In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Allah bagi lagi kesempatan menghirup udara pagi yang segar 1 Muharram 1435H di bumi Keyy Ell ini
Semalam, immediately after finished the QQQ class, terus singgah masjid.
Tenang, Sebab dah lepas tasmi'.
Tenang, Sebab dah lepas exam mid-sem.
Bertambah tenang, melihat kanak-kanak :)
Ada yang menangis sambil berkata, "Nak solaaaaat!" Taknak balik.
Subhanallah, moga kekal semangat ingin solat itu sampai besar. :)
Bertambah-tambah tenang, aku di rumah Allah.
Lebih rasa Dia dekat walau aku percaya Dia sentiasa bersamaku.
That's the thing!
Sesibuk mana pun kita dengan pelajaran, jangan kita lupa tanggungjawab kita dengan Pencipta.
Kita nak rahmat Allah,
Tapi hidup tak pernah berpaksikan suruhan Allah,
Kita kata kita nak kejar Mardhatillah,
Tapi dalam hati lebih dunia daripada Allah.
(ingatan untuk diri T.T)
"Hijrah ini memang susah, Hijrah ini memang payah, Hijrah ini menuju Allah, Di hujungnya hasanah"-Hijrah by Devotees-----------------------------
Tazkirah semalam.
-Hijrah itu memerlukan pengorbanan.
-Orang yang tak faham erti pengorbanan, tak akan berkorban.
-Lihat sahabat-sahabat Rasulullah, mereka yang telah dijamin ke Syurga. Salah satu sifat mereka adalah mereka sanggup berkorban demi agama Allah.
Teringat akan kisah Salman Al-Farisi. Subhanallah, Salman Al-Farisi sanggup meninggalkan kemewahan yang ada pada dirinya, mengembara, lalu menjadi hamba. Semua kepayahan itu sanggup dia harungi demi mencari sebuah kebenaran. Akhirnya dengan izin Allah, Salman mendapat apa yang selama ini dicari. :')
-Yakin yang apabila kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita.
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Muhammad 47:7)
-"Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)...."
(Ali Imran 3:103)
-Atas kesabaran kita pada hari ini, ganjaran 'ketenangan' itu kita kan peroleh. Lagi satu ganjaran kita akan gembira menerimanya di Akhirat kelak. InshaaAllah. :)
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
(Az-Zumar 39:10)
HIJRAH KITA PADA HARI INI:
Marilah kita menuju kepada Agama Allah secara menyeluruh.
Tinggalkan karat jahiliyyah yang dulu. (Sobs Sobs. Nangis T.T)
Tapi bukan mudah.
Jangan berhenti mentarbiyyah diri & hati.
Tinggalkan apa yang melalaikan diri.
Yakin dengan janji Ilahi.
Yakin di Akhirat nanti hanya ada dua,
Syurga
dan
Neraka.
Tiada di pertengahan.
Pilihlah, itu hak anda.
Jom sama-sama, Fastabiqul Khairat!
Aku pimpin kau, Kau pimpin aku. Jom kita jalan menuju Syurga!
Aku tersadung, kau pegang erat jangan bagi aku jatuh.
Jadikan diri kita umpama magnet, menarik manusia semasa dalam perjalanan menuju redha-Nya.
Yok!
Wallahu'alam
Salam 1435H,
Dr.HumairaMahpa
:)