Coretan untuk kita sama-sama fikirkan dan bertindak.
Hidup ketika ini, aku rasa penuh dengan maksiat.
Dalam diri. Jika tidak pun di sekeliling.
Lihat kiri maksiat.
Alih kanan, tetap perkara sama yang dihidangkan.
Atas, bawah, dan lihat diri sendiri.
Tetap sama.
Argh, sakit!
Ambil keputusan untuk berjalan sendiri.
Tunduk.
Biarlah mereka.
Yang penting aku bukan mereka.
Tak mahu bertanggungjawab.
Teruskan melangkah...
Tiba-tiba.
Langkah terhenti.
Tersedar. O.O
Aku hidup kat dunia ni memang untuk diri aku ke?
Biarkan mereka dengan dunia mereka yang terus hanyut.
Aku pun ada hidup aku.
Dengan diri aku yang baik.
Oh, tak lupa dengan geng-geng aku yang baik juga.
Kami lah yang akan ke Syurga bersama. :)
Oh dengan bangga dan tanpa segan silu berkata.
Tapi, cukup baikkah kita andai baik bersama kita sahaja?
Pernah menarik mereka yang 'belum tahu baik itu apa' kepada kebaikan?
Kebaikan bukan untuk disembunyikan. Bukan untuk kita-kita sahaja. Tapi untuk semua.
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49
Mencegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman.
Tapi, kalau nampak kemungkaran dan hati tak rasa apa-apa bahkan laju mengatakan "biasalah tuuuu".
Andai diri membuat kemungkaran dan maksiat tapi hati tak rasa apa-apa bahkan dengan bangga ditunjuk dikhalayak ramai.
Allah, paras bawah bumikah tahap iman aku?
Atau lebih rendah dari itu?
T.T
Sungguh, hati sedang sakit.
Sungguh, banyak lagi amanah kat dunia ni aku tak laksanakan.
Hamba dan khalifah.
Itu tujuan & tanggungjawab aku di bumi ini.
Hambakah aku? Sedang arahan Tuhanku aku ingkari, Larangan Tuhanku aku tak peduli.
Khalifahkah aku? Sedang rasa hidup ini hanya untuk kepentingan diri,
Pernah aku berusaha sehabis baik untuk menjadi hamba & khalifah?
Ingat, semua akan ditanya.
Nasihat & ajak mereka dengan hati.
Jangan memaksa hingga mereka tak selesa dan makin menjauh.
Jangan putus berdoa agar Allah bukakan hati mereka.
Kerana hidayah milik mutlak Allah.
Yang penting, jangan sampai mencari-cari keburukan & membuka sebarkan aib orang lain.
"Muslim ( orang Islam ) adalah saudara bagi orang Islam lainnya, dia tidak menganiayanya dan tidak pula menyerahkannya kepada musuhnya ( tidak juga meninggalkannya tanpa pertolongan ), barangsiapa menolong saudaranya untuk memenuhi hajatnya, maka Allah bersamanya dalam memenuhi hajatnya, dan barangsiapa melapangkan suatu kesusahan dari seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesusuhan dari kesusahan di hari qiamat, dan barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari qiamat." (HR. Muslim).
Allah,
bantulah kami.
T.T
Wallahu'alam
Dr.HM
Dr.HM
No comments:
Post a Comment