Saturday, September 18, 2010

LL4G

LIFE LINE 4 GAZA
menerobos tembok kematian!

Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Assalamualaikum...
cerita dah lama..tp, nak cerita juga...
saya telah hadir..bersama..
Farah Aimi, Tengku Amirah,dan Nawal Nasha


antara video..







thanks-pengalaman baru nih!
*lastly..terima kasih yang tak terhingga kepada Ckg Mahmudah & Ckg Nasrudin & family...
kerana bawak kami =)

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai LL4G...
silalah layari laman sesawang di bawah

Friday, September 17, 2010

raya maahad spm`10


raya maahad spm`10
You are Attending · Private Event


Time
Friday, September 17 · 11:00am - 3:00pm

Locationrumah saudari=)
lot 191,jln tan sri abdul aziz,sg kantan,kajang

Created By

More Info
disini ingin menjemput ustaz,ustazah,rakan2 dan yg lain dtg ke rumah smpena raye nie..masa yang sama ingin jumpa sahabat2 ex-mahad n mahad sbelum trial n spm..sekiranya tak keberatan dan ade mase terluang jemputlah dtang ye..niat nak jumpa ramai2..bak kata EDI`10-UKHUWAH xkan terjalin tanpa `U`..hehe..sampaikanlah pada yang xditag..xperasan k0t..hehe..datang ek..cikgu2 skali..hehee..syukran!

kepada muslimin=masjid dekat dari sini..senang pegi semayang jumaat=)..ada pape p0st k0men yek!

p/s:kawan!jgn tnye dah bile lgi ak nk wat tau!huhu

ade pape blh contact ni nie..
0104262425


kawan!nie yg dah c0nfirm!!

area kajang,bangi===>
skin,p0jie,amer arep,maya,thoba,meha,peqa,nil,suhada,fana fadzil,st0pper,abbas,aiman asyraf,pidot

subang===>
qila talib

ampang===>
amzar

shah alam===>
adib,zulfadzli,eza,ammar faris,pipah,dayah,ainiz

klang===>
sharul,anis aqilah

banting===>
d0lah munim

KLIA===>mai mahpa!ahaha

lagi??

cikgu2===>
tcer dzari,ckgu salina,ckgu maisalamah,ckgu shamsiah,ckgu mahmudah,ckgu mahmudah,ckgu norhashimah...(insyaAllah)

lagi??=)
***copy dr fb..Event***

"wah!..nak pegi3.."*reaksi first
alamak lupa pula..rumah dah jauh..haish~ kena tanya ummi n abah dulu la...
jumaat..ummi kerja..
abah..busy dengan projek pondok..heheh
tak pe lah..tanya dulu...

yess!!
Irfan(adikku) balik jumaat..sblm solat jumaat..ouh..ok la tu..bole abah hantar saya sekali..
ok3 set! pegiiiiiii!! yeah!

hari yang di nanti~
dtg pukul 1..
saya datang, orang dah pergi keluar solat jumaat (putre la ni)..
hehe..lambat..
masuk je..wah! dah ramai...semua dah habis makan..
saya nak makan..insyi temankan..hehe..like.like.like.
depan tv ye kite makan..

~ini depan tv~

~ini saya yang sedang makan dengan penuh sopan~

habis makan *kejap je makan
jom3 solat...
wokeyh!
x tahan..dah ramai2 berkumpul..mmg la..borak x hingat~putre x de..
nasib baik akhirnye..solat juga..jemaah bhai! 2 trip la..x muat ruang *like imam.-ezza n intan!

~ini dia...bersiap untuk solat~

dah habis solat turun bawah..hee:D
bersolek dulu sebelum tu...*itu lah wanita~

ade yang makan untuk kali ke-2
okeh..time ni snap2 banyak gamba..
cubit2 adil *anak buah amie

~itu kereta adil~

~saya,dayah,thoba~*dayah sangat comel..saya suka...:P

~kami menanti the puteraSSS~


aish~mane putre nih?? lem2 je..*eheh x baik~
akhirnya..datang lah segerombolan..aik?? malu2 pulak nak masuk..sabar je la..
ok the gentleman(x tahu siapa) masuk dulu..baru yang lain ikut..

alamak!
abah dah call (maknenye abah dah gerak)..kejap lagi sampai..
ouh no! majlis doa selamat kita x mula lagi..nasib la~

ok!
kawan! saya nak balik dah..salam3..

"happy birthday to you"-amie sorg je yg nyanyi..
wahaha..ade birthday cake la!!
utk budak lahir bulan 9..(saya antaranya)
wah sronok3..saya tangkap gambar je kt situ..
nampak macam sedap kek tu..ezza sponsor ek?
syukran2~

~saya memotong kek..diperhatikan oleh org yang sponsor itu kek~

~birthday boy and girl-firdaus,afnan,saya,meah,mo0n,q0i..dan semua~

*sorry kawan2..x dapat lama2..
abah hantar sya g umah aimi..then solat jumaat kat masjid saujana impian..
then hantar irfan kat skolah dia..then ambil saya balik..
so, disebabkan tak ada transport lain, terpaksa lah..sekejap je..
kalau irfan x balik skolah die time tu..x dpt pegi kot
nak naik train sorang2, confirm x lepas!
-harap maklum..hehe-

~mereka tangkap gamba...saya x ada!~
rupenye ade kawan lama saya =>
izzadin,nadia~satu kelas masa darjah6 ngn amie juga
nina~satu kelas masa darjah5
*kalau x silap la semua nih..
nak naik kereta kat depan rumah aimi..
ade kawan buat lawak..die bercangkung kat bawah pokok segan nak masuk..haish~

ok3..
tu je..
homework x siap lagi!!!...ap nih beraya sakan~
humaira nak spm..doakan ye!!

akhir kata:
kepada tuan rumah FARAH AIMI ABDUL RAZAK:
terima kasih daun keladi,
panjang umur taun depan buat lagi..

hee:D
tahun depan dah ade semua dah pandai bawak kereta..

*gambar, nanti2 la masukkan..

jangan lupa puasa 6 ye kawan2
jangan lupa study juga! nak trial dah weyh! spm pon nak dekat dah!

wassalam~


Wednesday, September 8, 2010

puasa ?? adat atau syariat??

Puasa Syariat/ Puasa Adat
www.iluvislam.com
Oleh : Kuhamba
Editor: Isyrak

“Adalah bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka.”

(Diriwayatkan oleh Salman al-Farisi)


Rasulullah saw. merupakan manusia terpilih dan tauladan terbaik bagi kita. Baginda melipat gandakan ibadah kepada Allah swt. apabila Ramadhan memasuki 10 hari terakhir. Baginda menghidupkan malam harinya dengan mendekatkan diri kepada Allah swt., bahkan baginda membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah ra. yang bermaksud:

“Adalah Rasulullah saw. apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadhan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan para ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadith di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah saw. melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.

Bagaimana pula dengan kita?

Masing-masing sedar dan tentu dapat membuat penilaian sendiri dengan amal ibadah kita terutamanya pada akhir-akhir Ramadhan. Kita dapat perhatikan bahawa kebanyakan dari kita semakin lalai dan semakin hilang tumpuan untuk beramal ibadat demi mencari keredhaan Allah swt. dalam bulan yang penuh rahmat ini.

Apakah perancangan kita apabila menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak?

Sudah pasti masing-masing ingin melipat gandakan amal ibadat semata-mata untuk merebut ganjaran yang dijanjikan Allah swt.. Ramadhan juga dijadikan landasan untuk menginjak ketaqwaan kita pada Allah swt..

Bagi yang beriltizam dengan harapan demikian, alhamdulillah

Dalam mengejar ganjaran Allah, jangan kita lupa untuk memimpin saudara serta teman untuk turut serta mempergiatkan amalan demi mencapai matlamat yang sama.

PUASA SYARIAT atau PUASA ADAT?

Wujudkah Puasa Adat? Sudah tentu kita berpuasa kerana mengikut syariat Islam.

Kita ulangkaji sikit mengenai ‘Rukun Islam

1) Mengucap dua kalimah syahadah
2) Menunaikan solat lima waktu
3) Berpuasa di bulan Ramadhan
4) Menunaikan zakat
5) Mengerjakan haji

Dapatlah kita lihat dari senarai Rukun Islam di atas bahawa kita sekarang berada pada tuntutan rukun yang ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Apa yang dapat kita lihat pada hari ini, kebanyakan dari kita yang mengakui Muslim tidak melaksanakan puasa sebagai ibadah mengikut tuntutan syariat. Dalam erti kata lain, tidak memahami konsep puasa dalam Islam.

Apabila berbicara tentang puasa, apa yang bermain di kepala kita adalah tak boleh makan serta minum. Ada pula yang mengeluh seumpama terpaksa berpuasa selama sebulan.

Tiada matlamat. Puasa tak habis lagi, kalut nak raya. Siapa mereka yang tersasar dari matlamat puasa sebenar? Siapa lagi kalau bukan saudara, rakan-rakan bahkan diri kita sendiri.

Akibat kejahilan, ibadat puasa yang penuh dengan limpahan rahmat Allah swt. dilalui dengan sia-sia. Tiada ganjaran.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Amatlah takut orang-orang yang beriman kiranya puasa mereka sia-sia apabila mendengarkan hadith berkenaan. Tumpuan, matlamat, kesungguhan serta keikhlasan mesti hadir dalam diri kita untuk melakukan apa jua ibadah. Andainya salah satunya tiada, maka jawapannya seperti mana hadith di atas.

Orang puasa, kita pun puasa. Atas kefahaman yang begitu saja kita berpuasa.

Itulah ‘Puasa Adat’. Ramai di kalangan kita sekadar berpuasa, tapi solat lima waktu diabaikan. Tuntutan rukun Islam yang kedua pun tak tertunai, tiba-tiba berpuasa untuk mendapat ganjaran.

Dapatkah? Ya, memang dapat. Dapat sebagaimana huraian hadith di atas.

Tanyalah diri kita masing-masing.

“Adakah aku berpuasa mengikut ‘Puasa Syariat’ atau ‘Puasa Adat’ ?”

Marilah kita sama-sama muhasabah diri, kita masih diberi kesempatan untuk membaiki nilai puasa kita walaupun Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.



..............................................................................................
Tujuan penulisan ini adalah untuk saling nasihat-menasihati dan sebagai ingatan sesama kita saudara seagama bahkan untuk diri yang sering lalai ini. Kelak kepada-Nya jua kita kembali. Mulai saat ini dan seterusnya, marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita sudahpun berada pada 10 malam terakhir Ramadhan. Jangan lepaskan peluang yang ada untuk kita keluar dari cengkaman agenda Iblis, syaitan serta musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari jalan menyesatkan kita selama ini.

Hari ini kita umat Islam semakin lemah. Inilah masanya kita bangun bersama. Sesungguhnya akhir zaman ini sudah hampir tiba pada kemuncaknya. Wallahua’lam.

InsyaAllah, gerakan kebangkitan umat Islam bermula pada bulan yang mulia ini.

Ayuh! bersama berganding bahu.
"Jangan biarkan kesedaran anda tergantung"

~Asma Allah~

Nama-nama Allah yang indah..MasyaAllah..Subhanallah..


Asma Allah

Album : Not In My Name
Munsyid : Sami Yusuf
http://liriknasyid.com


Rahim
Karimun
'Adim
'Alimun
Halim
Hakimun
Matin

Mannan
Rahmaanun
Fattah
Gaffarun
Tawwab
Razzaqun
Syahid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin shallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'minn shallu alayh

Latif
Khabirun
Sami'
Basirun
Jalil
Raqibun
Mujib
Ghafuur
Syakuurun
Waduud
Qayuumun
Ra'uuf
Shabuurun
Majid

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa ali Muhammad
Ya Muslimin sallu alayh

Allahuma shalli 'ala Muhammad wa shahbi Muhammad
Ya Mu'mineen shallu alayh

Allahu Akbar Allahu Akbar
La ilaha illa hu
Al Malikul Quddus

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Rahmanul irham da'fana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Sattaru ustur 'uyubana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mu'izu a'izza ummatana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya Mujibu ajib du'aana

Allahu Akbar Allahu Akbar
Ya latifu ultuf bina

..::Ujian::..

Assalamualaikum...

"Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan"
lagu dari RAIHAN-kehidupan

secara umumnya ada 4 ujian yang Allah berikan kepada kita:

1.Ujian mentaati perintah Allah
Solat,puasa,zakat,mengerjakan haji,menutup aurat,berkata baik dll.
setiap ibadah yang diperintahkan ke atas kita mengandungi hikmah dan manfaat juga kebaikan.
Tetapi hikmah tersebut tidak banyak disebut,sebagai ujian bagi melihat ketaatan manusia melaksanakan perintahNya. Dengan ini terbukti siapa yang mentaati dan siapa pula yang ingkar..

2.Ujian menjauhi larangan Allah
minum arak,mencuri,mengumpat,berbohong dll.
sebagaimana ibadah, larangan Allah juga mengandungi hikmah,manfaat dan kebaikannya kepada manusia.Manusia diberi pilihan, namun sesuatu yang disenangi oleh nafsu sentiasa menjadi pilihan.yang tinggal cuma iman dalam jiwayang membatasi manusia daripada melepasi batas syariat.

3.Ujian kebaikan (nikmat)
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:"Wahai orang yang beriman, sesungguhnya antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu. Maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang."
[surah al-Taghabun 64:14]

4.Ujian keburukan (musibah)
Allah menegaskan menerusi firmanNya yang bermaksud:"Dan sesungguhnya Kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar,(iaitu) orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Mereka itulah golongan yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk."[Surah al-baqarah 2:155-157]



Allah knows...

Wallahu'alam

*SOLUSI ISU 22:59

Tuesday, September 7, 2010

Anda STRESS??


Assalamualaikum...
kepada sahabat-sahabat..dan diri ini sendiri..
alang2..dah hampir trial dan SPM ni kan..dengan homework..MasyaAllah..x tahu nak cakap..kena lah buat juga..nak berjaya dunia & akhirat (study)(dgr cakap cikgu)..
untuk adik form3 juge:)

so..jangan stress sangat ek..
kalau stres..baca lah doa ni banyak2..
ingat..hanya Allah yang memberi kejayaan kepada kita..dengan rahmatNya..
kalau kita kurang berjaya..itulah yang terbaik untuk kita.. :)
semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..ALLAH Maha Adil lagi Maha Mengetahui...

Doa ini adalah kalimah terakhir Nabi Ibrahim a.s. sebelum dicampak ke dalam api..

SUbahanallah...
apa yang penting kita kena berdoa dengan yakin..hanya Allah yang akan membantu kita...

All the best semue =)

Wallahu'alam

diam bukan bererti kalah...


Assalamualaikum..

Bagaimana anda berhadapan dengan situasi tegang atau panas dengan rakan anda?
Islam menyukai seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam.Diam bukan ertinya kalah.Mengalah atau mengelak daripada terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun anda di pihak yang benar...

fahamilah..Allah melarang kita menggunakan kata-kata yang berunsur penghinaan dan ejekan kepada orang lain..contohnya "pengecut" atau "bodoh". istilah sedemikian akan membangkitkan kemarahan orang lain.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:"sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah."

Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang kotor ialah:

1-berkata-kata yang tidak berfaedah
2-berlebih-lebihan apabila bercakap
3-suka bercakap yang batil(x benar)
4-banyak memaki hamun
5-suka bertengkar/bertikam lidah
6-mencari-cari kesalahan orang lain
7-suka mengumpat
8-bergurau secara berlebihan
9-suka mengejek dan menghina orang lain, membuka aib orang
10-bersumpah palsu
11-memuji bukan pada tempatnya atau mengampu.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:"sesungguhnya Allah membenci kepada orang yang buruk perangai dan kotor lidahnya."[riwayat Tirmizi]

Oleh itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapannya,maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya~

jadi kawan-kawan..sama-samalah kita semua koreksi diri...harap2 tidak tergolong dalam golongan orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya..
semoga kita semua sentiasa bersama di dunia dan di firdausi idaman muslim...

Wallahu'alam


*sumber SOLUSI ISU 22 : 31

Monday, September 6, 2010

DOA


Assalamualaikum..

Allah berfirman yang bermaksud:
"berdoalah kepadaKu nescaya Aku(Allah) akan perkenankan." [surah Ghafir 40:60]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"sesungguhnya Tuhanmu Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia.Dia malu terhadap hamba-hambaNya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi olehNya akan permintaan itu."[riwayat Tirmizi no.3556 dan Abu Daud no.1448]

Betapa hebatnya sifat pemurah dan pengasih Allah terhadap hambaNya..Dia bukan sahaja memerintahklan kita supaya berdoa, Dia juga mengajar kita apa yang perlu kita doakan dan bagaimana caranya.Allah juga berjanji untuk mempertimbangkan permintaan hambaNya..

Bukan mudah untuk seorang hamba Allah menggerakkan hati dan lidahnya untuk memohon kepada Allah jika tidak kerana taufiq dan hidayahNya. Pabila hati dilembutkan untuk berdoa bererti seseorang itutelah berasa kefakiran di hadapan Allah..Apabila kita sudah benar2 berhajat kepadaNya..maka Allah pasti tidak akn mengecewakan hambaNya..

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"sesiapa antara kamu yang dibukakan pitu hatinya supaya berdoa,nescaya Allah bukakan padanyapintu-pintu rahmat. Dan tiada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan dunia & akhirat)." [riwayat Tirmizi no.3548]


Cara-cara Allah MAkbulkan Doa..

1.doa dimakbulkan serta-merta
firman Allah yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Rasulullah) mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku dekat.Aku memperkenankanpermohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu."[Surah al-Baqarah 2:186]

2.Dikabulkan pada waktu yang lain
Jika kita tidak bersedia, dibimbangi nikmat itu boleh bertukar menjadai bala. yang disebut 'istidraj'-pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan kemudaratan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepadaNya.
oleh sebab itu, Allah sering kali menahan pemberianNya kerana kasih sayangNya terhadap seseorang..

3.Dihindarkan bahaya
boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan, difitnah dll. Namun dengan doa yang kita panjatkan,Allah selamatkan kita sebagai pengganti doa kita.
"difardhukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."[surah al-Baqarah 2:216]

4.Allah berikan sesuatu yang lebih baik di akhirat
menyedari hakikat ini,seharusnya kita tidak jemu berdoa dan tidak akan berputus asa. Bagi orang yang yakin dengan kehidupan akhirat, mereka akan berterusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

5.Kifarat kepada dosa-dosa kita
Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada sengaja atau tidak. Dosa ialah pendinding daripada mendapat bantuan ,keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Oleh itu, kita diwajibkan bertaubat atas segala dosa-dosa kita.

jangan lupa..berdoa pun ada adabnya..
ADAB BERDOA

-Yakin Allah akan makbulkan
doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan kita dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan kita.

USAHA + DOA => ORANG MUKMIN
USAHA + TANPA DOA =| ORANG SOMBONG
TIADA USAHA + DOA =| ORANG MALAS

-jangan berdoa sesuatu yang membawa permusuhan dan dosa

-jangan berdoa tanpa bertahmid dan berselawat
"Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah itu amat pedih."[Surah Ibrahim 14:7]

itulah antara sebab mengapa doa terhijab.
walau apapun keadaan kita, susah atau senang..doa mesti terus dipanjatkan.
makbul atau tidak, itu soal kedua..

Wallahu'alam

*sumber SOLUSI ISU 22: 20,21,22,23