Assalamualaikum..
CINTA..erm..manusia sentiasa menjadi buruan cinta dan tidak terlepas juga memburu cinta.
Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan lain-lain.
namun cinta yang hakiki yang tak pernah sesekali mengecewakan kita ialah cinta ALLAH. HAnya cintaNya yang layak dikejar.
bagaimana nak mengejar cinta Allah nih???
1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal dan alasan..
2. Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa 'tak sedap hati' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan diri daripada maksiat.
3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dandahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.
5. Reda atas segala ketantuan qadak dan qadar terutamanya ketika ditimpa musibah.
6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.
7. Anggap dunia sebagai penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606). Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
8. Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanya di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.
9. Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.
10. Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapat keredhaanNya.
11. Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya, dan laksanakan amalan yang disukaiNya.
12. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.
*sumber : SOLUSI ISU#23 m/s 19
itulah antara langkah-langkahnya..honestly saya sendiri pun belum capai cinta Allah ni..
saya pernah dengar orang kata nak tahu kita ni cinta Allah, bila kita dengar sahaja Azan, tanpa berlengah kita pergi mengerjakan kewajipan tersebut..
so that, untuk rasa kenikmatan dan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat terutamanya..marilah kita sama2 mengejar cinta Allah yang pasti akan berbalas dan x akan pernah mengecewakan kita..
terkenang pula nasyid ni yang selalu saya dengar di kem :
"cintakan bunga, bunga kan layu,
cinta manusia , cinta kan pergi,
cintakan Rasul, cinta sejati,
cintakan Allah kekal abadi"
ingatlah cinta manusia pasti akan pergi!
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment