Wednesday, March 17, 2010

Hakikat perjuangan...

Assalamualaikum...

sebelum diri ini pergi buat sementara waktu..

“Untuk berjuang, kita kena ada persiapan”

Turun ke medan perang tanpa sebarang persiapan pastinya bukan menjadi pilihan mana-mana tentera. Menghadapi peperiksaan tanpa ulangkaji pelajaran semestinya bukan pilihan pelajar sekalian. Maka janganlah kita bergerak menentang logik akal. Tunjuk pandai perlu kena pada tempatnya.


begitulah hakikat perjuangan!

berserta dengan..
10 muwassafah iman
..yang sering disebut dalam usrah..:)

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam Banna:
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

kenapa malas sangat?!?!

assalamualaikum..
Allahuakbar! subhanallah...
Alhamdulillah..


dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
dengan rahmat dan kasih sayang Allah..diri ini diberi sekali lagi peluang untuk menghirup udara yang segar pemberianNya..
post kali ini..hehe
kita semua semestinya pernah ada satu sifat yang kita tak dapat lari..
..::malas::..
terutama time cikgu bagi homework yang menggunung..hehe
itu lah perasaan yang sedang saya alami sekarang...
rasa malas nak siapkan homework
walaupun tahu..nanti akan bertambah banyak..


camne nk hilangkan sifat malas ni??
sebenarnya..tu semua dengan usaha kita..kita nak ke tak??
terpulang pada diri masing-masing..
kesedaran diri tu mesti ada..
nak2 pula nak dkt exam yang penting ni kan..hehe
SPM
kita juga..perlulah sentiasa berdoa..
ini doanye..;





“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”
Ad-dua' silahul mukmin- doa senjata mukmin
doa tu pun salah satu usaha kita untuk mengelakkan diri dr sifat malas dan lain2..
lepas berdoa..kita kena yakin..Allah yang memberi segalanya..
kalau lepas ni..still rasa malas lagi..
hm..mungkin Allah nak uji kita..
elakkan diri dari buruk sangka terhadap yang Maha Esa..
cerita tentang diri ni..
hari ni hari last cuti...
dikala orang semua sedang bergembira..
bersama keluarga..
diri ini terpaksa berkorban..
demi..
ilmu..
tak pe..ikhlaskan hati kerana Allah..
bukankah menuntut ilmu itu wajib kpd semua umat Islam..hehe
lagipun..ilmu itu untuk siapa??
untuk diri kita juge..
hurm..ape2 pun...
esok pagi..kena juga gerak ke ILIM..
ber'DAURAH ILMIYAH' di sana
sampai hari ahad..
huhu..
hope sangat best!
seronok kot ada kawan-kawan..hehe..
balik sekolah...
kena sambung belajar..selain menjalankan tanggungjawab yang lain2
huhu..EDI?? ukhuwah!
hehe
tp..jangan lupa..harini..kena siapkan semuanya!
homework!
add math.. Bm.. Fz..
packing2 barang! yeah!
semoga diri ini menjadi lebih baik dari sebelumnya....
ok2..sampai sini sahaja..untuk cuti kali ini..
selamat tinggal semua!
doakan diri ini sentiasa dalam rahmat Allah..juga mendapat ilmu yang berkat..
insyaAllah
wassalam..

Tuesday, March 16, 2010

Alhamdulillah


assalamualaikum,,

bersyukur kdp Allah..tuhan yang mencipta kita..langit dan bumi..
jika kita lihat..betapa indahnya ciptaan Allah Yang maha Pencipta..
setiap saat hidup kita..marilah kita bersama menghayati keindahan serta kehebatannya..
sambil berzikir dan menyebut nama Yang maha Esa..SUBHANALLAH
indahnya hidup ini..
andai sesaatpun kita tak lupakan Pencipta kita..
jangan biarkan sesaat pun dr hidup kita..terlepas dengan zikrullah..

Rasulullah bersabda: "Berpikirlah kalian tentang ciptaan Allah dan jangan sekali-kali berpikir tentang Allah, sebab memikirkan tentang Ar Rabb (Allah) akan menggoreskan keraguan dalam hati“.

"seakan bintang
berguguran jatuh
pilihan menanti
diambil zahir dan batinnya
atau sekadar hiasan bumi
terbentang luas
menjalani amanat Allah
menjadi hamparan
sekalian umat
hidup seumpama air
yang mengalir
dibentuk melalui sekitarnya
hanya menurut
sukar membezakan
hak dan batil
cinta yang hadir
usah ditolak
itulah anugerah ilahi
jaga dengan sebaiknya
kerna cinta itu
mungkin hilang
kita masih tidur
pabila digesa bangun, ditidurnya
pabila digesa minum,dimakannya
carilah hikmah
disebalik haram
kerna allah maha mengetahui
sepohon batang
tidak mungkin bisa menyendiri
bagi mengeluarkan hasil
perlu ada sang pencipta tanah
sebagai teman matahari
punca kekuatan
dan makhluk yang mengerti
nilai kasih"

#sumber http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2355


panjang lebar pulak ber ceramah..
sekadar tazkirah..
dan muhasabah diri..
harapan dgn wujudnya blog ni..
dapatlah berkongsi sedikit sebanyak ilmu..
*walaupun x banyak sangat
sabda Rasulullah "sampaikanlah walau satu ayat"

sebagai seorang pelajar..huhu..saya mst belajar bersungguh2..
belajar bukan untuk SPM..tp, belajar untuk dapat ilmu dunia dan akhirat..
belajar untuk tegakkan agama Allah (islam) Addin yang tercinta..
untuk memajukan umat Islam..
belajar untuk dr sendiri..umi dan abah..adik beradik..dan org sekeliling yang sangat disayangi..
struggle for 11A+
BM,bahasa malaysia
BI,bahassa inggeris
BAT,bahasa arab tinggi
MM,modern mathematics
MT,additional mathematics
BIO,biology
FZ,physics
CHEM,chemistry
SY,syariah islamiyah
QS,alquran dan sunnah
SEJ.sejarah
hopefully!
8:47 am/16 march 2010