Saturday, June 8, 2013

Malu.

بسم الله الرحمن الرحيم 



 In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah
atas semua nikmat yang Dia telah berikan kepada kita hari ini.

Dah lama post ni jadi draft je.
So, sebelum saya terlupa
Jom, nak share satu perkara penting untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
;)

-----------------------------

Hadis ke-20 daripada Hadis 40 Imam Nawawi :

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Riwayat al-Bukhari, no. 3296 dan Abu Daud, no. 4796)

Malu.
Selalu kita dengar perkataan ni.
Selalunya malu ni lah yang jadi benteng kepada diri.

Tak nak buat sesuatu; sebab malu.
Common lah dengar alasan ni.
Tapi kalau atas perkara yang tak patut malu, dia pergi bagi alasan macam tu, rasa nak ketuk je kepala tu. Geramm. (Erk, diri ni pun selalu jugak buat alasan tu. Hehe)
Ini malu tak bertempat namanya.
Sangatlah tak patut.

So.
Apa yang dimaksudkan dengan malu dalam hadis ni.
MALU UNTUK MELAKUKAN DOSA.
Ya, ini dia. Kita sebagai hamba patut ada rasa ini.

Buat dosa / kesalahan.
Kalau nak suruh "malulah pada manusia."
Certain orang tak rasa pun malu pada manusia kalau buat salah.

Tapi kawan-kawan,
Malulah pada Allah.
Tuhan kita.
Dia yang menciptakan kita.
Semua nikmat dia bagi pada kita.
Setiap saat hidup itu adalah nikmat.

Jika kita buat apa yang Dia larang, hamba yang bersyukurkah kita?
Bagai kacang lupakan kulit.
Dia yang ciptakan kita. Dia yang bagi semuaaaaaaaaaaaaaaa nikmat dalam hidup kita.
Tegar kita menyimpang daripada-Nya.
Allah T.T

Analogi seperti ibu bapa kita. Ibu, dialah yang melahirkan kita. Ayah, memberi semua yang kita inginkan. Mereka, membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berjaya dan dihormati. 
Tetapi, jika kita tak ikut apa yang mereka suruh dan buat apa yang mereka tak redha.
Maka, jadilah kita.....
Anak derhaka! Anak tak kenang budi!
(skrip drama melayu)
Haa, analogi ni sama lah macam kita sebagai hamba dan Dia Pencipta kita, Tuhan kita.

Nak ke kita menjadi 
Hamba yang derhaka! Hamba tak kenang budi!
Pergi kau ke neraka sana.
(Nauzubillah)
Sungguh kami tak sanggup menahan azab-Mu. T.T

Sungguh, malu itu benteng diri jika ia menjauhkan kita dari murka-Nya.



Kita hidup di dunia ini ibarat di dalam bahtera. Jika ingin senang dan bahagia, ikut apa yang nakhoda perintahkan. Jika tidak suka, carilah bahtera yang lain untuk di naiki dengan lebih selesa.
Samalah seperti hidup di bumi ini. Semua milik Allah. Kalau nak bahagia selamanya, ikut apa yang Allah suruh. Kalau tak nak. Jika tak selesa, pergilah cari muka bumi lain yang bukan milik Allah, dan hiduplah di sana.

Jom sama-sama perbaiki diri.
Saya juga seperti anda, banyak sangat dosa yang dilakukan.
Tapi, Rahmat & Keampunan Allah itu terlalu luas.
Sebab Dia sayang pada kita dan Dia nak bertemu dengan kita di Syurga kelak. 

Wallahu'alam

-------------------------------------
sesi nota kaki:

Sedar tak sedar, lama dah sebenarnya tahu hadis ni. Since sekolah lagi, banyak kali dengar hadis ni. Tapi baru sedar sekarang. (Lambat sikit)
Ya, memang kalau kita dengar perkara tu setiap hari, memang boleh masuk dalam otak-ingat. Tapi tak semestinya kot masuk dalam hati. Bila kita sedar dan alami, barulah perkara tu masuk dalam hati.
Sungguh, Experience is the best teacher.


pic credit to aimi :)
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Dia bagi aku hidup bersama Gen-8.
Honestly, 2 tahun kita semua bersama, anda semua banyak memberikan pengalaman yang sangat berharga. Setiap daripada kalian mengajar saya erti hidup, erti kehambaan dan erti persahabatan.

Setiap kali menjejakkan kaki ketempat kita semua berkumpul, susah untuk senyuman syukur itu tidak ku ukirkan. Setiap melihat gelagat kalian semua dari tempat ku yang unofficial and strategic tu, membuatkan aku tersenyum. Betapa aku bersyukur adanya kalian.
Alangkah indahnya, andai kita semua dapat lagi berhimpun, berkumpul untuk selamanya dengan rasa bahagia yang sama di Syurga Allah kelak.
Ini impianku.

Takut tak sempat nak ucapkan;
Terima kasih semua. :)

Semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat.

p/s: mood touching and jiwang-jiwang dengan Gen-8 ni tak sudah-sudah lagi. Ni semua sebab petang jumaat haritu, borak dengan akak 6th year dan dia kata "Betapa korang akan rindu saat ini."

 # Switching to examination mood. Mohon doa kalian. :)

No comments: