Monday, July 29, 2013

Perjalanan.


Debaran yang tak pernah ku alami sebelum ini. Dahsyat. Takut.

Argh!!!

Kuat ku genggam erat tangan ku.

Tiba-tiba.

Aku tersedar.

Sebatang pen di tanganku.

“Oh, aku hanya bermimpi.” Sambil tanganku pantas mengusap muka yang bercucuran peluh.

“Astaghfirullah.” Istighfar beralun di bibir dan di hati. 

“Aku tertidur rupanya.” 

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pagi tadi seusai bertadarus, ku buka buku pelajaran. Itulah rutin ku cuti ini. Walaupun cuti, buku-buku itu tak boleh ku lupakan. Itu tanggungjawab aku pada diri. 

Ahhh mimpi. Hanya mainan mungkin.

Lantas kakiku melangkah untuk membersihkan diri.

Ku lihat cermin. 

Aku mimpi. Antara perkara yang paling aku takut ia terjadi.

Jika ia terjadi lagi, kuatkah aku?

Ketakutan hebat menyelubungi diri.

Air mata bercucuran.

Bukan aku tak pernah hadapinya. Pernah. Beberapa kali. Tapi aku tahu itu sakit. Sangat. Saat itu aku hanya mampu bertahan dan move forward. Aku tahu Allah bersama aku. Dia jadi peneman. 

“The only key for you to move on in your life, never ever stop trust on Him.”

Allah, kuatkan aku. Hanya Kau sumber kekuatanku.

Air mata semakin lebat. Seakan tidak mahu berhenti.

Lantas air mutlak ku sapukan ke seluruh muka. Wuduk ku laksanakan. Solat sunat dua rakaat ku tunaikan.

Hanya itu sumber kekuatan dan ketenangan.

Seusai solat. Zikir, doa dan istighfar jadi peneman.

Sungguh aku takut.

Kugapai mushaf suci itu. Satu-satunya kitab yang sentiasa memotivasikan aku. Al-Quran.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(Al-Baqarah, 2 : 155)

Pernah aku berfikir untuk berhenti. Satu-satunya jalan untuk mereka yang berputus asa.

Kerana ini bukan jalan yang sepatutnya aku mahu. Atas dorongan mereka aku di sini.

Tapi tidak. Aku tak boleh berputus asa.

Lupakah aku Allah yang meletakkan aku di sini. Semua ketentuannya ada hikmah. 

Aku bukan orang yang mudah putus asa. Tak akan aku mengalah selagi masih ada jalan.

Di manakah aku yang dulu?

Aku mencari identiti diri dalam perjalanan duniawi ku menuju ukhrawi.

Benar, aku di jalan ini kerana impian mereka. Namun lupakah aku pada cita-citaku? Dalam impian mereka, di situ adalah jalan untuk ku capai cita-citaku. 

Aku sedar. Aku tak boleh begini. Aku tak boleh putus asa dengan mudahnya.

Perjuangan aku tidak akan terhenti.

Mati hanya menghentikan jasad ku.

Tapi tak akan ku biarkan roh dan semangat itu terhenti.

Akan ku pastikan generasi akan datang menjadi penerus perjuangan.

Keluhan berat ku lepaskan.

Teringat akan tokoh-tokoh hebat di jalan ini. Sebahagian besar mereka sering menasihatiku. 

Mereka pernah melalui apa yang aku lalui sekarang. Putus asa bukan jalan mereka. Berusaha dan kuatkan pergantungan pada Dia yang Satu itu kuncinya. Dan aku lihat mereka berjaya sekarang. Kejayaan mereka bukan suatu yang mudah, bukan secara tiba-tiba. Ada satu jalan sukar yang mereka pernah lalui. Dan itulah yang bakal aku lalui jika aku masih mahukan kejayaan.

Oh tabahlah hati. Kuatkan diri.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
“Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya….”
 (Al-Baqarah, 2 : 286)

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali Imran, 3 : 139)

Ajaibnya perihal seorang mukmin itu. Sesungguhnya semua urusannya baik-baik belaka. Dan tiadalah memiliki ciri yang seperti ini melainkan hanya kepada seorang yang mukmin. Sekiranya dia diuji dengan kesenangan, lalu dia bersyukur. Maka syukur itu adalah yang terbaik baginya. Sekiranya dia diuji dengan kesusahan, lalu dia bersabar. Maka sabar itu adalah yang terbaik baginya. 
[Rw Muslim]

Aku ingin menjadi mereka yang ajaib. Kerana Syurga itu untuk mereka yang luar biasa. Aku ingin menjadi yang luar biasa.

Aku memang bukan yang terbaik. Tapi aku mahu berusaha menjadi yang terbaik. Usaha yang akan dinilai oleh-Nya kelak.

Ya, aku mampu.

Ya, aku beriman.

Aku ingin menjadi luar biasa.

....

Satu azam tersemat erat di kalbu.



--------------------------------------------------------


p/s: Memasuki fasa terakhir Ramadan. Jangan persiakan. :)

Saturday, July 27, 2013

Sahabat. Mencari. Menjadi.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Sahabat.

Kawan.

Rakan.

Teman.

Dalam hidup kita takkan terlepas dari mempunyai sahabat, rakan, teman, atau kawan. Ya, aku yakin semua pasti merasa termasuk aku. Aku tak boleh hidup tanpa mereka.

Tapi, pernah satu ketika aku rasa aku nak hidup sorang. Tanpa sesiapa di sisi. 

Apa guna ada kawan tapi untuk masa gembira sahaja?

Masa aku sedih tiada di sisi.

Masa aku salah semua lari.

Masa aku dah gembira kenapa masa itu mereka tanya keadaan aku? 
Ya, mungkin aku tak suka tunjuk aku sedih. Sesedih mana pun aku, aku tetap tersenyum. Mungkin sebab itu.

Nak practice hidup di alam barzakh. Kubur lain-lain, kat kubur nanti sorang je.

Tapi aku nak teman dalam Syurga.

------------------------------------------

Tak boleh. Aku salah. Aku tak boleh hidup sendiri.

Kawan ni lah juga yang boleh bawa kita sama-sama ke Syurga atau sebaliknya (nauzubillah).

Dalam Islam sendiri menyeru kita supaya berjemaah bukan sendirian.

Syaitan itu lebih suka pada mereka yang bersendirian.

Sebab itu bila kita bersama kawan di kampus kita rasa kuat. Sangat kuat. Tapi bila cuti, futur. Oh, sedih. T.T

Sebab itu selalunya masa dalam kelas tasmik masa semua orang bersendirian, lepas aku dan kawan aku sorang ni tasmik, aku akan cari dia untuk kami borak. (Sungguh aku rindu kau kawan!) Ok, bukan borak kosong. Kami cari ayat-ayat Quran yang best untuk sama-sama tadabbur. Kami cari ibrah untuk kami guna dalam hidup. Aku rasa best sangat buat macam ni. Biasanya kelas ni dah petang, so nak study pun macam tak best dah. Aku buat camtu sebab dalam kelas ni lah aku rasa aku paling tak kuat. Aku rasa syaitan tu dekat dengan aku untuk aku terbitkan rasa sakit hati dan hasad dengki. Aku tak tahu kenapa. Tapi kau memang jahat syaitan. Dan aku takkan jadikan kau teman aku syaitan. 

Nampak aku perlukan sangat kawan. Aku tak kuat bila sendiri.

Tapi ada sesuatu yang bermain di fikiran aku.

Kenapa bila sayang orang, really take care about somebody (dengan cara kita yang lain dari orang lain. Means dia mungkin tak tahu pun), kita jarang sangat dapat balasan.

Baiklah. 

Sekarang aku muhasabah. 

Adakah kau buat semua tu untuk dapat balasan Humaira?

“eh tak. At least hargailah.”

Tak. Kalau macam tu lah gayanya, memang kau mengharapkan balasan.

Ok.” .___. 

----------------------------------------

Suatu hari dalam usrah.

“Antara kamu dengan sahabat kamu adalah tanggungjawab kamu dengan Allah.”

Tersentak aku mendengar ungkapan ini dari mulut seorang ahli usrah. Lantas menarik minat untuk mendengar huraian selanjutnya.

“Maksudnya, antara kamu dengan sahabat kamu, kenapa kamu bersahabat dengan dia, untuk apa, itu semua sebenarnya antara kamu dengan Allah. Sebab sahabat kamu tak tahu pun semua tu. Dan even antara sahabat kamu dengan kamu pun kamu tak tahu apa tujuan dia. Semua tu antara dia dan Allah. Sebab itu kamu tak boleh sesuka hati bersahabat kerana mengharapkan sesuatu balasan.”

Ok. Tersedar aku sambil mengangguk-angguk kepala.

Ukhuwah itu apabila kita memberi kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

Deep and true. I never realize before this.

Bermula detik itu, aku azam aku tak akan mengharap apa-apa balasan lagi. Mengharap pada manusia, hanya satu yang kau akan temui. Kekecewaan.

Dan bermula detik itu juga aku mencari apa makna berkasih sayang dan bersahabat.

---------------------------------------------

Dalam diri sedang memburu jawapan kepada persoalan tersebut.

Akak SC bagi tugas (macam tahu tahu je kan), sadly tak sempat sampaikan kat SC lagi. Tapi dah tersampaikan kat Giant SC (sebab tak tahu nak cakap apa. Tetiba kena cakap). *Beza my SC n Giant SC kalau sesiapa yang tak tahu, buat buat tahu jelah eh. Heee *

Hasil buruan,

Hadith ke-13 dalam Himpunan Hadith 40 Imam Nawawi.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radhiyallahu anhu, pelayan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ni. Sejak dari zaman sekolah dah dengar. Hafal. 

