka. Namun lupakah aku pada cita-citaku? Dalam impian mereka, di situ adalah jalan untuk ku capai cita-citaku. 

Aku sedar. Aku tak boleh begini. Aku tak boleh putus asa dengan mudahnya.

Perjuangan aku tidak akan terhenti.

Mati hanya menghentikan jasad ku.

Tapi tak akan ku biarkan roh dan semangat itu terhenti.

Akan ku pastikan generasi akan datang menjadi penerus perjuangan.

Keluhan berat ku lepaskan.

Teringat akan tokoh-tokoh hebat di jalan ini. Sebahagian besar mereka sering menasihatiku. 

Mereka pernah melalui apa yang aku lalui sekarang. Putus asa bukan jalan mereka. Berusaha dan kuatkan pergantungan pada Dia yang Satu itu kuncinya. Dan aku lihat mereka berjaya sekarang. Kejayaan mereka bukan suatu yang mudah, bukan secara tiba-tiba. Ada satu jalan sukar yang mereka pernah lalui. Dan itulah yang bakal aku lalui jika aku masih mahukan kejayaan.

Oh tabahlah hati. Kuatkan diri.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….”
 (Al-Baqarah, 2 : 286)

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali Imran, 3 : 139)

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. 
[Rw Muslim]

Aku ingin menjadi mereka yang ajaib. Kerana Syurga itu untuk mereka yang luar biasa. Aku ingin menjadi yang luar biasa.

Aku memang bukan yang terbaik. Tapi aku mahu berusaha menjadi yang terbaik. Usaha yang akan dinilai oleh-Nya kelak.

Ya, aku mampu.

Ya, aku beriman.

Aku ingin menjadi luar biasa.

....

Satu azam tersemat erat di kalbu.



--------------------------------------------------------


p/s: Memasuki fasa terakhir Ramadan. Jangan persiakan. :)

1 comment:

Unknown said...

Tersentuh sahabat sayang.. <3