Friday, August 19, 2016

Tenangnya Hidup ini :)



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
In the name of Allah The Most Gracious and the Most Merciful

------------------

Kala malam aku terfikir
Suatu masa dahulu
Jiwa ini pernah merasai ketenangan yang penuh

Tenangnya jiwa
Bila dalam diri kita
Tertanam sangka baik 
Dan berfikiran positif
Senyum tak lekang di bibir

Sampai apa sahaja berlaku
Baik atau buruk
Secara langsung 
Positif yang akan terlintas
Lantas menutup segala keburukan
Dengan Hikmah-Nya

Lalu sekarang bagaimana?
Mana yang dulu? 
Masih ada?

Kini
Tenang, sangka baik, positif dan senyuman
Harus disalur pada yang insan dekat juga
Dekat dengan jiwa

Masih ada?

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

[Al-Fajr 89:27-30]

Harus bagaimana?


Muhasabah..





Wallahu'alam


HM
190816
0135
Temerloh


Saturday, July 30, 2016

Appreciation for 2015/2016

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Alhamdulillah
Saje menulis untuk menghilangkan habuk di sini.
(selepas menghilangkan habuk dalam bilik. heh)

--------------------------------------------

Hajat nak menulis dalam instagram je, tapi rindu pulak nak mencoret di sini.

---------------------------------------------

Alhamdulillah

Minggu depan dah naik tahun 5 di sekolah perubatan ini. 
Cuak pun ada sebab mesti lebih mencabar daripada tahun-tahun sebelum ini. 
Ok, saya tak nak cerita yang tahun 5 punya. Nak mengimbau kenangan lepas. :)

Alhamdulillah.

Tahun 4 yang lepas merupakan tahun pertama clinical years.
Dan saya sangat bersyukur kerana sekumpulan dengan mereka semua.

Group A1 semester pertama


Group A1 semester kedua

Aina-Syira-Aimi-Zatie-Hana-Tirah-Shakirah-Kinah-Abby-Aqis-Mira-Jiha-Wafi-Muin-Haziq-Aman-Adib-KA-Aziz-Izzul

Alhamdulillah
Bersyukur sangat ada mereka di masa nak adapt dengan clinical years.
Clinical years yang sangat berbeza dengan tiga tahun pre-clinical years.
Clinical years kena study jugak. Tapi, tambah dengan ward work yang kena biasakan. 

Terima kasih Allah hadirkan kawan kawan ini. 
Merekalah yang banyak membantu, ajarkan Clerk Patient dengan betul macam mana, Examine PatientPresent Case, ajak Procedure yang sering dikejar untuk requirement log book, On Call sama sama, dan Study Group sama sama!
Study group memang terbaik, tak sempat cover pun kita sempatkan jugak. Tak faham pun kita bagi faham jugak. :D

Kawan kawan ni lah yang first time tengok aku present case depan lecturer, bergenang je air mata, lepas tu mereka bagi kata semangat. Mereka juga yang ajar aku (secara tidak langsung) mencari keyakinan diri.

Masa nampak down, mereka support dan gembirakan diri ini.
Nak katanya, memang jatuh bangun mereka ada bersama. 

Ada birthday ahli group, kita celebrate sama sama (wujudkan balik culture masa tamhidi)
Makan sama sama. BBQ riuh sama sama.

Persiapan kahwin saya pun, mereka lah yang banyak tolong. 

Terima kasih semua.

Alhamdulillah semua naik tahun 5 :') 
Saya juga yang menjadi saksi 'struggle'nya semua orang study and practice to excel in each end-posting examination yang lepas.
Dan juga tak pernah dilupakan,ibu bapa dan keluarga yang sentiasa mendoakan (mana tak doakan, setiap kali exam whatsapp dalam group mintak doakan >,<), semua pensyarah yang sabar mengajar kami yang selalunya macam tak tau apa apa dan kurang rajin ini, dan juga seniors yang banyak share pengalaman masing masing. :D


-------------------------------------------

Tahun 5 dah lain group. Ada yang sama, tapi kebanyakannya tak sama.

Saya tulis ni bukan untuk high expectation atau mengharap perkara yang sama pada group baru. Sebab setiap orang tu berbeza beza sifat dan perangainya. Kita kena jugak terima kerana merekalah yang menjadikan dunia kita warna warni (ada yang cerahkan ada yang gelapkan. lol). Masa ini lah nak kenal semua orang. :) 
Tapi hakikatnya semua kawan kawan batch Gen 8 ni, tak pernah tak buat saya terharu. :D

Semoga kita semua sukses selalu. 
Semoga Allah permudahkan urusan semua.
Semoga kita semua belajar ilmu Allah kerana-Nya.
Dan akhir sekali semoga kita semua dapat berkumpul kembali di dalam Syurga-Nya. :)


Wallahu'alam

P/s: Tahun depan buat entry appreciation untuk group tahun lima pula. :D



HM
30072016
2339
Selangor

Saturday, May 28, 2016

Comeback..

Bismillahirrahmanirrahim.
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful. 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah dan selawat ke atas nabi Muhammad pesuruh Allah. 

Ya Allah ! 
Hampir dua tahun tak mencoret apa-apa di ruang ini. 

Ada sahaja sebenarnya perkara yang nak dikongsi, dan ditulis (baca: taip). Tapi tak tahulah apa yang menghalang. 

Ingat lagi. Lepas first pro exam, rasa nak tulis. Lepas second pro exam pun nak tulis jugak. Tapi rasa hanya tinggal rasa. Perancangan tanpa tindakan. Tiada hasil. Fuh. Teruk. 


---------

Update terkini diri ini. 

Bukan sebab saya dah bertukar menjadi manusia yang lain ye. Tapi sebab macam macam dah berubah. Tapi saya masih Humaira yang sama. InsyaAllah. 

Masih lagi medical student, tapi dah berubah tahun, dan dah berubah cara pembelajaran. Sekarang berada di clinical years. Mencabar dan menarik juga. Sebab jumpa pelbagai jenis manusia. Kenal bermacam perangai manusia. Deal dengan bermacam ragam. Mungkin baru sedikit kalau nak dibandingkan dengan doctor betul betul. Kami masih doctor tipu tipu tapi di'train' untuk menjadi doctor betul betul. Eceh. 

Selain daripada itu, ehem. Batuk sikit. Saya dah berstatus Puan. Ohh. Tak sangka pulak. Dua tahun banyak benda berubah. Moga Allah berkati dan dilimpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam keluarga ini. Dan susah senang kita bersama ye cik abang. Moga Allah izinkan kita bersama sampai ke Syurga. Ameenn. 

Lagi satu yang paling tak boleh terima !
Adik adik kecilku dah besarrrr! Whyyyyyy?! Hehe. 


Ok. Sekian sahaja. 

*Kena sambung study. Sekarang tengah pulun exam posting Obstetrics & Gyneacology (OnG) dan posting Community Health (CH). Doakan untuk peperiksaan ini dan seterusnya. Moga dipermudahkan segalanya dan dikuatkan kaki ini melangkah. Ameenn. 



HM
28052016