Thursday, June 20, 2013

Dia yang berubah.

بسم الله الرحمن الرحيم 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah,
Just finished 3 subjects yang banyak paper. Hehe.
Alhamdulillah,
Walaupun ada jugak salah,
Tawakal. Setelah berusaha.
In shaa Allah, harap ada markah yang terselit-selit celah-celah jawapan tu. :(

It's okay.
Dah lepas.
Dah jauh sangat dari kita untuk ulang balik.
Just keep as lesson to myself.
:)

Curi masa. Hilangkan stress jap.

back to the topic;
--------------------------
Dia yang berubah.

Perkara diatas adalah dirujuk.
(pabila pen. s/u menaip. ngeeee~)

Diri ini ingin berkongsi pandangan,
nak terima, terima. 
taknak, meh kongsi pandangan anda pula. 
Semoga sama-sama beroleh manfaat. 
^^

Honestly, dari dulu saya memang tak suka tengok orang yang berubah kerana manusia. Atau dengan kata lain, dia berubah sebab seseorang.
Bukan apa, sebab apa yang saya percaya dan pegang, kalau orang tu berubah sebab manusia lain and he/she tend to turn back 360° bila tak bersama orang tu lagi.
Sedih kot tengok orang elok-elok dah nak jadi baik, tiba-tiba berubah balik menjadi dia yang dulu. Sedih sedih dan sedih. Tu sahaja yang saya dapat gambarkan.

But, suddenly I realize that
Bukan semua orang macam tu.

Ada dua keadaan yang boleh saya bagi :

1. Dia berubah memang sebab manusia tu. Untuk manusia tu terima dia dalam hidup. Just for he/she. (muntah darah jap)

2. Dia berubah sebab manusia tu banyak mengajar dia (indirectly) yang apa dia buat selama ini salah. Dia berubah sebab, dia nampak jalan dia yang dulu itu salah. Dia nampak jalan mana yang lebih diredhai Allah. 

See.
Nampak macam sama kan? 
Secara luarannya, kita nampak yang dia berubah sebab manusia.

But,
Ada yang berbeza di situ,

1. Bila dia jauh dari manusia tu, atau manusia tu jauh daripada dia. Dia rasa tak guna dia nak berubah lagi. Dia rasa lagi jadi dia yang dulu. Dia yang 'sebenar' kononnya.

2. Bila dia jauh dari manusia tu, dia tetap dalam perubahan dia sebab dia tahu dia bukan berubah semata-mata kerana manusia itu. Tapi manusia itu yang tunjukkan (indirectly) jalan benar. Dia tahu dia berubah tu untuk redha Allah, bukan manusia.

*eh? faham ke 'indirectly' tu acamno? 
indirectly - tu bukan lah manusia tu gi dok ceramah 24hours kat dia. Tapi, dia macam sedar melalui cara hidup or perbuatan manusia tu maybe. Kot.


Ok, bukan nak judge ke apa sebab saya bukan penghukum.
Emm, tapi honestly saya tak suka situasi yang 1.


---------------------
Tips untuk berubah.

1. Niat.
Common lah dengar perkataan ni (-.-) Muka bosanggg.
But, perkara ni paling penting sekali. Asas. Kalau niat dah tak betul. Niat dah lari dari landasan. Macam mana nak menuju ke destinasi yang betul. Ye tak? 
Tapi niat ni boleh je berubah tengah-tengah jalan.
So,
Betulkan niat & selalu tajdid niat.

2. Step by step.
Berubah sikit-sikit. Jangan terus turn 360°. Bukan tak boleh, boleh. Cuma takut diri anda terkejut dengan perkara lebih mencabar dan tekanan yang mendatang bagai batu yang menghempap kepala lalu mengalah dipertengahan. Sebab jalan menuju kebaikan ini tak pernah mudah. Allah janjikan kemudahan, kesenangan dan kebahagiaan itu bila kita dah mencapai target iaitu redha-Nya & Syurga-Nya.
So, rilex2 and chill. Kalau nak 'sennang' (baca : senam) pun kena warm up.
Buat sikit-sikit apa yang kita mampu dulu.
Kalau dalam diri kita ni ada 10 kejahatan, rasa sukar untuk tinggalkan kesemuanya sekali gus. Buang satu per satu. Yang penting istiqamah.

"Kalau kita tak mampu buat baik, jangan buat jahat."

3. Hati kena kuat.
Kuat. Tabah.
Ya.
Sebab jalan ini tak mudah.
Diulangi buat keseribu kali.
Tak mudah.
Hanya yang kuat lagi tough sahaja yang mampu.
Ingat muscle-muscle korang je kena mantap ada sixpad bagai?
Muscle iman dalam hati itu lagi penting.
Ayuuh 'tough'kan biceps, triceps, quadriceps, segala bagai muscles yang ada dalam hati.

Dan hanya mereka yang berpandangan jauh sahaja yang akan 'dare to face it'.

Allah kata dunia ini sukar. 
Allah kata berada di sisi-Nya itu menenangkan.
Allah janji Syurga itu indah.
Allah janji neraka itu azab yang pedih.
Pilihan di tangan anda.

Kalau anda baru step by step nak berubah. Tetiba ada makhluk berkata :
"kau ni ape?! Kata nak berubah. Kata nak menuju jalan yang benar. Ni kejahilan apa yang kau tengah buat ni?!"

Tetapi, dalam hati anda bertekad untuk berubah dan sedang berubah step by step bukan secara pukal.
Allah who the only one knows what deep in side your heart.
Jangan dengar sangat apa orang kata jika ia untuk menjatuhkan kamu.
Jangan peduli penilaian manusia.
Kita berubah untuk siapa? 
'DIA' atau dia?
Masa 'Yaumul Hisab' nanti, siapa yang menghitung amalan kamu?
Manusia kah?

4. Istiqamah.
Ya, ini yang paling penting.

"Tetapkan pendirianmu"
pesanan terakhir somebody. Akan ku pegang dan tunaikan sampai ke mati. inshaaAllah


----------------------

Allah tak lihat hasil, Dia nilai usaha kita. 
;)

Jangan putus asa.

Hatta banyak mana pun dosa kita yang lalu,
Just remember ;

Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
[Az-Zumar 39:53]

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah sayang kita.
Put trust in Allah.



Wallahu'alam

*3 more subjects to go. Mohon doa semua. :)

Dr.HM

No comments: