Friday, May 18, 2012

Hipokrit..

Assalamualaikum wbt.

Hipokrit?
erm, ada apa dengan perkataan tersebut?
jom kita citer kat bawah ni :)

sejak dari kecil lagi saya selalu sangat jumpa perkataan ni.
kecik-kecik dulu, bila tengok newspayyyperrrr *wah! lame dah x sebut! suke2*
bila tengok part artis tu kan, mesti ada part camni :
perkara yang tidak disukai : HIPOKRIT
dengan nerdnya si budak kecik ni, "ohh, new vocab bai!" =.='

apa maksud perkataan tu sebenarnya?

Maksud hipokrit mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah, (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya.

Meaning of hypocrite from Oxford Advanced Leaner's Dictionary (International Student's Edition) *hok yg most of budak tamhidi ade ni* is a person who pretends to have moral standards or opinions that they do not actually have.

So, kita boleh simpulkan dengan mudahnya hipokrit is the negative or bad attitude..

But! 
*gaye Sir ARHO sikit.rindu kot!*

pernah tak anda semua dengar dialog macam ni :
A : eh, B asal kau camni ekk??
B : camni, camne??
A : yelahh, kau kan budak sekolah agama. Dari kecik lagi kot belajar agama. Tapi aku tengok kau tak macam tu pun. In fact, sama je macam kitorg yg tak ada background agama. Kenapa ekk? Aku pelik ahh..
B : Oh, aku bukan ape. Aku malas ah nak 'hipokrit'. Bajet2 baik, padahal aku tak macam tu punn..
A : ohhhh *dengan muka nerdnya*
haaa, pernah tak? pernah tak? mesti pernah kan? kan.kan.kan?
tak payah nak tipu lah~

erm, ok.
Actually, untuk berubah kepada yang lebih baik or buat perkara baik, we need to be hypocrite first.
huh? seriously? 
ok, contoh : kita daripada biasa biasa je. tutup aurat tak ada lah sesempurna mane. 
then tiba tiba kita rasa macam tak sedap hati je kan. iye lah, jika seseorang tu ada basic agama, mesti dia tahu dan sedar kita WAJIB tutup aurat dengan sempurnanya. 
ok, one day yang penuh barakah kita pun nak berubah.
first day, hati kita berbelah bagi "eh, aku nak pakai macam ni. tapi aku bukan macam ni sebenarnya. camne ni??" mesti punya hati akan terdetik macam tu *biasa lah syaitan nak goda goda.tu memang kerja dia*
then, kita proceed juga dengan perubahan kita hari tersebut.
sedar ataupun tidak, kita hipokrit pada hari pertama.
dan kita pun proceed lakukan benda yang sama pada hari hari seterusnya sampailah kita istiqamah dengan perkara tu.

see! memang kita perlu ada hipokrit ni untuk perkara macam ni.
cuma bagi saya, untuk berubah ke arah kebaikan ni tak ada lah hipokrit namanya.
sebab kebaikan itu adalah FITRAH. ikut perintah Allah itu adalah FITRAH.
macam kita manusia inginkan keamanan. ada ke orang nak hidup kucar kacir ?
orang yang melanggar fitrah itu sebenarnya hipokrit. ye tak?
dia cuba menafikan fitrah yang suci dalam hati dia semata-mata nak kejar dunia yang fana ni.

ingatlah kawan-kawan, dunia ni hanya tempat untuk kita menanam.
hasilnya? kita akan tuai di akhirat kelak.
ayat skema tak? tapi jangan menafikan yang inilah realitinya.
kita hidup di muka bumi Allah. Allah yang punya. So, ikutlah perintahNya.
ibarat kita pergi rumah orang, sopan tak kalau kita buat ikut suka hati kita dalam rumah orang tu? tak kan.. 
*analogi mudah kan? renung-renungkan*

dunia sementara. AKHIRAT KEKAL SELAMANYA. :)
tolonglah sedar hakikat ini kawan-kawanku.
tolonglah buka mata hati masing-masing!

cuba tanya diri kita sendiri tiga soalan ni :
1. dari mana kita datang ?
2. apa tujuan hidup kita ?
3. ke mana kita akan kembali ?


jom sama sama muhasabah diri ~


# mood :
keserabutan teramat.hehe.tak ada lah big problem sangat.tapi bertimpa-timpa lah :)
bila dah malas nak fikir problemSS tu, rasa nak tidur dan bangun dengan harapan semua tu mimpi.
huahuahua.sukahati kamu je kan humaira.
ingat :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
 Surah Al-Baqarah ayat 286
hadapi semua ini dengan senyuman :)
dan ingatlah Surah Al-Ankabut ayat 2-3.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

so, FACE IT Mai !


humaira mahpa :)



Saturday, May 12, 2012

Hanya tinggal kenangan..

Assalamualaikum..

tengah-tengah malam ( 11 May 2012 )
erm, tiba tiba hati tergerak nak menjenguk group 
"Kem PLKN Temasya Rimba Templer Siri 8 Kump 1/2011"
kat FB
yang dah agak lama aku tak jenguk..
*doesn't mean i'm forget about them*

so..
scroll ke bwh bwh n bwh..

I found this !
from group Kem PLKN Temasya Rimba Templer
post from Ckg Goh..(jurulatih kami)

more clear : keadaan dorm yang dah kosong
pergh!
tersentap sebentar..
nak menitis je air mate ni rasanya bila mengimbau kenangan2 masa tiga bulan kat kem tu dulu..
but now..hanya tinggal kenangan..
bukan sahaja kenangan antara kami..
tetapi kenangan bersama kawasan  kem yang best itu juga ~

last but not least :
saya sangat menghargai jasa warga kem yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar..
walaupun pelbagai kenangan pahit mahupun manis terlakar di situ..
tetap terabadi di sudut hati ini :)

So now..dah tak wujud lagi 
"kem plkn temasya rimba templer rawang selangor"

*patut lah aku pelik bila usha2 FB ckg2 @ jurulatih..semua dah pndah kem*


- baru habis buku ke-4 untuk cuti ni : DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU by Ustaz Hasrizal. posting about my bo0ks nanti-nanti lah ye :)
- progressing to continue 'lesen' 



humairamahpa

Monday, May 7, 2012

buat diri yang lupa

Bismillahirrahmanirrahim 

just sharing ;

Kita sering kali lupa pada Allah SWT 
ketika
sedang mendapat kurnia kenikmatan.

Tapi,
ketika sedang mendapat musibah,
kita suka "protes", bahkan "marah-marah" pada Allah SWT.

"Kenapa harus terjadi pada saya?"

atau

"Allah sudah tidak Adil pada saya!"

Begitulah yang sering kita lakukan pada Allah SWT.

Kita hanya ingat Allah ketika sedang dalam keadaan susah sahaja!

Seharusnya kita bersyukur kerana ujian itu menandakan Dia masih sayang pada kita.
Dia tak nak kita terus terleka dan hanyut dalam dunia yang fana ni.

Dan 
semua itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.



mood:
-baru habis bace buku "Pada-Mu Aku Bersimpuh by Gol A. Gong"
-banyak and belambak lagi buku nak dibaca
-bila tah nak sambung lesen =.="



humairamahpa

Friday, May 4, 2012

Farewell

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

huu~ what's up??
update je keje?!?! 
ini la padahnya kalau dah start mengelap habuk di blog ini.

ok...
farewell or perpisahan..
siapa yang suka right??
tapi, hakikatnya ianya lumrah..
memang perpisahan sesama manusia itu WAJIB berlaku..
I repeat , WAJIB..
why?? memang tak kan boleh elak..
because semua yang hidup pasti akan pergi bertemu mengadap Ilahi..
thats the reason.. :)
*ok, sebenarnye baru stalk adik2 form4 yang sedang bersedih2 kawan2 pindah*

so, terimbaulah kenangan silam..

perpisahan yang paling menyakitkan saya adalah masa form 4 best friend yang teramat best pindah kisas.. pergh, memang sedih teramat and once again masa orang yang sama juga fly gi mesir and saya tak dapat nak hantar..sampai sekarang memang rasalah sedihnya..

and 
the farewell yang tak berapa sedih tapi memang saya dapat rasa perpisahan itu ialah masa form 5 !
yes exactly !
memang berpisah dengan mereka yang dah 5 tahun kami mengharungi hidup, suka , duka semua lah bersama..and then, memang dah bawak haluan masing2 lah kan..yang fly nye..Universiti pun dah lain2..satu U ade berapa je schoolmates itu pun tak sama course..so, tak selalu jumpaa...
seriously, sangat rase 'berpisah' jasad dgn anda semua..sangat rindu..


tapi..
berapa banyak kali pun kita berpisah dengan kawan2..
we still have our family besides us..
so, what ever pun..jangan sesekali lupakan family anda..
dah masuk U baru saya rasa sangat2 rindu bila jauh dengan family..walaupun rumah sekangkang kera je pun..tapi, tak ada kereta nak balik sesuka hati.. :)
so, hargailah mereka..

*gambar and the qoutes credit to : paihebat yang memang hebat*

walau sejauh mana jasad kita terpisah..
saya yakin yang hati kita masih bersatu..
and kita tak kan pernah lupa antara satu sama lain :)

jom jadi soleh and solehah, mukminin and mukminat, muslimin and muslimat..
so that, we can gather at the JANNAH..



dr.humaira.mahpa.

Suddenly, I've done :O

Assalamualaikum..

I've done what??
twitter la..
ni semua sebab kawan baikku sorang ni
Sakinah Ridzuan
*peer pressure*
huhu
maaf saya memang suka guna itu *peer pressure*


semoga boleh + manfaat..
and hopefully tak lagi melalaikan..
pandai-pandai jage diri ok.
:)

by;
humairamahpa


Wednesday, May 2, 2012

Beza kita untuk melengkapi

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.


First of all,
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada-Nya kerana telah memberi kita pelbagai nikmat..


"setiap hela nafas,
setiap gerak tangan,
setiap degup jantung,
setiap derap kaki,
takkan pernah bermakna tanpa cintaMu"
Sahaja Aku MencintaiMu (du'a ft. ustaz amal)


sekadar renungan before I go through to the main topic..
jika kita semua renung (dok sorang2 or before going to your dream)...
betapa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Adil..
since kita lahir lagi, macam2 nikmat yang Dia bagi pada kita..
tapi, kita sebagai manusia mudah sangat rase down bila Allah tangguhkan sekejap kejayaan kita..
and kita dah rase macam dah gelap masa depan tu.. 
(example : fail add math dalam ujian bulanan)
monthly test je pon weh!! 
orang akan kate : "kau boleh la ckp camtu, tak pernah rase"
k, fine. hok yang tu memang saya tak pernah rasa..
BUT, as human or hambaNya..
Allah mesti akan uji hambanya..and jangan anggap kegagalan or musibah sahaja adalah ujian daripadaNya..
kesenangan dan kejayaan juga adalah ujian.
Seharusnya, kita memandang NIKMAT yang Allah beri kepada kita and bersyukur dan teruskan berusaha.
yakin yang Allah pasti akan berikan kita kejayaan suatu hari nanti.insyaAllah


*panjang pulak intro ini*


back to our topic..
"beza kita untuk melengkapi"
what is that all about??
first of all,
this topic running in my mind when I just heard this song ------> Kita berbeza by Demascus
really mean it!


pernahkah anda sedar...(ceh, mcm fact of the day plak)
how about our life if the people around us have the same character, habit and so on??
boring right..


ok,kalau kita teliti balik..
Allah aturkan hidup kita sangat cantik, indah dan tersusun.
cuba kita renungkan balik..
orang-orang di sekeliling kita..(tak kisah la kawan2, family, or your partner also)
mesti kita dengan dia ada perbezaan right??
dengan perbezaan itulah sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin..
seperti :
-amar ma'ruf nahi mungkar and berpesan kepada kebaikan..
-bertukar pandangan supaya lebih luas pemikiran..
-dalam pelajaran boleh saling membantu..
-dalam masalah mungkin idea dia yang dapat menyelesaikan..
-saling mendoakan 
-and many more I think..


dan bukan untuk :
-mengutuk
-menghina
-menjatuhkan orang lain
sebab ingat ; hari ni anda kutuk orang tu, mungkin esok dia lebih baik daripada anda dan kita sama sekali tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana.. mungkin orang yang kita hina itu lebih baik pengakhirannya daripada kita..





Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-banga dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.” 
(al-Hujuraat: 13)


ok.
last but not least;
let's we take this opportunity to know each other very well and appreciate others..


*kita semua ibarat puzzle yang saling memerlukan antara satu dan yang lain, agar terbentuk sempurnanya gambar yang indah =) *

# Love does not come by finding the perfect person,
but by learning to see an imperfect person perfectly #

yang berkata untuk diri sendiri dan rakan2 ;
dr.humaira mahpa
:)