Saturday, February 11, 2012

untuk apa ujian itu?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz syukur dan pujian kepada-Nya saya memulakan coretan ini..

Subhanallah

Alhamdulillah

hari ini tergerak hati untuk mengelap habuk yang tebal kat blog ni :D

post kali ini hanya nak berkongsi sedikit (sikit je, tak banyak)
something yang insyaAllah bermanfaat dan boleh direnung-renungkan..

baiklah..
back to the topic..
tengok tajuk..
erm, common sangat dah.... (bosan~)

memang sangat tidak di nafikan..
setiap manusia.. jika ditimpa musibah atau ujian ke atas dirinya..
pasti dan pasti..
tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah..
semua ini gara-gara memikirkan..
mengapa aku diuji??
dan mengapa aku??

post kali ini..
saya nak coretkan satu analogi..
yang berbunyi..

ada seekor monyet ni,


monyet ni panjat pokok kelapa sampai kat hujung daun..
wah, dia pun seronok lah dapat panjat tinggi2..
suddenly,
angin kencang + ribut + puting beliung datang..
lalu si monyet ini pun peluk erat2 daun kelapa tu..
Alhamdulillah..monyet ni tak jatuh selepas angin, ribut dan segala bagai tu pergi..

and.again..
angin muncul lagi..
tapi kali ini..
angin sepoi2 bahasa..yang memang seronok untuk di nikmati..
lalu angin tersebut pun menampar manja monyet tersebut..
si monyet itu pun dengan asyiknya menikmati kelembutan angin tersebut..
sehingga ia terlupa di mana dia berada..
monyet itu pun melepaskan pelukannya daripada daun kelapa itu tadi..
dan apabila dia tersedar..
dia dah terjatuh ke bawah...
*the end*

ha, tu sahajalah ceritanya..

moral of this story;

ribut, taufan segala bagai tu adalah perumpamaan kepada ujian-ujian yang Allah berikan kepada kita agar pegangan kita pada landasanNya akan lebih erat dan tak mudah jatuh..inshaAllah

wallahu'alam

analogi dipetik daripada cerita Sang Murabbi..
mesti semua orang dah pernah dengar kan??
*maaflah, nak mereka cerita sendiri tak berapa pandai*

No comments: