Tuesday, November 16, 2010

..:: PENGALAMAN ::..

Assalamualaikum..

"Tahniah anda telah terpilih untuk temuduga kemasukan program persijilan DARUL QURAN-UIA 2011/12"

Alhamdulillah..

perasaan: bersyukur + cuak!

hari yang dinanti 15/11/2010

semalam 14/11..g ambil widad kat umah die..

pagi, kami bergerak dari rumah pukul 7.00pg..
perjalanan yang penuh debaran..
tepat jam 8.30 seperti yang tertera dalam surat tawaran..
kereta strex hitam itu telah pun menjejaki DARUL QURAN..

ramainye manusia..
selalu saya pergi time tak ada org..sunyi je tempat nih..huhu

saya dan beberapa pelajar dari SMKA MH..*x ramai sangat palajar maahad interview di sini..ramai yang kat KL.
kami telah diarahkan untuk masuk ke auditorium..untuk mendengar sedikit taklimat..

"temuduga ini terdapat 2 sesi, satu bersama panel DARUL QURAN..lagi satu bersama panel UIA.. Anda dikehendaki pergi kedua2nya..

untuk panel DQ anda perlu menyemak nama anda..
anda akan diberi satu muka dan hafal dalam masa 1 jam..lepas tu tasmi'
tempat menghafal..sukahati

untuk panel UIA sukahati je nak pergi yang mane"

seperti yang diarahkan..
kami menyemak nama...
nama saya pada bilik E..ouh ok. kat bawah je..
untuk panel DQ ada 17 bilik...A---------Q.

saya pon dgn penuh kecuakan pergi la mencari bilik E seorang diri..
sampai je dpn bilik tuh..duduk la..ape lagi?!
ustaz sebut satu2 name yang ada dalam senarai nama..
ramai juga yang belum datang..
daripada nama saya yang ke berapa tah..bawah2 la juga..jd no. 3..
ustaz panggil "humaira"

saya pun masuk la bilik tuh dengan perasaan..tak tahu nak cakap pe..
ok, mule2 bagi dulu surat permohonan, salinan i/c dan salinan keputusan percubaan.
ok dah bagi.

ustaz memulakan bicara:
"ok, buka muka surat 192"..

-->> "dah"

"surah ape?"

-->>"surah at-taubah"

"ok, sekarang pukul 9.07 pg..ustaz bagi masa satu jam..10.10pg..awak datang sini balik..walaupun ade org kat dalam ni, awak ketuk pintu..cakap nak tasmi'..

cepat tambah markah, lambat tolak markah..

nak hafal sukahati kat mane..
masjid kat situ,
surau kat situ"

-->>"okeh. terima kasih ustaz"

saya pun pergi nak hafal..
x ada idea la... nak hafal kat mane nih?
masuk auditorium je la..
alamak bising..haish~
x pe la..duduk je..
nak masuk ayat ke3..
aishah shahrim berkata:
"ko bole hafal ke kat dlm nih?
jom g kluar.."

jom..

kami pun pergi la tepi tasik tuh..

dah 10.10pg..
"aishah, aku g dulu"
saya dengan yakin lah konon..g la balik bilik E tuh

sesi tasmi'
bilik tuh bergema..fuh!
bace je la pe yang ingat..
ok sekat2 sikit...
finally...alhamdulillah~
ustaz x tanye ape2..
yang die cakap:"lepas nih g panel uia, 3/12 semak keputusan"

ok..seterusnya..
g panel UIA..masuk je la bilik yang x de org..

masuk je..
kena tulis result trial kat satu borg nih..
alamak segan pulak..org yang atas2 nih sume straight A..

okeh..
seperti biase..
"ceritakan tentang diri anda"
bla.bla.bla.(jawapan sulit)heh
die akan provok benda yang same setiap org..huhu
"kalau dapat oversea.or len2????"
mesti jawab tak nak.
"knp pilih uia?"
DAN LAIN2

*perbualan di atas in english...

sementara tunggu widad..
duduk kat surau
lepak2 ngn paan dll
snap2 gamba..

lastly..alhamdulillah..selesai segalanya..
just doa + tawakal kepada ALLAH...
hanya DIA yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk kita..

wassalam..

Sunday, November 7, 2010

JIka aku jatuh Hati~


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seorang,
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dariMu..

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah, jika aku mnikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan menyeru manusia kepadaM..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hati,
kekuatan iman..
jauhkanlah aku dari fatamorgana dunia..

...amiiiin...

Saturday, November 6, 2010

nak spm dah...

assalamualaikum...




dah lama tak menulis nih *eh menaip lah..
huhu..




setelah habis trial..alhamdulillah..ok la juga...
tahniah kepada semua pelajar tingkatan 5 smkamh..kerana telah berjaya menamatkan trial anda dengan baik..walaupun tak dapat straight..tapi, itu lah yang terbaik!
tahniah kpd 10 orang straight A..
yang lain..teruskan usaha..perjalanan kita semua masih jauh..selagi belum habis spm..perjuangan kita masih belum tamat!




kepada adik-adik juga..
semua dah habis peperiksaan akhir tahun..
happy lah korang semua..


kpd f5 asrama..
tahniah *kpd putera kerana telah menganjurkan makan malam *a.k.a. ape tah..
walaupun banyak dugaan yang terpaksa ditempuh..alhamdulillah..dengan izin Allah..dpt juga korg laksanakan dgn jayanya..
performance yang best..congrats juga! drum circle, lakonan dll..BEST!




Hari Kualiti SmkaMH ke-2..
last performance MIRWANA G-18..
boleh la..best! tahniah..alhamdulillah..tak de ape2 slack!
percussion..ok la kot..!




huh.! nak spm ni macam2 lah pula f5 busy2kan diri..
pada mulanye..ada lah juga dengar mreke kata.. "lepas trial nak blaja je..yang lain2 biar adik2 yang uruskan"
tp, nak buat mcm mane..cikgu2 cari f5 juga..
tak apa..cikgu mintak tolong tuh...mungkin ade keberkatan disebaliknya..
insya-Allah..
kita tolong orang, insya-Allah, Allah akan bantu kita dlm dewan peperiksaan..




pesanan buat kawan-kawan..
ingat! dah hampir waktu yang kita semua nantikan..
kejayaan kita, bukan semata2 dengan usaha kita (baca buku)..
ingat, keberkatan guru2,ibu bapa, orang sekeliling...itu penting!
and..the most important thing is..redha Allah!
nak tahu resepi kejayaan..
doa+usaha+tawakal = kejayaan dunia & akhirat
insyaAllah..
jangan lupa tolong kawan-kawan yang memerlukan..
ubah niat anda belajar..bukan semata-mata kerana untuk exam..tp, untuk kehidupan dan untuk diajar kepada orang lain..
jangan putus cari ilmu akhirat juga..walaupun bukan untuk exam, tapi untuk diri kita..
pastikan ilmu akhirat kita..setanding dengan duniawi yang kita ada..
ingatlah..kejayaan yang sebenar adalah kejayaan dalam agama..
sesiapa yang membantu agama Allah..Allah akan membantunya..


*di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika selama saya hidup, ada membuatkan kesalahan sama ada sengaja atau tidak kepada anda semua.

kpd umi,abah, adik-beradik..family..dankpd semua yang mengenali

kepada kawan2..halalkan segalanya..

cikgu2..tadika-PASTI AS-SYAKIRIN SG. KANTAN, sek ren- SK SAUJANA IMPIAN dan SRA SUNGAI KANTAN, dan SMKA MAAHAD HAMIDIAH..halalkan segala ilmu..

doakan kejayaan saya dunia dan akhirat~

wassalam~