Monday, September 16, 2013

His Love.

Gambar milik yang lain.


Setiap ujian dan musibah,
Di situ terselit kasih sayang Allah.

Yang selalu kau cari-cari,
Di mana kasih sayang Ilahi,
Terasa diri sentiasa sendiri,
Yang kau tidak tahu kasihNya sentiasa di sisi.

Renunglah,
Singkaplah,
Tiap kejadian punyai hikmah,
Jangan kau hanya menangis lemah.

Fikirlah sendirian,
Hikmah tiap ujian,
Walau kau bersedihan,
Itu tetap takdir Tuhan,
Kukuhkan hati dengan Iman.

Kadang yang mahu, itu yang pergi,
Kadang yang benci, itu yang mendekati,
Itulah hakikat aturan Ilahi,
Takkan mampu diubah walau setinggi gunung hasrat hati.

Bangkitlah dari lemah,
Carilah Dia walau kau lelah,
Kerna hanya di situ kau ketemu kasih,
Semat erat di hatimu janjiNya yang sahih.

Bahagia untukmu pasti ada menanti,
Andai bukan diulit enak duniawi,
Akhirat itu pasti,
Jika kau mempercayai.

LA TAHZAN.


HM
160913
1001
Sepang.

Saturday, September 7, 2013

UBAH

Bismillahirrahmanirrahim..

Amaran awal : Ini bukan manifesto PRU-14. :) 

Ubah. HIjrah. 
Kadangkala kita mampu.
Kita mahu.
Tapi tak ada keyakinan.
Sebab kita rasa diri kita jauh sangat dari Dia.
Kita rasa dah terlalu banyak dosa yang kita lakukan.
Kita rasa kita memang dilahirkan untuk jadi jahat.
Kita bukan ditakdirkan untuk tergolong dalam mereka yang baik.

Tapi, tahukah kita yang rahmat Allah tu sangat luas.
Tahukah kita Allah itu Maha Pengampun.
Tahukah kita Syurga itu Allah sediakan untuk kita. 
Tahukah kita Allah beri kita hari yang baru untuk kita memperbaiki diri.
Mengapa kita masih meratap dosa yang lama tanpa berbuat apa-apa.
Tahukah kita Allah tak akan mengubah nasib seseorang itu, sehingga dia yang mengubah nasibnya.
Tahukah kita hari semalam telah berlalu jauh dari diri.
Hanya tinggal hari ini. Hari yang baru untuk kita perbaharui jiwa dan hati.

Mungkin bukan hari ini untuk aku berubah.
Apa tunggu lagi?!
Yakinkah esok masih menjadi milik kita.
Yakinkah esok hidayah Allah masih lagi menyapa.

Apa tunggu lagi.
Marilah kita sama-sama berubah kearah kebaikan.
Kerna ajal tidak kita tahu bila bertamu.
Biarlah kita mati dalam keadaan sedang berusaha memperbaiki diri.
Dari mati hati membiarkan dosa berlegar di dalam jiwa ini.
Mungkin itu lebih baik di sisi-Nya.

Biar sedikit.
Asalkan berterusan.
Mungkin itu yang akan dinilai.
Mungkin itu yang membawa diri kita ke Syurga-Nya.

Andai rasa jauh.
Kita yang sedang menjauh.
Dekatkan diri dan hati pada Dia.
Carilah petunjuk yang mendamaikan pada Kitab-Nya & alam-Nya.

Percayalah pada janji-Nya.
Kerna perumpamaan orang yang sentiasa mengingati Allah dan tidak, umpama orang yang hidup dengan orang yang mati.

P/s: Khas untuk someone. 
Awak saya mungkin tak mampu nak cakap, tapi saya boleh tuliskan untuk awak je.
Ketahuilah jiwa awak takkan sekali kosong andai diisi dengan Cahaya Ilahi.
Sama-sama kita perbaiki diri. 
Semoga bertemu di Syurga nanti. In shaa Allah. :)

Wallahu’alam.
Humaira Mahpa
04092013
2329
Ampang