Friday, March 15, 2013

Yang Aku Nanti.

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Dear my love,
Family and Friends.

Tolonglah aku,
Tegurlah aku,
Nasihatilah diri ku,
Ajarilah aku,
Andai terzahir khilaf ku,
Andai ku lari dari landasan yang satu,
Andai hala tujuku kelabu,
Andai tersilap langkahku.

Kau pimpinlah aku,
Tuntunilah aku,
Dalam menggapai redha Tuhan mu,
Jangan sekali kau lepaskan aku dari genggamanmu.

Kau sedarkanlah diri ini,
Ketika aku terleka dalam duniawi.

Jangan biar aku terus begini.

Jangan kau hirau rajukku yang seketika,
Dek kerana teguran mu yang buatku terluka.

Kerna,
Ku tak sanggup menjadi penyebab kau ke neraka.

Kerna,
Hanya satu impianku,
Kita bersama menggapai Syurga-Nya.

Hanya itu yang ku nantikan.
Hanya itu yang ku impikan.
Hanya itu yang ku doakan.



ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺣُﺒَّﻚَ، ﻭَﺣُﺐَّ ﻣَﻦْ ﻳُﺤِﺒُّﻚَ، ﻭَﺣُﺐَّ ﻋَﻤَﻞٍ ﻳُﻘَﺮِّﺑُﻨِﻲْ
ﺇِﻟَﻰ ﺣُﺒِّﻚَ




dr.humairamahpa

No comments: