Sunday, May 19, 2013

Mahar.


بسم الله الرحمن الرحيم 

Hidup,
Aku impikan bahagia,
Aku impikan senyuman senantiasa,
Aku impikan wang berjuta.

Namun,
Hidup ini tak pernah dijanjikan mudah,
Sering ada derita datang menyanggah,
Sakit, luka, pedih tak henti menyapa.

Allah,
Andai itu mahar ke Syurga-Mu,
Akan ku gagah,
Kerna satu yang ku mahu,
Ke sana,
Kehidupan abadi bersama-Mu.

Di sana,
Lebih indah dari duniawi yang sementara,
Tiada sakit, luka mahupun pedih,
Hanya yang ada kebahagiaan yang selamanya.

Biar terpenjara diri di dunia,
Kelak kau akan bebas selamanya di sana.

Akan ku bayar mahar ke sana.




Dr. Humaira Mahpa
19052013
0924

No comments: