بسم
الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Ankabut : 2-3)
Ujian.
Allah sentiasa akan turunkan ujian kepada kita.
Dia takkan beri kita mengatakan dengan mudah "Aku beriman".
Kerana sekali kita masuk ke jalan ini.
Jangan pernah sekali impikan jalan ini ditaburi dengan bunga yang indah,
Bahkan hakikatnya duri yang bertaburan.
Tidak mudah.
Namun tidak sukar andai Iman mengusai diri.
Jangan sekali mengata diri itu baik
selagi belum diuji dengan hasutan nafsu kejahatan di depan mata.
Jangan sekali mengaku cintakan Allah
selagi belum pernah teruji dengan cinta manusia, harta dan dunia.
Jangan sekali mengaku menjaga ikhtilat
selagi belum pernah teruji dengan biah yang kurang soleh.
Jangan sekali mengaku menjaga masa
selagi belum pernah teruji dengan masa yang terlalu lapang untuk apa digunakan.
Jangan sekali mengaku pemurah
selagi belum pernnah teruji dengan harta yang melimpah dan fakir miskin di depan mata.
Dan banyak lagi !
Semua
Semua
Semua
Allah akan uji
untuk tahu adakah kita berdusta ataupun tidak.
Ya,
Allah itu Maha Mengetahui
Justeru,
untuk apa Dia perlu menguji andai Dia tahu keimanan kita?
Allah, menguji kita bukan untuk Dia.
Allah menguji kita untuk kita.
Supaya kita mengambil iktibar dan pengajaran.
Agar kita tahu tahap keimanan kita.
Agar kita tahu pendirian hati kita.
Agar kita sedar di mana lompong nya hati kita.
Agar kita bisa memperbaiki diri.
Allah sayangkan hambaNya.
Syurga yang indah itu,
Allah ciptakan untuk hambaNya
Siapa?
Kita.
Yang taat perintahNya dan sedaya upaya menjauhi laranganNya.
"Dunia ini ibarat penjara bagi orang yang beriman dan syurga untuk mereka yang mendustakan-Nya"
---------------------------
Dunia bukan segalanya, Jangan pernah sekali tunduk dengan syaitan.
Mengambil ibrah dari kisah Sayyid Qutb.
Di hari pengakhirannya di tali gantung,
beliau ditawarkan pengampunan dengan menulis ;
"Aku bersalah dan aku minta maaf.."
dengan pendirian yang tetap beliau mengatakan ;
"Telunjuk yang sentiasa mempersaksikan keEsaan Allah dalam setiap solat, menolak untuk menulis walaupun satu huruf tunduk atau menyerah kepada rejim taghut."
sambil tersenyum beliau berkata lagi ;
"Tidak akan sesekali ! Aku tidak akan sesekali bersedia menukar kehidupan dunia yang fana ini dengan akhirat yang abadi."
Subhanallah,
Betapa hebatnya mereka yang takutkan Allah.
Betapa hebatnya orang-orang yang yakin dengan janji-Nya.
Ini lah orang-orang yang beriman,
mereka telah diuji dengan kesengsaraan di dunia
masih percaya dengan janji Syurga-Nya.
--------------------------
Bukan sengsara dan derita itu sahaja ujian dari-Nya
Nikmat, kemewahan dan kesenangan juga ujian.
Tetapi manusia
Sering leka dan tidak sedar bahawa kesenangan itu ujian.
Oleh kerana itu, ketika Allah berikan kita nikmat yang sangat banyak
pasti ada sedikit ujian yang diturunkan.
Kerana Dia tidak mahu kita terleka.
Kerana Syurga itu untuk kita.
Yang sentiasa ingat Dia.
Semoga Syurga itu menjadi tempat kediaman kita di sana !
Jom tambah amal jauhi kemungkaran !
Semoga dikuatkan kita menuju jalan redha-Nya.
Wallahu'alam
Dr.HM