بسم
الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful
Seimbang dunia dan akhirat.
Biasa kita dengar kan?
"Hidup kita mestilah seimbang dunia dan akhirat. Bla bla bla bla....."
Suatu hari seorang ukhti bertanya:
apakah ukuran seimbang kamu itu?
ada yang menjawab:
100% dunia 100% akhirat
40% dunia 60% akhirat
10% dunia 90% akhirat
50% dunia 50% akhirat
credit to google |
ya, itulah antara jawapan yang keluar daripada minda kami semua.
dan ukhti berkata:
Jangan jadi sekular.
kenapa kita nak pisahkan kehidupan dunia dan akhirat?
hakikatnya, apa sahaja perbuatan kita di dunia akan dihisab di Akhirat kelak.
Jadi, dunia kita itulah yang akan menjadi Akhirat kita.
Baik amalan kita di dunia,
insyaAllah bahagia kita di akhirat sana.
Ramai yang impikan singgahsana di Syurga Allah kelak,Tetapi,Berapa ramai yang cara hidupnya di dunia menepati ciri-ciri Ahli Syurga?
*something to ponder*
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment