Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum..

segala puji bagi Allah yang telah memberi kita pelbagai nikmat..udara yg kita hirup..oksigen..huhu..hidup kita..yang penting iman dan Islam yang insyaAllah masih berada dlm diri kita...erm..pelbagai nikmat yang Allah beri pada kita..jika kita koreksi diri kita balik..from A to Z dlm hidup kita..semua NIKMAT Allah...tetapi..adakah kita mensyukurinya..???

'Jika kita mensyukuri nikmat Allah, Allah akan menambahkannya..tetapi jika kita murka, nescaya ketahuilah AZAB Allah itu amatlah pedih.'

post kali ini:
nak cite benda yang agak sudah BASI..hehe

hari rabu 23/3/2011..
hari yang paling mendebarkan untuk semua calon2 SPM 2010..
hari yang dinanti2 telah pun tiba..
act. saya tak terasa sangat penantian itu..sebab 2 bulan setengah duduk dalam kem tak sempat nak fikir pasal result..heeeee :D
tetapi, penantian tetap satu penyeksaan..

pukul 10.30pagi..saya dah sampai sekolah yang tercinta!
first manusia saya jumpa..sakinahridzuan! buat kali ke-2 jumpa die lepas PLKN..first, time REHLAH kat putrajaya..pegi ngn teng! best!

then kami duduk lepak kejap di pondok 'mencapub' dpn bilik guru..mmg tempat tumpuan orang lah! kat sini la jumpa junior2 n cikgu2..
then kami buat lawatan ke bilik guru yang dah lain!
then baru continue our journey ke DEWAN AS-SYAFIE dengan penuh debaran..

sampai dewan..jumpe kawan2..widad~~~! lame gilak tak jumpa die..selalu call jerk..rindu maaaa~ bdk2 PLKN berkumpul..sume pakai kasut kelas...saya pakai kasut PT buat malu sjak! tak nak pakai kasut kelas...x suka!

start majlis..dengan berMCkan Ust.Saudi..
tahun ni perubahan di Maahad..untuk keputusan peperiksaan besar..die umumkan nama pelajar terbaik n straight A's untuk naik ke pentas..then, baru yg lain amek slip keputusan...haila~ cuaknye...

Alhamdulillah..
ade gak name saya HUMAIRA BINTI MAHPA..
dgn keputusan 4A+,4A,3A-...
syukur tidak terkate...
x sangke!!
mcm2 perasaan ade...
yang penting..syukur pada Allah..
Alhamdulillah..doa+usaha+tawakal=Alhamdulillah~
saya buktikan org x dpt 9A time PMR pun boleh berjaya dlm SPM dengan izin Allah..
stay in Maahad juga boleh berjaya!
cikgu2 di Maahad sangat hebat!

28 orang pelajar SMKA Maahad Hamidiah mendapat straight A's..
2 org men dapat straight A+
Azlyn dan Ikhwan..
Ikhwan tersenarai dlm 30 pelajar terbaik kebangsaan...
TAHNIAH kpd semua..
kejayaan yang cemerlang untuk HAMIDIANZ semua..

kepada yang berjaya tahniah.
yang kurang berjaya..tidak mengapa..anda telah usaha sebaik mungkin..terima rezeki yang Allah nak bagi dengan reda..NEVER GIVE UP! okay~~
pandang ke hadapan..jangan toleh belakang..jadikan apa yang telah berlaku sbg satu pengajaran dlm hidup anda dan satu pembakar semangat untuk anda berusaha lebih gigih untuk kejayaan akan datang..

thanks to :
guru2 dan murabbi2..SMKA MAAHAD HAMIDIAH yang mengajar dr F1 sampai F5 (06-10)
guru2..SK SAUJANA IMPIAN (00-05)
cikgu2 tadika..PASTI AS-SYAKIRIN SG.KANTAN..
tanpa mereka..siapalah saya..doakan saya berjaya dunia dan akhirat..

kepada ummi, abah, along dan adik2...thanks a lot..banyak membantu dan memberi bantuan dan sokongan...

kepada kawan2! anda sangaaaaaaaaaaatttttttttt banyak membantu..kejayaan saya untuk anda juge! =D

syafiq mazli..my cousin..tahniah kpd anda dpt straight A's yek...semoga kejayaan anda berguna untuk membangunkan agama ISLAM , negara dan bangsa..
(ko tls name aku dlm blog ko..aku kne tls jugak..) =D

okeh..itu saja..
yang penting..
"Allah tak pandang pada hasil kita,Allah lihat pada usaha kita"
"Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita kehendaki,sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, setiap yang terjadi, pasti ada HIKMAH yang tersembunyi"

wassalam~




Thursday, March 17, 2011

Langkah mencari cinta ILLAHI yang HAKIKI

Assalamualaikum..

CINTA..erm..manusia sentiasa menjadi buruan cinta dan tidak terlepas juga memburu cinta.
Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan lain-lain.
namun cinta yang hakiki yang tak pernah sesekali mengecewakan kita ialah cinta ALLAH. HAnya cintaNya yang layak dikejar.

bagaimana nak mengejar cinta Allah nih???

1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal dan alasan..

2. Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa 'tak sedap hati' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan diri daripada maksiat.

3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dandahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.

4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.

5. Reda atas segala ketantuan qadak dan qadar terutamanya ketika ditimpa musibah.

6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.

7. Anggap dunia sebagai penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606). Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.

8. Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanya di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.

9. Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.

10. Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapat keredhaanNya.

11. Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya, dan laksanakan amalan yang disukaiNya.

12. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.

*sumber : SOLUSI ISU#23 m/s 19

itulah antara langkah-langkahnya..honestly saya sendiri pun belum capai cinta Allah ni..
saya pernah dengar orang kata nak tahu kita ni cinta Allah, bila kita dengar sahaja Azan, tanpa berlengah kita pergi mengerjakan kewajipan tersebut..

so that, untuk rasa kenikmatan dan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat terutamanya..marilah kita sama2 mengejar cinta Allah yang pasti akan berbalas dan x akan pernah mengecewakan kita..

terkenang pula nasyid ni yang selalu saya dengar di kem :
"cintakan bunga, bunga kan layu,
cinta manusia , cinta kan pergi,
cintakan Rasul, cinta sejati,
cintakan Allah kekal abadi"

ingatlah cinta manusia pasti akan pergi!

Wallahu'alam

Wednesday, March 16, 2011

update..

Assalamualaikum..
PAGI!!
(mengimbau memori di MAHISS and KEM)
Alhamdulillah...
sangat bersyukur kepada Allah..
dengan ini pelatih yang bernama
HUMAIRA BINTI MAHPA
telah menamatkan
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEM PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER
KUMP.1 SIRI8/2011
dengan jayanya..
Fuh..
tahniah..
seriously and honestly
sangat best and happy ditakdirkan dpt PLKN ni..
1001 pengalaman yang x dapat dilupakan..
sangat menguji kekuatan diri, mental dan fizikal..
yang penting..
ramai sangat kawan2 baru yang sangat best..
dari
SABAH
SARAWAK
PAHANG
SELANGOR
WILAYAH
yang saya rase tak kan jumpe mereka kalau x di PLKN..
dan saya juga dapat lihat gambaran dunia luar dgn melihat juge bergaul dgn pelbagai jenis manusia..sebab selama ni di sekolah kawan2 semua bdk2 baik dan yg ilmu agama penuh di dada..
saya dpt belajar bagaimana nak bergaul n sesuai kan diri dgn dunia luar yg sangat penuh cabaran dan hampir 100% lain dari BUMI ULAMA yg selama 5 tahun saya betapa..
x bermaksud saya dah berubah mnjd seorg yg sosial..but, masih menjaga batas2 pergaulan..insyaAllah..
thanks to All warga
KEM PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER RAWANG SELANGOR KUMP.1 SIRI8/2011
di atas segala pengalaman dan tunjuk ajar yg amat bermakna dlm hidup saya..
jasa dan budi kalian takkan saya lupakan INSYA-ALLAH..
banyak lagi cerita kat kem yg nak share..but, nanti kalau ade mase saya share dengan anda semua..
and seperti biasa semua orang akan tanye "apa plan after PLKN?"
saya pun x tahu..stakat ni..ddk rumah je..sementara menanti result SPM kluar 23/3 ini InsyaAllah..cuak pon ade gak! tawakaltu'alaAllah..
plan nak keje and amik lesen.. x confirm lagi..
Wallahu'alam..
wassalam..