Tuesday, May 31, 2011

sebelum kakiku melangkah ke IPT =)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,
hari ni masih diberi kesempatan untuk menikmati semua nikmat daripada Nya..
"Syukur pada Yang Esa, rahmat pemberianNya......"

erm, before melangkah ke USIM pada 1 Jun 2011 (esokla!) jam 8.30 pagi..

di sini,
saya (HUMAIRA MAHPA) ingin memohon infinity ampun dan maaf..
andai (mesti ade punye!) selama hampir 6 bulan cuti (temas0k PLKN)..
telah melakukan salah dan silap..
terkasar bahase,
mengguris hati dengan kata2 atau
tulisan (FB *comments,chat,msg n segale bagai*,SKYPE,SMS and YM)
sengaja atau tidak disengajakan..
*eceh, cam raya pulak~*

kepada kawan2 semua..
selamat melangkah ke Alam Baru..
*walaupun cam dah agak lambat sebab ramai yg dah masuk*

kpd rakan2 sePLKN,
jangan lupe saya (yg baik tp, kalau marah teeeeeeet)..
walaupun ramai yg tak kenal saya,
tapi kalau yang kenal tu, kalo jumpe jgn lupe tegor2 ye..
sebab, insyaAllah saya x lupa anda..=)

kepada kawan2 sekolah rendah (SKSI,SRA SG KANTAN)
sorry, mostly anda sume saya lupe..kecuali yg selalu contact..
bkn ape, muke kamu semua dah laen,
masa dulu2 semua comel2..
tapi ape2 pun..kalau ingat jangan lupe teg0r ye..:D

kepada kawan-kawan dan kenalan juga family yang dikasihi :

jangan lupa doakan saya...
erm, the most IMPORTANT,
jangan lupa tegur kesalahan dan ingatkan apa yang saya terlupa..
tegur je..tak yah takut dan segan..
insyaAllah terima dengan hati yang terbuka..
lagi terasa kalau tak ada orang yang tegur & ingatkan =(
jangan biarkan saya jatuh dan tersungkur~


erm, yang jauh..don't worry..anda sentiasa di hati..insyaAllah..
yang dekat, insyaAllah kita eratkan hati2 kita dgn keImanan..

yang nak fly---roger2 la orang yang sekangkang kera dr KLIA ni,,mane tahu boleh berkampung kat c2..

yang nak kawen :p---jemput2 lah saya ye..=D

okeh,
selamat belajar ye semua..
niat belajar kerana Allah..
untuk kembalikan kegemilangan Islam..
buktikan orang Islam itu hebat!

bitaufiq wannajah semua!
doakan kejayaan bersama..


wassalam

with a lot of love <3
saya!





Sunday, May 29, 2011

[jom muhasabah] Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat





#rindu semua#
Assalamualaikum..

first of all, post ni dari IluvIslam.com sebenarnya..
nak rewrite balik sebab post ni sangat terkesan pada saya!
so, nak ianya ada dalam post blog saya..
senang nak cari balik bila nak muhasabah diri ini..
disertakan gambar2 random sahabat2 yang saya kasihi insyaAllah kerana Allah..
mari sama2 kita muhasabah !


uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

Wednesday, May 25, 2011

Korea Oh Korea



Assalamualaikum..

post kali ini nak cerita sikit pasal KOREA..
ni lah akibatnye, tak pergi driving class hari ni..
pegi lah bukak album2 lame dalam FB..
jumpa pulak gambar2 seperti di bawah dan terfikir something~

before pergi KOREA last April,
memang honestly tak tahu ape2 pasal korea..
even makanan die yang selalu disebut2 pun saya tak tahu (KIMCHI)

then, pergi sane dengan teruja..:p
memang best lebih kurang 5 hari kat sane..
lagi-lagi pergi time spring, bunga (cherry blossom) lawa sangat! SUBHANALLAH~
jalan2 di park yang penuh dengan cerry blossom *excited!*
pergi tengok teater musical die (MISO original korean musical) best!
teater ni cerita pasal kisah cinta 3 segi..then, musical die yg EXCITED tuh..best..
kalau hamidianz, anda semua pernah dengar DRUM CIRCLE??
50 kali gande dari itu..dengan alat2 muziknye segala bagai..memang enjoyed!
then dapat tahu budaya mereka, dapat tahu sejarah negara tu..
pergi palace, secret garden, traditional village etc..
tapi yang paling best masa my family and I pergi bejalan sendiri *tanpa tourist guide*..
kami naik train die..best3!
mula2 pergi itaewon kawasan muslim di Seoul..
then pergi World Cup Stadium..kat sini tak ada ape2 sangat, sebab mase tak ada World Cup, stadium ni jadi Shopping Mall yang sangat lah besar! pening kepala nak cari mana padangnye~ orang ramai2 pergi situ, nak shopping la..hehe..
then dgn naik train tu jugak..kami bekejar g traditional village nak tengok pertunjukan taekwando ..
pergh! sangat tak rugi lah bekejar ke sana,
best sangat3, memang tak tahu nak bagi berapa bintang..!
tendang, tumbuk, pecah papan and tendang epal tu..memang sangat sharp!
honestly, kalau anda tengok confirm teruja *ternganga lah juga di buatnye~ :o*
tak pernah jumpe kat Malaysia & free of charge! dah la saya duduk kat betul depan stage bersama kanak2..
untuk gambar2 lebih lanjut, sila stalk Fb saya di sini.


ini antara yang menarik..brocher *betul x eja?



*ehem ehem*
sebenarnya yang di atas ini hanyalah MUQADDIMAH~
ni yang saya nak cerita sebenarnya..hehe..jangan marah ye..
anda semua pernah dengar K-POP x?!
saya pernah dengar, tapi saya tahu itu artis korea time dah ade kat Korea !! *suare2 sinis berkata "wo0o0o0w, tipu la~" haha..tak percaya sudeh~
and sampai sekarang tak tahu ape bende k-pop tu yang sebenar..
kawan saya yang tahu pun x nak bagitahu ape bende tu sebenarnya..tak pe x kisah pun..:D

nak bongkarkan something..
honestly, saye x pernah tgok pn cite2 korea ni ! lawak x?!
mesti org kate "tipu!!!" terpulang la nak percaye or tak ye..
tapi, memang mase kat korea, bajet2 EXCITED dpn org Korea!
padahal satu pn x kenal..setakat penah dga tjuk2 cite ni ade la~kesian org Korea tertipu~
someone akan ckp : "serious kau tak pernah tengok cite2 nih?!"
betulla~ pernah jugak tergerak hati nak tengok..tapi, sangat3 lah tak rajin nak loading cite2 nih..
tak menyesal?! erm, tak kot..tak ada lah rasa rugi sangat tak tengok cerita2 ni..hehe
haish, spesies aneh..-_-" really?

ni lagi satu, BIG BANG..
selalu sangat dengar nama kumpulan ni..dari kawan2 la...
tapi, tak pernah tahu siapakah mereka,, kat Korea baru saya tahu..
"o0o0o00o0, ini rupenye big bang.. :o"
with no feeling~

ALBUM BIG BANG SPECIAL EDITION & IU
*gambar kontroversi*
dua gambar atas ni..dua album ini belongs to me!
waaa...orang Korea kasi hadiah..lebih specific org KDIC (korea deposit insurans)..
masa dapat ni..memang gelak je lah..*tak caye tanye ummi & abah*
tak tahu nak cakap, dah la tak kenal pun artis2 ni!!
"oh, dah ade cd big bang ni, kau selalu dengar ke mai?"
nak jawab sambil gelak..pernah dengar sekali je..tu pun masa kat Korea..
sementara tunggu abah balik, dengar first2 setiap lagu dengan ummi sekali time tu..

Big Bang kipas susah mati *die hard fan* :
"baik bagi aku mai, ko bukannye dengar!"
hahaha..bukan saya tak nak bagi anda semua, ade niat nak bagi kat sesape juga kan..
tapi, fikir balik.. saya tak nak ade saham dengan anda ! *faham2 lah ea~
so, biarlah saya simpan sebagai kenangan as a souvenir from korea..
boleh tak buat cam tu?! nak mintak pandangan sesiapa...please~


oke, kesimpulannya..pergi melancong memang best, bukan nak jelouskan sesiapa..
tapi jika suatu hari nanti, ada rezeki anda pergi merantau negara orang,
study about negara tu sikit2 sebelum pergi, kalau tak nanti korang tercengang je pergi situ :o
and kat sana enjoy(bkn enjoy ape, maksudnye ambil tahu la..dgn mendalam kalau boleh) mereka punye negara *budaya,sejarah,tulisan etc*
anda semua akan rase bersyukur dengan negara sendiri..*certain part la~"

lastly, hope saya tak terjebak dengan benda2 ni (headonism)..
cukuplah nasyid yang mampu menenangkan fikiran~
hopefully~~~
"ya Allah yang membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dalam keimananmu."
amiinn~

takut sangat3,*takut terikut* sekarang memang lah tak, akan datang..Nauzubillah~
tahu sikit2 tak apa lah, jangan sampai terikut sangat3..betulkah?? pandangan or pendapat please~



p/s : sebarang comments or pandangan or pendapat, sila suarakan di ruangan comments dlm post ini ye..
kerjasama anda amat dihargai *ecececececeh*


wassalam~

Tuesday, May 24, 2011

Bo0k$ @#$%^&*^

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam..
bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Nya..

oleh kerana tak de keje dah..
nak buat sedikit review sepanjang cuti ni..

inilah antara buku-buku yang telah dihadam..
insyaAllah dapat mengambil perkara yang baik daripada buku-buku tersebut.. :D

1.
MARIA-EMINE SYENLIKOGLU :
buku ni best! tentang perdebatan antara ISLAM-KRISTIAN-ATIES . Daripada perbandingan ni memang jelas lagi nyata dan terang lagi bersuluh, ISLAM is the best ! agama yang syumul dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan..
buku ni beli di MPH Mid Valley 30/12/2010 and habis bace tak ingat bile, tapi sebelum pergi PLKN (3/1/2011).

2.
GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH-FATHY YAKAN :
buku ni tentang why ade golongan yang tercicir dlm jalan dakwah *tgok tajuk pun dah tahu . erm, ape golongannye, mengapa golongan ini tercicir, dan penyelesaiannya..bagus untuk para DAIE..act, untuk semua orang..
buku ni dapat dekat rak buku di rumah
*act, banyak lagi buku2 cmni kat rumah..abah punye dulu2..try belek2 best jugak!
bace sebelum PLKN and time PLKN (tapi, tak habis bace lagi, xpe, nnt nak bace balik (= )

3.
BUMI CINTA-HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY :
buku tentang Ayash *camni ke eja name die? . kisah hidup anak muda kelahiran Indonesia yang hidup di Rusia . bagaimana dia berhadapan dgn cabaran hidup di bumi Rusia (banyak perempuan cantik!) . cerita tentang Aties juga.. dan sejarah Rusia..
beli 30/12/2010..baca masa PLKN (sempat lagi?!) ..sebulan tuh baru nak habis!

4.
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA-UST. HASRIZAL :
tengok tajuk..eceh, gatai nooo~ hoho..mane ade, tambah ilmu je..
buku ni best. tapi, orang kate buku first (AKU TERIMA NIKAHNYA) lagi best! (agak terkilan sebab tak baca lagi dan x dapat cari buku tu~)
erm, ni pun sama..beli 30/12/2010..baca masa PLKN after habis BUMI CINTA ..
pengalaman tak boleh lupe..orang semua serbu buku ni time PLKN, pantang tinggal, tengok2 dah hilang. nasib baik ada nama. wira pinjam pun dah sampai satu asrama pusing *eceh, hiperbola~
lagi satu, mase cikgu pet amek buku nih.. time tu bukan saya yang tengah bace..! adush~ malu je, ckg g annouc kat belakang (time tu bdk2 Alpha kat belakang) sape punye buku cinta nih?! dgn malunye menjawab "saya cikgu." ckg ckp : "ni lps spm nak kawen ke?!".."w0w! mne ade cikgu, tambah ilmu je..dari saya buat bisingkan..ye tak?" :D ---speechless~ :p

5.
SINERGI-HILAL ASYRAF :
buku ni best sangat3..memang sangat memberi kesan..cerita tentang ukhuwah.."Keimanan adalah paksinya~"
ceritanya hasil coretan Hilal Asyraf ni memang sangat realistik! congrats to penulisnya~
siapa tak baca menang RUGI :p..
buku yang saya baca ni belongs to NURUL SAKINAH RIDZUAN..thanks ya!

6.
WEIL CHINA-EMINE SYENLIKOGIU :
buku yang menarik..mengisahkan penderitaan pemuda berdarah Turki yang terpengaruh dengan fahaman Komunis . Akhirnya dia insaf dan telah diseksa berpuluh tahun di penjara china (komunis) .
teringat AMIRAH SYAIRAH aka MISYE~ bace buku ni sampai menangis..honestly memang sedih sbb KEJAM sangat! lagi-lagi kalau saudara se-akidah kita yg di seksa begitu..
ingat lagi, buku ni la yang Along suruh Umi beli tapi jual name saya.sebenarnye die yang nak! ~sangat kejam~
buku ni bace mase di KOREA (April 2011 family vacation)..ingat nak bace after SPM, tapi widad pinjam and lupe nak pulangkan! oh, tidak..mase result SPM baru dpt buku ni balik..

7.
CINTA SUFI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku sambungan daripada 2 buku sebelumnya iaitu BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU.. best kalau dah bace yang 2 sebelum tu la..
buku kali ini cerita tentang Catalina mencari Maryam..
kisah pengambaraan Saifuddin yang penuh cabaran dan dugaan menentang Taghut laknatullah..
percaya kepada bantuan Allah pada hambaNya yang benar..

8.
MATAHARI-HILAL ASYRAF :
himpunan cerpen yang dikarang oleh Hilal Asyraf satu masa dahulu..
semua cerpen2 ni bertemakan Matahari menerangi hidup manusia didunia..
kisah sahabat, percintaan, rakyat palestin, keluarga dan lain2..
buku ni Along yang belikan di pameran buku PWTC 2011


9.
SUTERA BIDADARI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku ni kesinambungan dari CINTA SUFI..buku ke4 la senag cite..:D
kali ni cerita tentang warisan mayran iaitu Catatan maryam dan Keris Nangreo *tak tahu la eja die betul tak..
dan siapakah Saifullah di abad ini yang sebenarnya?? jeng4..rupenye~ -_-"
oleh kerana ini buku yang ke4..excited dalam diri cam dah kurang sikit..tapi tetap menghayati sepenuh jiwa cerita ni..ececececeh~
buku ni pun Along belikan kat PWTC..

10.
AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI-BOB LOKMAN :
kisah seorang penghibur tanah air, Hakim bin Lokman aka BOB LOKMAN..dari kecil sampai lah sejarah die menjadi artis dan kembali ke pangkal jalan..
act, abah beli buku ni sebab tengok kat sinopsis die sekolah di SMKA MAAHAD HAMIDIAH..ngee~ sabo je la..


11.
HERO-HILAL ASYRAF :
kisah 10 jutawan Islam yang telah berusaha keras membina sebuah negara yang bercirikan Islam..memang menarik..10 jutawan ni pula, dalam bidang masing2 yang berlainan..fuh! kan seronok kalau ianya sebuah kenyataan..insyaAllah..suatu haru nanti..
watak die ade kesinambungan dari cerita SINERGI dan TERASING..mcm lawak je..bile bace..eyh2, mcm penah dga name nih..rupenya ade dlm buku tu..last2 cite ni ade watak HILAL ASYRAF pulak tuh..haish -_-"
buku ni NOOR HIDAYAH AZHAR AZAM yang belikan kat PWTC (kirim kat die ek, bkn free tw)..dek kerana terkilan sbb x dpt pegi bo0k fair 2011 dan Along pulak tak jumpa buku ni!
and Dayah kasi buku ni 18 may 2011 kat MID (last jumpe dayah sblm die melangkah ke UITM T_T) and habis bace baru semalam (23 mei 2011)..

12.
TAKDIR-HILAL ASYRAF
okay, baru loading nak bace..! tak tahu kisah die cmne.. ;)
ni pon DAYAH belikan jugak!


13.
A DOCTOR IN THE HOUSE-TUN DR. MAHATHIR :
kisah die la...baru bace sikit jep.







fuh itu lah antara 13 buku yang telah dibaca sepanjang cuti ni!
ni memang hobi masa cuti2..
tiap2 kali cuti, duit mesti habis kat sini..
tapi mmg satu hobi yang best!

lepas ni tak tahu la ade mase tak nak mengadap novel2 camni lagi ke tak..:(
yelah, dah U cam kne struggle study sikit..
lagi2 kalo amek Medic..
ecececeh..nak mengejar CITA lah katekan..insyaAllah..
okay itu sahaja yang ingin dikongsikan.. :D

terima kasih kerana membaca =)


wassalam~
dr. humaira mahpa =D

Sunday, May 22, 2011

My neXt Station ~



Assalamualaikum,,

Alhamdulillah sekian lama tak meng'update' blog ni..
hari ni pulak tergerak hati nak update..

first of all, setinggi kesyukuran kepada Allah yang masih memberi kesempatan kepada hambaNya yang banyak kekhilafan ini meneruskan kehidupan..
menghirup udaraNya, berpijak di bumiNya, dan pelbagai lagi nikmatNya..
bukti Allah Maha Pemurah & Maha Penyayang..
Alhamdulillah..

Semoga kita dikekalkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan sentiasa mensyukuri nikmatNya..insyaAllah..

Alhamdulillah..akhirnya..
saya akan melangkah satu tapak lagi ke hadapan..
selepas lebih kurang 5 bulan berehat minda..huhu..
buat ape je 5 bulan nih?!
1. PLKN 2bulan setengah-----mcm2 dpat..selain mengisi masa yang terluang, dapat jugak kawan2 baru :D
2. Kerja for only 3 days-----jadi ustazah kejap, ganti ckg g kursus je..
3. Driving class-------Pergh!! tp, blum test JPJ lagi..
4. penganggur sepenuh masa ------- FB, novel, kawan2..
5. Bibik ke 3 kat rumah -------- just main ngn adik2 (afham,nani and nini)

erm Alhamdulillah..result UPU pn dah kuar 6 Mei yang lalu..

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:93091101****
NAMA:HUMAIRA BINTI MAHPA

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

Q0080 - TAMHIDI PERUBATAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah..
setelah dipertimbangkan..dan tak dapat mana2 lagi selain MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN..saya telah membuat keputusan untuk ke USIM !
insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dalam mengejar CITA *bkn CINTA ea !



TAKWIM AKADEMIK

PUSAT TAMHIDI

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2011/2012

AKTIVITI

SEMESTER I

TARIKH

TEMPOH

Pendaftaran Diri / Universiti

1 Jun 2011 (Rabu)

1 hari

Minggu Taaruf & Pendaftaran Kursus

1 Jun - 5 Jun 2011

5 hari

Perkuliahan

6 Jun - 26 Ogos 2011

12 minggu

Cuti Pertengahan Semester I & Cuti Khas*

27 Ogos - 4 Sept 2011

1 minggu

Perkuliahan

5 Sept – 14 Okt 2010

6 minggu

Minggu Ulang Kaji

15 Okt – 23 Okt 2010

1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester I

24 Okt – 4 Nov 2010

2 minggu

Cuti Semester I

5 Nov – 4 Dis 2010

4 minggu

* Cuti Hari Raya AidilFitri 2011 (Cuti Umum) – 30 & 31 Ogos 2010

AKTIVITI

SEMESTER II

TARIKH

TEMPOH

Pendaftaran Kursus

5 Dis 2011

1 hari

Perkuliahan

6 Dis 2011 - 3 Feb 2012

9 minggu

Cuti Pertengahan Semester II

4 Feb - 12 Feb 2012

1 minggu

Perkuliahan

13 Feb - 13 April 2012

9 minggu

Minggu Ulang Kaji

14 April - 22 April 2012

1 minggu

Peperiksaan Akhir

23 April - 4 Mei 2012

2 minggu

Cuti Semester II

5 Mei - 3 Jun 2012

4 minggu



InsyaAllah..
ini baru permulaan..saya perlu berusaha untuk mencapai kejayaan..
walau di mana pn kita berada, tujuan kita hanya satu iaitu mencari ilmu & mendapat keredhaanNya..
mungkin apa yang kita Impikan selama ini bukan yang terbaik untuk kita..
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya~

All the best untuk semua kawan2 semua !
semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurgaNya..
walau jauh di mata , tapi tetap di hati..insyaAllah

wassalam~