Tapi faham ke? Aku lah. 

Tapi amal ke? Aku lah. 

The point to highlight is tidak sempurna iman. Iman bukan benda untuk kita buat main.

Cinta. What actually it is?

Cinta yang dimaksudkan ialah cinta untuk memperoleh kebaikan & manfaat. Maksudnya, kita mestilah suka bila diri kita dapat kebaikan atau manfaat kan? Macam tu jugak lah kita suka saudara kita memperolehinya. Cinta ni juga bukan kepada tabiat kemanusiaan atau fizikal seseorang tetapi cinta kepada roh keagamaan. Jadi, setiap kebaikan bagi kita adalah untuk saudara kita juga.

Pentingnya cinta dan kasih sayang antara saudara ini disandarkan kepada IMAN untuk menjadikan asasnya kuat. Bila asas kuat, kita akan terhindar daripada anasir-anasir yang menyebabkan perpecahan & permusuhan.

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai,” 
(Ali Imran 3:103)

Jelas lah di sini, apa yang Allah suruh dan apa yang Rasulullah seru adalah untuk manfaat kita juga. Lihatlah dunia sekarang. Penuh dengan hasad dengki dan perpecahan. Check balik di mana silapnya? Ternyata asas persaudaraan kita lemah

And one more important thing, Persaudaraan dan juga Islam kita itu bukan untuk sesuatu bangsa atau kaum sahaja. Islam itu untuk semua. Tak kira kau melayu atau tidak. Jangan salah anggap. Islam for all.

Satu yang dah cukup tersemat dalam diri aku ; Sayang itu ingin bersama di Syurga. Apa-apa yang bawa kita ke neraka, bukan sayang namanya.”

-------------------------------------------------

Sekarang aku sedar apa tujuan sahabat. Apa tujuan persaudaraan. 

Mulai saat itu, aku mula cinta dan sayang kawan-kawan semua. Aku nak sebarkan kebaikan kepada semua. Walaupun aku tahu ada yang tak suka. Tapi hati aku suka, jiwa aku tenang. Sebab aku sayang dia, aku nak bersama dia hingga ke Syurga.

Tapi sungguh, tak mudah. Susah. 

Saat tu aku rasa macam ada yang semakin jauh dari aku. Yang makin dekat hmmmm mungkin sedikit.

Tapi takpe aku tahu tu cabaran.

Bukan semua orang akan suka pada kita. Tapi buatlah apa yang Allah suka.

Aku tahu aku ni jenis membosankan sikit. Sebab aku bukan gamer untuk diajak bermain, aku bukan kaki wayang untuk sama-sama tengok movie, aku bukan minah kecoh untuk diajak berbual. Aku dengan cara aku. Bila aku bosan (hoi, rasa bersalah gila sebut perkataan ni. Orang ada tujuan hidup takkan bosan lah!), aku buang masa. Cara aku buang masa ialah bukak youtube layan talk or nasyid and blog walking. Paling paling buang masa pun scroll timeline twitter or newsfeed facebook banyak kali walaupun benda sama yang aku tengok. Kalau diajak borak, kadang aku jadi pendengar setia je. Tapi kalau time aku nak cakap, jangan suruh stop lah. Hihi.

Aku bahagia dengan cara aku. 

Tapi pernah je orang tegur indirect, “weh daie tu tak semestinya tawaduk baik gila, boleh jadi dia gila-gila. Mungkin dakwah dia lebih berkesan.” Betul. Aku tak pernah cakap tu salah. Aku boleh je jadi macam tu kalau kau nak. Tapi bukan diri aku lah tu. 

Eh, but actually aku ni takde lah tawaduk baik mana pun. Biasa je. Golongan pertengahan. (eh, bukan golongan yang jahat jugak ke? *confius*

Tapi satu je yang aku cari, kawan susah dan senang. Dan mungkin aku akan berhenti mencari. Sebab dah penat cari. Eh tak. Instead of ‘mencari’, what if aku ‘menjadi’. 

Baik. Aku akan berhenti ‘mencari dan cuba untuk ‘menjadi’.

Susahnya ‘mencari’ mungkin sebab aku jugak. Aku jenis yang pendam. If I have a problem, aku akan fikir banyak kali untuk cerita pada orang. Sebab tu kot aku ada sangat ramai kawan masa happy.

So friends, aku mintak maaf sangat sangat kalau kau nampak aku ada masalah but I didn’t tell you. T.T I did tell someone but not you. Bukan sebab tak percaya kat awak, tapi aku nampak banyak cons if I told you. Mungkin sebab prob tu sendiri. Lama aku fikir nak cerita kat kau ke tak, tapi in the end aku tak cerita kat sorang pun yang aku paling rapat. Aku rasa serba salah sampai hari ni, tapi aku rasa aku akan lagi serba salah kalau aku membebankan korang dengan masalah aku. I’m sorry. T.T (tujukan kepada mereka kalau mereka baca)

Don’t worry friends, selagi ada iman dalam diri dan selagi aku sedar ada Allah dalam hati, I’ll always be fine. :)

Aku tak nak terlalu bergantung pada manusia sebab ‘memilih untuk mencari manusia tatkala kita lemah, mungkin akan lebih melemahkan kita.’ 

