Wednesday, January 2, 2013

Aku Sedih.. Lalu Dari Itu Aku Perlu Bangkit..

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Yang menulis ini manusia. Pasti terselit kelemahan dan kekurangan.
Ambil yang baik. 
Tinggalkan yang buruk.

Alhamdulillah
2012 telah melabuhkan tirainya dan kini 2013 menjelma
dan aku 20 tahun 'unofficially'

Sedih 
Takut 

Tiada lagi angka satu dihadapan umurku.
Semakin besar.
Semakin matang pemikiran (sepatutnya).
Semakin banyak tanggungjawab.
Semakin perlu bertanggungjawab.
Semakin perlu sedar tujuan hidup.
Semakin perlu banyak belajar.

Menjadi seorang remaja 20-an.
Bukan lagi masalah cintan-cintun yang perlu dirisaukan hingga makan tak kenyang, mandi tak basah.
Yakin sahaja pada janji Allah.
Usaha dengan doa.

Ada masalah yang lebih lebih bahkan lebih besar yang harus difikirkan.
Apakah ia?

-------------------------

Dari semalam ( 1 Januari 2013 )
Hatiku gundah dan tidak tenang. Serabutlah senang kata.
Sedang asyik study. Tapi hati masih tak tenang.
Hmmmmm.
Diri ini cuba menenangkan diri dengan bermain game dan terkadang menyelak helaian Kitab Suci Al-Quran untuk diamati dan ditadabbur. Tercapai ketenangan. Namun hanya ketika itu.

Risau.
Gundah.

Masalah Umat Kini.
Allahuakbar.
Betapa sedih dan pilu bila dikenang.

Baru-baru ini digemparkan dengan kisah seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun, melayu dan Islam cuba mencabuli seorang wanita.

Sambutan Tahun Baru 2013.
Walaupun ada di sana program-program Islamiah yang bermanfaat,
namun pemandangan di bandaraya Kuala Lumpur tepat jam 12.00 malam masih lagi dipenuhi dengan bunga api, bunyi motor daripada aksi-aksi mat-mat rempit dan tidak kurang juga lagu Gangnam Style yang kuat dipasang dimerata-rata tempat.
Bukti masih ada lagi yang terleka.

Allahurabbi.

Walaupun hidupku di dalam biah yang agak solehah.
Dikelilingi rakan-rakan yang faham Islam.
Ini tak bermakna aku perlu selesa dengan hidupku. 
Masyarat di luar bagaimana?
Andai mereka tidak tahu, siapa yang bertanggungjawab menyedarkan mereka?

Siapa lagi kalau bukan aku, kita? yang faham tentang Islam ini.

Aku Sedih.. Lalu Dari Itu Aku Perlu Bangkit..

Selama hampir 20 tahun hidupku ini, apa yang telah aku lakukan?
Di mana sumbangan aku terhadap agama yang ku pegang ini?
Andai esok bukan milikku lagi, apakah Islam itu akan bangkit dengan adanya usahaku?
T.T

Sering aku dan kawan-kawan fikirkan:
"Bagaimana generasi anak-anak kita nanti ek?"
Hmmmm.
Lalu semua membisu.

We can make a change.

Semuanya bermula dengan diri.
Bagaimana yang telah digagaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Pembentukan Individu Muslim. (IM)
Dari sekolah aku mendengar perkataan 'Individu Muslim' itu, tapi baru kini aku faham kepentingannya.
Ya, Penting. Sangat penting !
Tak payah nak sibuk melompat ke tangga yang seterusnya iaitu "Baitul Muslim" kalau tangga yang pertama (IM) pun masih belum kukuh.
Bukan nak kata tunggu betul-betul kukuh 1st step baru ke 2nd step, but at least anda ada usaha untuk membentuk Individu Muslim dalam diri.

Kesan Individu Muslim,
in shaa Allah generasi akan datang dilahirkan dan dididik dengan Islam yang sempurna.

Dakwah & Tarbiyah (D&T)

Tarbiyah is the most important thing in order to create an 'Individu Muslim'
Jika anda hanya duduk dalam bilik 24 hours study tanpa diselitkan dengan program yang mentarbiyah hati,memang tipis harapan untuk mengukuhkan diri menjadi 'Individu Muslim'.
Seriously, banyak perkara kita perlu seimbangkan.

Dan Individu Muslim ini anda bukan sahaja tanam dalam diri anda seorang sahaja. Di sini perlunya Dakwah.
Bayangkan jika anda berjaya membentuk diri menjadi IM dan mereka yang lain masih hanyut.
Mungkinkah terbentuk Masyarat Muslim itu?

copyright : inizis.com


Sama-sama kita renungkan.


--------------------

And there is one thing as a medical student,
It is hectic life.
Anda boleh rasa down bila-bila masa je.

Dan bila down itu menerjah diri.
Satu je yang aku boleh fikir untuk bangkitkan diri ini balik.
Aku belajar untuk Islam.
Aku nak dunia ni biah Islamiah.
Being a doctor adalah wasilah untuk ke arah itu as the doctor is one of the most trusted person in this world.
in shaa Allah.
Yakin dengan janji-Nya.

---------------------------

To all my friends ;

Tegur lah rakanmu andai terzahir kesilapannya.
Biarlah dia bermasam muka untuk beberapa ketika.
Tetapi kita tidak mahu dia menjadi penyebab kita ke neraka.
Menuntut bela kerana membiarkannya hanyut terleka.

Aku sayang kamu kerana-Nya.
Kerana itu aku takkan sanggup melihat kau merana.
Dibiar diseksa di dalam neraka Jahannam-Nya.

Andai kau lihat aku jatuh dan hilang panduan,
Hulurkan tanganmu, bimbinglah aku
Ke jalan redha Tuhan-Mu.
Itu yang ku nanti.
Jangan biar aku terus hanyut.





Dari lubuk hati yang dalam;
Dr.HumairaMahpa