Assalamualaikum wbt.
Hipokrit?
erm, ada apa dengan perkataan tersebut?
jom kita citer kat bawah ni :)
sejak dari kecil lagi saya selalu sangat jumpa perkataan ni.
kecik-kecik dulu, bila tengok newspayyyperrrr *wah! lame dah x sebut! suke2*
bila tengok part artis tu kan, mesti ada part camni :
perkara yang tidak disukai : HIPOKRIT
dengan nerdnya si budak kecik ni, "ohh, new vocab bai!" =.='
apa maksud perkataan tu sebenarnya?
Maksud hipokrit mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah, (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya.
Meaning of hypocrite from Oxford Advanced Leaner's Dictionary (International Student's Edition) *hok yg most of budak tamhidi ade ni* is a person who pretends to have moral standards or opinions that they do not actually have.
So, kita boleh simpulkan dengan mudahnya hipokrit is the negative or bad attitude..
But!
*gaye Sir ARHO sikit.rindu kot!*
pernah tak anda semua dengar dialog macam ni :
A : eh, B asal kau camni ekk??
B : camni, camne??
A : yelahh, kau kan budak sekolah agama. Dari kecik lagi kot belajar agama. Tapi aku tengok kau tak macam tu pun. In fact, sama je macam kitorg yg tak ada background agama. Kenapa ekk? Aku pelik ahh..
B : Oh, aku bukan ape. Aku malas ah nak 'hipokrit'. Bajet2 baik, padahal aku tak macam tu punn..
A : ohhhh *dengan muka nerdnya*
haaa, pernah tak? pernah tak? mesti pernah kan? kan.kan.kan?
tak payah nak tipu lah~
erm, ok.
Actually, untuk berubah kepada yang lebih baik or buat perkara baik, we need to be hypocrite first.
huh? seriously?
ok, contoh : kita daripada biasa biasa je. tutup aurat tak ada lah sesempurna mane.
then tiba tiba kita rasa macam tak sedap hati je kan. iye lah, jika seseorang tu ada basic agama, mesti dia tahu dan sedar kita WAJIB tutup aurat dengan sempurnanya.
ok, one day yang penuh barakah kita pun nak berubah.
first day, hati kita berbelah bagi "eh, aku nak pakai macam ni. tapi aku bukan macam ni sebenarnya. camne ni??" mesti punya hati akan terdetik macam tu *biasa lah syaitan nak goda goda.tu memang kerja dia*
then, kita proceed juga dengan perubahan kita hari tersebut.
sedar ataupun tidak, kita hipokrit pada hari pertama.
dan kita pun proceed lakukan benda yang sama pada hari hari seterusnya sampailah kita istiqamah dengan perkara tu.
see! memang kita perlu ada hipokrit ni untuk perkara macam ni.
cuma bagi saya, untuk berubah ke arah kebaikan ni tak ada lah hipokrit namanya.
sebab kebaikan itu adalah FITRAH. ikut perintah Allah itu adalah FITRAH.
macam kita manusia inginkan keamanan. ada ke orang nak hidup kucar kacir ?
orang yang melanggar fitrah itu sebenarnya hipokrit. ye tak?
dia cuba menafikan fitrah yang suci dalam hati dia semata-mata nak kejar dunia yang fana ni.
ingatlah kawan-kawan, dunia ni hanya tempat untuk kita menanam.
hasilnya? kita akan tuai di akhirat kelak.
ayat skema tak? tapi jangan menafikan yang inilah realitinya.
kita hidup di muka bumi Allah. Allah yang punya. So, ikutlah perintahNya.
ibarat kita pergi rumah orang, sopan tak kalau kita buat ikut suka hati kita dalam rumah orang tu? tak kan..
*analogi mudah kan? renung-renungkan*
kita hidup di muka bumi Allah. Allah yang punya. So, ikutlah perintahNya.
ibarat kita pergi rumah orang, sopan tak kalau kita buat ikut suka hati kita dalam rumah orang tu? tak kan..
*analogi mudah kan? renung-renungkan*
dunia sementara. AKHIRAT KEKAL SELAMANYA. :)
tolonglah sedar hakikat ini kawan-kawanku.
tolonglah buka mata hati masing-masing!
cuba tanya diri kita sendiri tiga soalan ni :
1. dari mana kita datang ?
2. apa tujuan hidup kita ?
3. ke mana kita akan kembali ?
jom sama sama muhasabah diri ~
# mood :
keserabutan teramat.hehe.tak ada lah big problem sangat.tapi bertimpa-timpa lah :)
bila dah malas nak fikir problemSS tu, rasa nak tidur dan bangun dengan harapan semua tu mimpi.
huahuahua.sukahati kamu je kan humaira.
ingat :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah ayat 286
hadapi semua ini dengan senyuman :)
dan ingatlah Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
so, FACE IT Mai !
humaira mahpa :)
4 comments:
like33..^^ trbaek r mai.. =) bestt.. <3
abby,
thanks sudi membaca..
terbaekk itu mesti..TTM1 kn..
uhuu~
betol weh,kena hipokrit dulu
being hipokrit is still easy though, but staying istiqamah needs guts!
PAYYYYPERRRR :D
btul pai..
semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah wt kebaikan :)
Post a Comment