Tapi kita juga manusia. Nak tak nak mesti rasa nak share dengan orang lain. Boleh. Aku tak kata salah. Kalau tak apa guna counsellor and psychologists? Tapi jangan terlalu. Lebihkan meluah pada yang Maha Mendengar, kepada yang beri kita masalah, pasti pada Dia juga penyelesaiannya. :)

Biarkan apa yang manusia lain buat pada kita, asalkan kita jangan buat pada mereka. Berikan yang terbaik dari diri kita untuk semua manusia. Berdoa suatu hari dia akan sedar akan perbuatannya. 

Hati manusia Allah yang pegang. Kalau manusia yang pegang, dah lama aku cari manusia yang pegang tu dan suruh dia Clorox semua hati-hati manusia. Tapi tak. Allah yang pegang hati kita. Jadi, berdoa pada Dia supaya Dia membersihkan hati-hati kita yang penuh dengan titik hitam.

-----------------------------------------------------

Seseorang pernah bertanya, “Dah jumpa tak even sorang kawan yang sama tujuan hidup dengan kita, yang sama-sama berjanji nak berada dalam satu jalan dan medan dengan kita, yang berjanji nak ada masa jatuh dan bangun?”

Tersentak.

Tersenyum sinis.

Tergelak tak ikhlas.

Jujur, pertanyaan tu menghantui aku beberapa minggu.

Aku jadi tawar hati.

Tawar hati untuk selesa berada dalam kelompok sendiri.

Rasis mereka kata. Heh. Aku benci dituduh dengan perkataan itu.

Jadi, campaklah aku ke mana sekali pun. Akan aku berjanji memberi kebaikan untuk semua.

Campaklah aku ke laut, ingin aku menjadi pulau.

Campaklah aku ke daratan, ingin aku menjadi sebuah gunung.

Tawar hati untuk aku memilih sahabat.

Rasa tak adil bagi diri aku untuk memilih.

Jadi aku ingin menjadi neutral.

Aku tak mahu memilih, aku ingin menjadi sahabat.

Semoga itu akan diredhai-Nya.

------------------------------------------------------------------

Akhiri topic dengan sebuah puisi dari akak yang cute untuk adik-adik yang comel ^_^V (jangan marah xp) :

“Pertemuan dan perpisahan itu 
Aturan dari Tuhan

Persahabatan yang terbina dalam kalangan kita
Yang itu yang paling tak ternilai
Mengapa perlu bersangka buruk dan berpecah sesama
Andai mengatakan mahu bersama-sama semua ke syurga-Nya?

Saling menerima itu yang menjadi kuncinya
Saling berkawan kerna-Nya itu yang mengukuhkan ikatan kita
Siapapun diri kamu bahkan diri kawan kita
Terima seadanya, berubah ke arah kebaikan bersama-sama

Sangat memilih kawan takkan ke mana
Apatah lagi satu akidah semuanya
Andai kita sendiri tidak mampu bersangka baik kepada kawan seakidah kita
Siapakah lagi yang mampu?

Kawan terbaik ialah sahabat yg membawa kita ke syurga-Nya....
Hanya doa diberi yang terbaik buatmu adik2 akak tersayang~ ^_^V
Selamat melangkah ke tahun yang lebih mencabar”

bertarikh: 22 June 2013


Wallahu’alam.

P/s: cerita tokok tambah. Kawan kawan saya tetap yang terbaik ! :D 

Thursday, July 25, 2013

This worldly life.

بسم الله الرحمن الرحيم 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah.
Masih lagi kita diberi nikmat yang tidak terhingga banyaknya walau kita hamba yang sentiasa berdosa.

"As much as you can, keep dunya (worldly life) in your hand--not in your heart. 
That means when someone insults you, keep it out of your heart so it doesn't make you bitter or defensive.
When someone praises you, also keep it out of your heart, so it doesn't make you arrogant and self-deluded.
When you face hardship and stress, don't absorb it in your heart, so you don't become hopeless and overwhelmed. Instead keep it in your hands and realize that everything passes. 
When you're given a gift by God, don't hold it in your heart. Hold it in your hand so that you don't begin to love the gift more than the giver. 
And so that when it is taken away you can truly respond with 'inna lillahi wa inna ilayhi rajioon': 'indeed we belong to God, and to God we return'." - Yasmin Mogahed


Pagi yang indah penuh dengan nikmat.
Terkesan dengan kata-kata ini.

Sungguh, jika kita letak dunia itu hanya di tangan bukan di hati, hati kita tak terkesan pun dengan dunia ni.

Sungguh, bukan mudah. 
Tapi perlukan mujahadah.
Perlu kuat pergantungan pada Allah.
Perlu ingat yang sentiasa bersama kita hanya Allah.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
[Al-Hadiid, 57:20]


Dunia ini hiasan semata-mata, jangan terpedaya.

Dunia ini permainan.
Yes, it just like a game.
Almost game ada level. Setiap level ada ujian tertentu. Jika kita berjaya lepas satu level, kita aka naik ke level yang seterusnya. Dan level yang seterusnya itu, cabarannya semakin susah. 
Itulah dia GAME.
Just like our live. Ada masa kita di uji untuk meningkatkan keimanan kita. Untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.
Positive dengan ujian. Semakin susah ujian kita di dunia, semakin banyak ganjaran menanti di akhirat sana.

Hiduplah di dunia dengan matlamat Akhirat.

--------------------------------------------------

Di pertengahan Ramadan.
Dia semakin menjauhi kita.
Banyak yang masih belum dicapai.
Belum terlambat untuk boost for this month.
Allah bagi sebanyak banyak ganjaran.
Tinggal usaha kita sahaja nak kutip atau tidak.

Perlahan-lahan masa berlalu.
Dia semakin jauh.
Belum tentu akan datang kita bertemu lagi.
Jangan kita persiakannya.





Wallahu'alam.

Saturday, July 13, 2013

Teen Of Dignity. (II)

بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

From ----- Teen Of Dignity I

------------------------- Continue ----------------------------

Tomorrow never die. Sunday. 30 Jun 2013.

Bermula dengan Layar Perak TeenACE 2013

Awesome short video entitled Man Of Iron by MrTheAllShared.

"Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham." (Bukhari & Muslim)

After tayangan, mereka berkongsi serba sedikit tentang video tersebut & kisah mereka. 

Yes true, umat yang tenat perlu dirawat dengan tarbiyyah.


After that, Kuliah Umum 3 oleh 'Ali 'Irfan Jamalludin a.k.a. BroHamzah of Langit Ilahi. (Remaja: Perbaiki Diri, Seru Insan !)

"Hidup ini harus kaya dengan kerja-kerja besar, cita-cita tinggi dan usaha yang keras tanpa henti."

Penggerak agama Allah itu akan bermati-matian berjuang untuk Islam.

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka, tetapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu & bersama aku dalam membina bangunan usang itu menjadi bangunan yang tersergam indah."
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Masa muda ini bukan untuk kita persiakan.

Fokus hidup kita :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. 
[Az-Zariyat 51:56]

Seorang pemuda telah ditanya tentang perkara yang paling berharga dalam hidupnya menjawab "Aku ada Allah sebagai Rabb ku."
Allahu..

Fokus hidup kita adalah untuk menggapai redha-Nya & diami Syurga-Nya.
Dengan cara perbaiki diri & seru orang lain iaitu dengan Tarbiyyah & Dakwah.

"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya."
[As-Syams 91:8-10]

Allah beri pada kita dua jalan, terpulang kepada kita nak pilih yang mana. Jom jadi mereka yang beruntung !

Untuk perbaiki diri, sasarannya ialah HATI.
Hati kita mesti hidup, jernih, sensitif, dan bersih.

Masa muda cerminan masa tua.
“Aku selalu menjaga anggota badanku ini dari bermaksiat pada Allah di waktu mudaku, maka Allah pun menjaga anggota badanku ini di waktu tuaku.” - Abu Syuja'

Empat amalan untuk memelihara hati :
A : Al-Quran
M : Ma'thurat
D : Dhuha
I : Istighfar
#Sama-sama kita check adakah kita istiqamah melakukan amalan ini.

Hati. Satu tempat dalam diri kita yang kita perlu jaga.
"Sekiranya hari ini adalah hari yang terakhir kita, hati yang bagaimana kita akan bawa bertemu Allah?"
*soalan paling menyedarkan jiwa T.T*

Penghalag untuk kita berubah ialah keaiban yang kita simpan dalam diri kita - Maksiat yang kita sayang, cinta dan kasih untuk lepaskan.
"Siapa yang mahu hatinya bersih, hendaklah dia lebih mementingkan Allah daripada nafsunya."-Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah

Muslim / Muslimah Super !
-Buang EGO dalam diri
-Rendah diri (mudah baiki diri)
-Mudah memaafkan

Seru orang lain.

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah."
[Ali Imran 3:110]

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)" ?"
[Fussilat 41:33]

Justeru, sebarkanlah haruman kebenaran & kebaikan ke merata-rata tempat.

Ini adalah kerjaya utama kita !
Nahnu Du’at Qabla Kulli Syai’in” (Kita adalah penyeru sebelum menjadi apapun)

Sekotor mana pun diri kita, yakinlah ! Kita mampu berubah. - Kamu memerlukan Allah.
Saidina Umar Al-Khattab; Jiwanya paling lembut tetapi tetap tegas.

#Perkara yang rasa sangat bersalah dan macam teruknya diri ini, bila dia tayang gambar2 artis senang & lancar je mulut ni jawab. Bila tokoh2 Islam, semua terdiam. Kadang ada je yang tahu nama atau pernah dengar, tapi tak tahu rupa nya. :(


Next, Kuliah Umum 4 oleh Afdholul Rahman of Langit Ilahi (Remaja Bangkitlah dari Lena!)

"Luka-luka baru menjalar di tubuh ummah sedangkan luka semalam masih belum sembuh." -Dr. Majdi Al-Hilali

"Begin with the END in mind !"
End - Mati. Matlamat kita mestilah hari Akhirat, kehidupan yang kekal.
Syurga untuk mereka yang luar biasa, jadi usaha untunk mendapatkannya juga perlu luar biasa.
Orang yang tahu dia akan mati, dia akan prepare.

Faktor yang membentuk kita pada hari ini ialah ; Pengalaman, Persekitaran dan Ilmu Pengetahuan.

Rasulullah juga meletakkan vision (matlamat jangka panjang). Contoh : Kisah penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

6 ways menghasilkan vision : (tak mengikut urutan)
* Break it up
* Set a date
* Be realistic
* Look at it
* Tell people
* Commit to yourself

Apa sekali pun matlamat kita, perlukan pengorbanan.

Law of sacrifice :
- No success without sacrifice
- Give more than others.
- Keep giving up to stay up. (Istiqamah)
- Higher level of success, greater sacrifice needed.

3 faktor perubahan :
# Manhaj Rabbani
# Biah solehah
# Murabbi mithali

Not try & error, But Try & Learn.

Pelaut yang terulung tidak terlahir dari laut yang tenang.

Kesombongan adalah awal kehancuran.

Dream big, act gradually.

After that, Kuliah Umum 5 : "Sekolah bukan penjara, Universiti bukan kilang" oleh En Zul Fikri Zamir (Pangasas 'Teach For The Needs')

Sekolah:
- Pengasingan kelas. Jika mengikut falsafah pendidikan kebangsaan; mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tetapi, jika pengasingan kelas ini hanya aspek intelektual sahaja yang dapat diuji.

Fungsi pendidikan adalah "memanusiakan manusia".

Jika sekolah itu mengajar apa yang salah/benar, mengapa masih ramai yang tidak tahu yang mana salah/benar?

Ilmu yang anda dapat pada hari ini perlu dikembalikan kepada manusia.

Institusi kekeluargaan juga penting bagi membina individu.
= hormat ibu bapa
= peranan diri mencari siapa suami/isteri.

Khulasah daripada Hilal Asyraf.

"Jadilah anak-anak akhirat yang memandang dunia dari kaca mata akhirat"

Tarbiyyah akan menghasilkan pemimpin, Dakwah akan membentuk masyarakat.


-------------------------------- THE END ------------------------------

Tamat pengisian 2 hari 1 malam.

For me, apa yang menjadikan TeenAce 2013 ni awesome di mata ku ialah seramai hampir 1000 orang REMAJA dari pelbagai background berkumpul untuk satu tujuan.
"Aku boleh nampak kecerahan masa depan anak muda." -Me


Pic : Langit Ilahi 


Hari last baru teringin nak jalan-jalan kat booth belakang hall. Booth paling penting untuk aku pergi ialah BOOKS. Huhu. Punyalah kecik dunia ni, si penjaga booth buku IBooks tu muslimin maahad sebatch. Hoho. Kat booth buku pun boleh dapat ilmu. Dia terangkan satu-satu buku yang kitorg tanya. Memang kagum. Maksudnya dia dah baca lah kan buku-buku tu (kot). "Kalau nak jadi hebat, kena kenal orang-orang hebat. Biar kita boleh ambil semangat daripada mereka," katanya. Pstttt, sempat jugak bergosip kejap. Ngeh.



Ok, that's all for this event. Semoga Allah memberi lagi peluang & kesempatan untuk bersama berkumpul dalam majlis2 ilmu seperti ini. :)

Dr.HM

Friday, July 12, 2013

Masa & Manusia.

بسم الله الرحمن الرحيم 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Believe or not?

Masa boleh mengubah manusia.

Jika masa diisi dengan tarbiyyah lah.
Jika dibiarkan kosong, hanya sia-sia.
Mana mungkin perubahan tercapai.

Allah pun dah ingatkan kita dalam Al-Quran :

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
[Al-'Asr 103 : 1-3]

Apa tunggu lagi?! Jangan biarkan masa anda menjadi sia-sia. 
Kelak akan dipersoalkan ; "Masa muda anda digunakan untuk apa?" 
Takkan nak jawab sibuk mencari 'tulang rusuk kiri' / 'imam yang sejati' hingga lupa matlamat hidup ini?

Sama-sama kita fikirkan.

---------

Masa boleh mengubah manusia.
Just wait and see.
Tapi jang letak harapan yang tinggi.
Kelak kecewa dek manusiawi.

Pray to Him.
Trust on Him.

Dr.HM :)

Teen Of Dignity. (I)

بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, masih lagi Dia memberikan kita nikmat untuk hidup di bulan yang mulia ini dalam Iman & Islam. Hari ini, 2 Ramadhan. Allah beri kita peluang untuk hidup hari ini untuk kita berubah. Menjadi seorang yang lebih baik dari semalam. Untuk memohon keampunan atas dosa semalam. Untuk kita meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Moga kita tak lupa apa tujuan kita di sini. :)

First of all,
Maaf atas penangguhan post ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan juga ku'futur'an diri ini. T.T

Alhamdulillah.
Lebih seminggu berlalu.
29-30 Jun 2013.
TeenAce 2013.
Dewan Kristal, TM Convention Centre, Bangsar.

Dua hari. Satu malam. Penuh pengisian. Penuh ibrah.

Sabtu. 29 Jun 2013.

Bermula dengan ucaptama daripada Hilal Asyraf (Remaja Harapan Ummah)

Hari esok ditentukan oleh hari ini.
Fitrah perubahan bermula dengan berdikit-dikit. Yang palig penting ialah istiqamah. Istiqamah ni lah yang susah, so macam mana nak istiqamah? Istiqamah memerlukan perancangan dan matlamat. Matlamat kena jelas. "Untuk apa aku berubah." 
Faktor penting untuk istiqamah ialah rakan-rakan. Bila kita sedang berubah dan dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik, kita akan rasa malu nak buat jahat. Betapa pentingnya berada bersama rakan-rakan yang baik di sekeliling kita. 

Tentang penerimaan orang sekeliling / dai'e terhadap mereka yang ingin berubah. Kisah seorang pemuda yang telah membunuh 99 orang. 

"Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendeta untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Ketika bertemu dengannya, dia pun menerangkan bahwa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya padanya apakah dia masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Pendeta dengan tegas mengatakan dia tidak bisa bertaubat karena dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan langsung membunuh pendeta itu, menjadikannya mangsa yang ke seratus.

Dia masih ingin bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang bisa membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahwa dia telah membunuh seratus orang dan bertanya apakah Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih mempunyai harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan ‘abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan kemaksiatan.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu pergi menuju negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Baru saja sampai setengah perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perdebatan antara dua malaikat, yaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin membawa roh lelaki itu ke syurga karena pendapat dia adalah orang tersebut adalah baik lantaran niatnya untuk bertaubat, sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam keadaan su'ul khatimah karena dia telah membunuh seratus orang dan masih belum mempunyai amal kebajikan sedikitpun. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian mengantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perdebatan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat, adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang akan dituju atau lebih dekat dengan tempat asalnya yang buruk?. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia milik Malaikat Rahmat. Sebaliknya apabila jaraknya lebih dekat dengan tempat asalnya, dia milik Malaikat Azab. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi ukuran sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah."

Banyak ibrah tentang perubahan yang kita boleh ambil dari kisah ini. Antaranya ialah : Pertama, jangan lah kita menjadi pendeta yang pertama yang ditemui pemuda itu. Melunturkan semangat untuk pemuda tersebut berubah sedangkan Rahmat Allah itu terlalu luas. Kedua, jika ingin berubah ke arah kebaikan, teruskan. Jangan sesekali toleh ke belakang. Biar kita mati dalam usaha untuk berubah.

*Mungkin banyak point yang terlepas atas kelewatan diri ini :( *

Seterusnya selepas minum pagi, Kuliah Umum 1 oleh Amin Idris (Magnet Diri Remaja Luar Biasa)

Siapa anda sekarang adalah apa yang anda buat dulu. Bagaimana anda akan datang adalah apa yg anda lakukan sekarang.
Remaja yang success ada matlamat. Tadi cerita pasal berubah. Nak berubah kena ada matlamat yang jelas. So, macam mana matlamat itu sebenarnya.
The Power of Goals. (Kuasa Matlamat)
Matlamat yang JELAS akan menghasilkan tindakan yang JELAS.
Matlamat yang BESAR, usaha akan jadi BESAR. Bila kita cerita matlamat kita pada orang lain, tapi tak ada seorang pun yang cakap kita gila, So your dream are not big enough.
Matlamat yang kecil akan dipandang remeh.
Matlamat yang JAUH, langkah kita pun akan menjadi JAUH.

Macam mana nak TAHU apa yang kita MAHU = IMAGINASI. Dare to dream. jangan hadkan matlamat anda. Matlamat haruslah Specific, Measureable, Action (Boleh dilakukan), Relevant (tidak bercanggah dengan agama & undang2) dan Time frame (tetapkan bila ingin dicapai). [SMART]

Hot Tips untuk berubah :
# Belajar dari keGAGALan 
# Jangan putus asa (kerana matlamat yang besar itu, jalannya tak mudah. Sukar dan panjang)
# Berubah sekarang ! (Tingkatkan Ilmu & kemahiran)

"When you have a clear vision, you don't even have time to breakfast."-Bill Gates

"When the vision is clear, the action gets easier."-Amin Idris

Next, Kuliah Umum 2 oleh Ust. Hasrizal A. Jamil (Remaja Kahfi Era Salafussoleh)


pic : LangitIlahi


*Just random points. Tak tersusun. Maaf.*

Muda itu satu kelebihan. Kelebihan itu untuk diisi bukan untuk dipersiakan.
Berubah, berhenti memberi alasan & ber'kalau'. Azam & tawakal.
Anak muda mesti ada kedegilan ke jalan yang benar. Jangan mudah ubah pendirian. 
"Bersabar dengan apa yang kita tak suka (sekarang) untuk dapat apa yang kita suka (akan datang)." 

Just do it !

Syabab perlu ada "Kebijaksanaan orang tua dalam semangat orang muda."

After zohor, Forum "Teen of Dignity Leading Society" Remaja berjati diri peneraju Komuniti.
Oleh : Moderator - Aishah Shakirah. Panelists - Adibah Awang, Anwar Hadi, IM Asyraf.


Pic : LangitIlahi



*Just random points. Tak tersusun. Maaf.*

Make something that you want to see. Make something that can contribute to society. Try to make a gift to everyone. Try to find you potential & develop it. Because potential ni yang selalu kita boleh sumbangkan kepada masyarakat. Potential is something that you enjoy to do it. Your passion.

Be the change that you want to see in this world. If you want the world to be like 'something', you must be the first person who did it. Because teen nowadays is direct reflection to the next generation. 
"Nak lihat umat akan datang, lihat pemuda sekarang."

Remaja, waktu mencari identiti diri.
Duduklah dalam bidang apa sekali pun, pastikan anda memberi sumbangan kepada agama anda.
Berdampinglah dengan orang yang bila kita melihat dia, kita takut pada Allah.
Jadilah pemuda yang matang.
Selalu istikharah. InshaaAllah, Allah akan sentiasa memandu hidup kita. "Takkan rugi mereka yang istikharah."

Surah As-Saff, ayat 2-3 : "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. "
Ayat ini bukan untuk kita stop dakwah. Ayat ini sebenarnya bukti Dia sayang pada kita. Dia tak nak kita lakukan perkara yang kita dah tahu itu salah. Allah nak ingatkan kita tentang azab & murka-Nya.

Antara cara untuk tidak mahu timbul riyak dalam hati bila kita lakukan kebaikan terutama kebaikan yang orang lain boleh nampak ; Sentiasa perbaharui niat & buat sampai istiqamah.

Buat sesuatu biarkan salah kerana pengalaman & kesalahan akan menjadi pengajaran, seterusnya menjadikan kita pada hari ini.

After Asar : Sesi media. Tak involved sangat :D

After Isyak : Bacaan ayat Quran (Surah Ar-rahman) oleh Fatih Seferagic, Persembahan oleh Azhar Hilmi, Ameen Misran, Rabbani.

Azhar Hilmi ni artis LI. hehe. Anda semua pandai2lah cari on YouTube :D

Ameen Misran punya poem selalu menusuk sampai ke jantung. Ngeh. Tak boleh nak hiperbola lagi. -.-"
Tapi memang penuh bermakna.

Rabbani mempersembahkan empat lagu ; Muhammad Ya Habibi, Insan, Intifada & Teman Sejati. Semua lagu lama. :) Rindu pulak suara Ust. Asri. :') *Al-fatihah*

Sharing by Fatih Seferagic
Bermula dengan menasyidkan sebuah lagu. "Ghuraba' " :)
As we know that Fatih ni hafiz & suara awesome. Subhanallah.
Beliau cerita kisah hidup dan conclusion yang saya dapat ialah tak rugi ikut cakap parents, sebab mereka memang nak yang terbaik untuk kita. Takkan mereka nak suruh kita buat perkara yang sia-sia. 
Bermula dari kecil Fatih disuruh oleh ibunya menghadiri kelas Quran. 
Okay, beliau ni sangat anak mak (kot) sebab most apa yang beliau kata mesti ada "my mother....."
Nampak di situ, Redha Allah terletak pada kedua ibu bapa. :)

Jadilah anak yang baik dan ibu yang awesome dapat didik anak jadi macam ni. ^^

Tomorrow never die. Sunday. 30 Jun 2013.


--------------------------------To be continued----------------------------
Bersambung di ----- Teen Of Dignity II

*korang pun dah penat kan hadam post panjang2 ni*
Zzzzzzzzzzzzz
Ok, Salam 3 Ramadhan. Moga lebih bertambah ibadah. :)


Dr.HM