Tuesday, April 16, 2013

Muhasabah Petang.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Setelah selesai menunaikan solat fardhu Asar
Hati yang sayu memandang ke luar tingkap
Pemandangan yang menembusi tingkap hanyalah 
pokok durian dan sukun di kebun sebelah
Dengan cahaya matahari petang yang memancar.
Hebat ciptaan Allah.
Dari pokok itulah kita dapat terus hidup
Dan dari matahari itulah pokok terus menjalani hidupnya dan meneruskan tanggungjawabnya membekalkan Oxygen kepada kita.
Allahuakbar.
Besar jasa pokok & matahari tu ye.

Tiba-tiba hati tertanya.
Aku?
Bergunakah kepada alam? Manusia?


Andai saat ini Allah menyeru aku pulang kepadaNya,
Apakah cukup amalanku untuk dibawa kepadaNya?
Adakah pengampunanku kepada Allah dimakbulkan?
Adakah solat ku, ibadahku diterima?


Apakah aku sudah cukup berjasa kepada Islam?
Setiap perbuatan yang aku lakukan, adakah semata-mata hanya kerana Allah, atau hanya kerana manusia?
20 tahun aku menuntut ilmu, kerana apa?


Apa yang berlaku kepada orang yang aku sayang?
Adakah aku akan menjadi penyebab mereka ke neraka?
Adakah mereka akan menolongku ke syurga?
Adakah mereka langsung tidak mempedulikan aku?

Adakah bekalan yang berterusan untuk aku di sana?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

amalan yang tidak putus pahalanya,

sedekah jariah,
banyak mana je harta yang aku infakkan ke jalan Allah?
qouted by my friend ; "dalam harta kita ni, ada hak orang lain jugak"
adakah aku telah menunaikan hak tersebut?

ilmu yang memberi faedah,
berapa banyak je ilmu yang yang bermanfaat aku beri kepada manusia lain?
Lagi2 diri ini bukan seorang guru atau pendidik officially.

doa anak yang soleh,
anak pun takde lagi.
persoalannya, dah cukup ke aku ni menjadi insan yang soleh untuk didik anak2 menjadi insan yang soleh?


Allahu
Ada tak manusia nak mendoakan aku yang hina ni?
Ada mungkin
Mendoakan ketika hari kematian ku.
Selepas itu?
Hanyalah sendirian bersama amalku.

-----------------------


Allahu Allah.
Jadikanlah pengakhiran kami dari kalangan hambaMu yang soleh.
Hidupkan lah kami & matikanlah kami dalam iman.

Untuk sahabat,
Andai esok bukan lagi milikku,
Maafkanlah aku....




T__T

Dr.HumairaMahpa

3 comments:

Afiqah Ai said...

Thanks for always reminding us, dr Humaira. Have a nice life then. Insya Allah. :)

izzat hafiz said...

nice then..=)

Anonymous said...

insyaAllah ada yg sentiasa mendoakan anda :)
luv fillah.

enonymous.