Saturday, February 15, 2014

Maka, Bersabarlah.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Atas segala nikmat yang Dia beri kepada kita saat ini.

Selawat & salam buat Rasulullah s.a.w.
Tanpa baginda, tiadalah Islam yang sejahtera di muka bumi ini.

Alhamdulillah.

----------------------

Alhamdulillah,

Sudah hampir seminggu lalu menamatkan cuti semester,
bermakna sudah seminggu juga bermula semester yang baru.

"Terasa nikmat"
Saat hari yang penat dan meletihkan
ada sahaja suntikan tarbiyyah yang menyemarakkan semangat
Alhamdulillah.

Hidup penuh dengan perkara yang perlu dibuat.
Sometimes rasa beban
Tetapi bila difikirkan semula,
aku nampak apa hikmahnya.
Jauh sangat dari perkara-perkara yang melalaikan (baca: lagho)
Bukan nak kata diri ini baik
Tetapi,
Sungguh, tiada masa.

"Tanggungjawab melebihi masa yang ada." -IHAB


Do Follow us ^^ [Projekkita]

Tapi segan untuk dilabel 'orang busy'
sebab masih mampu lagi tidur 5jam sehari

Hanya dua tiga tanggungjawab lain yang Allah beri.

Nak dibanding dengan yang lain,
ada ikhwah akhawat
Hampir lima tanggungjawab yang dipikul
Itu belum termasuk sebagai seorang pelajar
Tanggungjawab kepada keluarga
Tanggungjawab sebagai hamba
Tanggungjawab sebagai naqib naqibah.

Aku masih insan biasa.

Kata satu-satunya abangku,
"Takpe lah busy, daripada kita buat something yang tak berfaedah kan."

Pesan ummi abah,
"Belajar betul-betul. Niat tu yang kena betul. Jelaskan kenapa kita ni belajar sebenarnya."

Dari diriku,
"Lebih baik Allah ambil nyawa dalam keadaan kita melakukan sesuatu untuk ummah 
daripada kita berdiam diri 
menanti saat yang entah sempat atau tidak 
untuk bekerja 
untuk Ummah.
untuk Islam."

---------------------------

Melaksanakan tanggungjawab & amanah
Tak pernah mudah
Penuh dengan cabaran
Sungguh, penuh
Hanya yang mengalami 
akan memahami.

"Your boss give you a work because he/she trust you."
Is it true?

Hmmmm.
Hakikat tanggungjawab itu daripada Allah.
Kenapa Allah bagi pada kita?
Kenapa bukan orang lain?
Sebab Dia tahu kita sebagai hamba mampu melakukan.
Dia beri satu wadah untuk kita menanam di dunia dan lihat hasilnya di Sana.

Tugas kita apa?
Lakukan yang terbaik.

Sebagai seorang hamba-Nya
Sebagai seorang Khalifah 
Sebagai seorang anak
Sebagai seorang kakak/adik
Sebagai seorang pelajar
Sebagai seorang lain-lain

Lakukan yang terbaik.

Allah akan menilai usaha kita.
InsyaAllah.

Ujian kesusahan
Tak payah kata
Allah tak janjikan jalan ini mudah.

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

[Az-Zumar 39 : 10]




Jalan yang sungguh panjang ini
Ku lihat tiada tempat untuk berhenti
Teruskan berlari 
Menggapai mimpi
Hingga akhir nafas ini
Hingga tercapai matlamat hidup hakiki
Bersemi cinta-Mu Kekasih Abadi.


*Ingat janji aku pada diri :)


Hidup ini adalah tanggungjawab
Dan tanggungjawab itu tak kan pernah berhenti
Sehingga nafas terakhir
Sama ada kita dah benar-benar melaksanakannya
Ataupun tidak.

Jangan jawab sekarang
Jawab nanti 
di hadapan Allah
Saat mulut tidak lagi dibenarkan berkata-kata.


Wallahu'alam



P/s: Sambung buat kerja ~
Semoga semester ini lebih diredhai & diberkati. Towards first professional exam ~ 
Rabbi yassir walaa tu'assir.