Monday, October 14, 2013

Sawang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat ini. :)

Currently in my mid-sem break.
Hoyeah \^_^/ 
Walaupun tahu tak macam break pun. :)

I just want to update a few things and lap sawang dan habuk yang tebal. Ngeh.
Hampir sebulan tak buat apa-apa kat blog ini due to hectic life. (Oh, ini semua poyo) 
Seakan alam baru yang tak pernah aku pinta untuk jejak, tak pernah aku mimpi untuk terokai.
Tapi semua itu datang dengan izin Allah.
Dia yang Maha Tahu hikmahnya.
Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.


Diri ini kerdil dan lemah,Sangat lemah di hadapan-Mu,Tanpa izin-Mu mungkin aku telah tersungkur,Mungkin aku tak mampu di sini.
Amanah & tanggungjawab,Tak sekali aku pinta,Tak sekali aku harap,Kerana sedar banyaknya kelemahan diri.
Hanya kasih-Mu yang aku harap,Menjadi bekal penguat semangat,Moga diri tak lupa janji yang pasti,Nikmat atau azab di Sana.
Hatta seribu kali air mata tumpah di hadapan-Mu,Mengadu aku lemah dan tak mampu,Namun takdir-Mu membawa aku ke situ,Aku yakin Kau mahu aku belajar sesuatu.
"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

Betapa tak dapat tidurnya malam itu.
Sebab tak siap tutor. Heh :/
Air mata tak henti mengalir.
Mohon kekuatan daripada-Nya.

Tanggungjawab dan amanah.
Bukan untuk dibangga, apatah lagi untuk rasa diri ini tinggi.
Tapi, lagi aku rasa rendah sebab banyak sangat kelemahan diri yang aku tahu.
Lagi aku sedar kekuatan akan aku peroleh hanya pada Dia.
Makin aku tahu aku perlukan mereka untuk menampung kelemahan diri dan menjadikan sesuatu hampir sempurna.
Ibarat kepingan puzzle; dia tanpa aku atau aku tanpa dia, takkan mungkin sempurna.
Alhamdulillah. 
Allah bagi family, kakak abang senior, kawan-kawan, dan adik-adik junior yang sudi membantu & menguatkan.

"Alone we go faster, Together we go further."

Makin sedar purpose of life bukan enjoy semata.
Pastikan ia bekal untuk kita di Sana.

Makin banyak Allah mahu aku belajar.

*Always refresh niat*

Semoga segala urusan dipermudahkan-Nya.
Semakin dekat diri pada-Nya.
Semoga amanah terlaksana dengan baik.
Supaya ada jawapan pada hari mulut dilarang dari berbicara.
Jawapan yang membawa ke Syurga-Nya bukan sebaliknya.
Aminn.





---------------------------------------------------------------------

Oh yeah,
Before I forget.
Lebih sebulan telah berlalu.



Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan, bagi kad, hadiah - buku & chocolate. :)
Allah yang mampu membalas.

"Sesungguhnya, rugilah mereka yang dipanjangkan umurnya oleh Allah akan tetapi sangat sedikit amalannya."




Dr.HM

No comments: