Saturday, July 30, 2011

medic ONE !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan olehNya ke atas diri kita..

post kali ni,
special for ;
kanak2 medic one tamhidi 11/12 usim..



to 20 org rakan :
semoga kita semua dapat mencapai apa yang diimpikan..
All the best mid sem..
and
selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia...
^_^

Sunday, July 10, 2011

^_^

Assalamualaikum..

alhamdulillah, dengan izinNya..
dapat saya menulis di ruang ini,

terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita semua,
sama ada kita sedar ataupun tidak..
Alhamdulillah~

terkadang,
ujian yang melanda diri,
yang kita kata berat, dan tak mampu memikulnya..
tapi, ada hikmah yang tersembunyi..

ketahuilah, ujian Allah kepada hambaNya itu,
kerana Dia rindu mendengar rintihan hambaNya..
fitrah manusia, yang sering alpa,
bila ditimpa musibah atau ujian baru mencari Allah..
semoga kita semua bukan dalam kalangan itu..

ketahuilah, ujian Allah kepada hambaNya,
adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisi Nya..
juga meningkatkan ketakwaan kita kepadaNya..

ketahuilah, ujian itu juga..
untuk Allah menilai tahap keimanan hambaNYa..

pasti..
jika kita tahu hikmahNya..
kita akan tersenyum pabila ditimpa musibah..

justeru itu,
apa yang kita harus lakukan jika diri ditimpa musibah??
tenang, doa dan sabar..insyaAllah..

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)
Alhamdulillah..
sangat bersyukur dengan kehidupan seharian sekarang..
walaupun x se'perfect' mane pun..
tapi, Alhamdulillah..dari sehari ke sehari..
ada sahaja semangat baru yang muncul..
walaupun kabut macam mane pn hari itu, still rase sangat bermakna..

walaupun ramai kawan2 yang dikasihi..
jauh di mata..
berbeza dengan zaman sekolah yang saya rindui itu.
tapi, lagi jauh..lagi kita hargai persahabatan itu..
sayang antum semua !
antum sentiasa di hati ini..insyaAllah

hopefully, antum pun sedang bahagia..
but, never forget..
walaupun busy study..
tanggungjawab kepadaNya dan kepada masyarakat sekeliling jangan sesekali diabaikan..
barulah study pun MANTOP. insyaAllah..

next month : Ramadan + mid sem exam..
hopefully dapat buat yang terbaik kedua-duanya.. =)



Saturday, July 9, 2011

Muhasabah diri nih..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Allah masih memberi kita semua kesempatan untuk menjalani kehidupan yang sempurna di muka bumiNya..
syukur, atas nikmat yang terbesar yang masih lagi ada dalam diri kita iaitu IMAN dan ISLAM..
Alhamdulillah..

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu suatu hari nanti ia akan menjadi musuhmu.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"
-SAIDINA ALI BIN ABI TALIB-

tiba2 teringat kata-kata nih.
memang tepat pada masanya..
so, humaira..
tak perlu la nak benci or menyampah kat somebody..
walaupun memang patut di-menyampah..huhu

no body perfect humaira, even YOU !
so, terimalah keburukan n kekurangan diri orang lain dengan hati yang terbuka,
sebab diri sendiri pn ade kelemahannya..
jadi, kena belajar terima orang lain..
okay?!

*x mengharap orang yang di-menyampah itu menjadi kekasih ea =P*

be profesional yup!
doa supaya dia berubah sedikit, but still jaga barrier among us..

sekian~

Saturday, June 18, 2011

Starting now~

Assalamualaikum..

alhamdulillah..bersyukur kepada Allah..

erm, tak berniat nak mengarang panjang-panjang sangat..
disebabkan, kerja terlalu banyak..=D

first 2 week start belajar balik..
best and interesting :D
kena biasakan dengan suasana baru..huhu
lompat2 bangunan..means,
dari FKP g FPQS then FSU..
naik trun tangge ^_^

belajar semua in english or arabic..
physics--sangat la best..tak tahan gelak..
biology--best juge, tapi..ngantuk sikit..sebab lecture selalu petang..
chemistry--menarik..walaupun ngantuk, takkan sempat tidur..! salin je memanjang..and cube nak paham betul2...FOCUS!
mathematics--actually add math..best juge..tapi selalu nantuk..tak tahu knp..
quranic hadith on siences--fully arabic and english..best kalau faham ustaz cakap..=D mostly faham la..Alhamdulillah
Arabic--fully arabic..sangat best!
English--madam best! "there are no gay or lesbian in my class" ; boys and girls ddk bersebelahan means..semua org ade partner masing2..

kuliah or tutorial start pkul 8.30 pg sampai 5.30 petang..
setiap hari balik lambat la..hehe
balik je memang sangat LAPAR!
beli makanan n makan..
lepas maghrib baru sempat g surau..
Alhamdulillah, jejak jugak surau..
best la g surau..kat sini la saya sempat bermasyarakat
means kenal orang lain (yg g surau la)..and kenal senior yang best =D

kerja semestinya bertimbun..
semua subject ade kerja..:D

Tutorial Medic 1 memang best..
16 orang je..

kat kolej memang rapat ngn bdk maahad je..
even kami ddk jauh2..

tapi memang life yang best!

aish, tu je la nak cerita..
nanti2 sambug lagi..tak tahu la bile~


wassalam..

Sunday, June 5, 2011

Aim High !

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..
syukur kepada Allah dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua..

firstly, syukur kerana telah tamat
PROGRAM MINGGU TA'ARUF TAMHIDI SESI AKADEMIK 2011/2012
program selama 3 hari 3 malam
(1 Jun 2011 - 3 Jun 2011)
sepintas lalu mengenai atucara program..

1 Jun :
pagi:pendaftaran kat staium tertutup Nilai..(sangat sistematik..!)
then, we are g0ing to Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC)..
petang:taklimat pengajian & sistem maklumat universiti..
lepas asar:senam seni (sama mcm PLKN! *tiba2 rindu plkn lak :p)
malam:ceramah motivasi

2 Jun :
pagi:program bersama Dekan Fakulti..
taklimat majlis keselamatan negara (politik je lebih)
petang:Forum Kesenian & Kebudayaan mengikut Perspektif Islam (best!)
lepas asar:latihan lafaz ikrar
malam:lafaz ikrar & amanat naib Canselor (saya ngantuk :D)

3 Jun :
pagi:pendaftaran kursus di Libary (besar kot..lain dr Maahad *dah nama pun U)
tengah hari:program bicara siswi bersama naib pengerusi 2 MPP--kak Maisarah (best!)
petang:bersama pengetua KKNC (den tak dongar sbb dok blkg)
malam:taklimat isu semasa (lagilah politik)

tamat~

conclusion: kebanyakan aktiviti di Stadium Tertutup Nilai..
memang seharian di situ..tak balik kolej pon..
pakai baju purple..
BAS paling best..terutama time malam nak balik..memang macam main Rugby :D

4 Jun :
malam:ade tazkirah kat surau muslimat KKNC. ya Allah, PADAT sangat!
and after isya' ade perjumpaan tamhidi medic and dentist dengan senior2dari Pandan Indah..
best3!

*erm, atas tu semua baru muqaddimah la~*

back to the main topic:

Alhamdulillah..selama 4 hari di bumi USIM simply inspiring ni..
rasa sangat bertuah & bersyukur..
best2..

apa yang best?!
bi'ah..Alhamdulillah..ok jugak la..*tak berapa nak pasti sbb baru 4 hari*

ape lagi yang best?!
still ade belajar b.arab and Quran Hadith..

rasa excited dan tak sabar nak belajar !
untuk sem 1 ni
7 subject :
TLA0103 ARABIC LANGUAGE 1
TLE0104 ENGLISH LANGUAGE 1
TMS0124 MATHEMATICS 1
TMS0224 BIOLOGY 1
TMS0324 PHYSICS 1
TMS0424 CHEMISTRY 1
TUH0722 QURANIC AND HADITH STUDIES ON SCIENCE


semua sekali 25 credit hour!

excited + cuak !
erm, kena belajar bet0l2!
tak boleh main2 dah ye HUMAIRA !
FOCUS..
pastikan dapat cgpa 3.5 and above..lagi best kalau 4.00 !!
MUET akan cuba sehabis mungkin untuk dpt band 4 !!


nak deactivate Fb cam tak sampai hati pulak..
erm,,
ergh! camne ni?!


try, sebulan ni..
untuk cube jarang or tayah bukak FB *bende yg paling berpengaruh dlm hidup ni :p

kalau tak berjaya..
terpakse say GOOD BYE to FB!
huhu

pengorbanan demi mengejar cita!!!!!!

lastly.kepada semua kawan2..tak kisah la di mana anda berada..selamat berjuang & bermuhajadah..semoga usaha kita semua diredaiNya~
try to go sebanyak mana Ilmu di tempat anda masing2..
demi cita2 anda..orang di sekeliling yang menyimpan segunung harapan &
demi ISLAM ADDIN YANG TERCINTA..
siapa lagi yang kan menegakkan PANJI2 ISLAM kalau bukan anda yang bergelar MUSLIM!


seperti biasa, resepi kejayaan..
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN..
insyaAllah sekarang usaha sehabis baik!


wassalam~

Tuesday, May 31, 2011

sebelum kakiku melangkah ke IPT =)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,
hari ni masih diberi kesempatan untuk menikmati semua nikmat daripada Nya..
"Syukur pada Yang Esa, rahmat pemberianNya......"

erm, before melangkah ke USIM pada 1 Jun 2011 (esokla!) jam 8.30 pagi..

di sini,
saya (HUMAIRA MAHPA) ingin memohon infinity ampun dan maaf..
andai (mesti ade punye!) selama hampir 6 bulan cuti (temas0k PLKN)..
telah melakukan salah dan silap..
terkasar bahase,
mengguris hati dengan kata2 atau
tulisan (FB *comments,chat,msg n segale bagai*,SKYPE,SMS and YM)
sengaja atau tidak disengajakan..
*eceh, cam raya pulak~*

kepada kawan2 semua..
selamat melangkah ke Alam Baru..
*walaupun cam dah agak lambat sebab ramai yg dah masuk*

kpd rakan2 sePLKN,
jangan lupe saya (yg baik tp, kalau marah teeeeeeet)..
walaupun ramai yg tak kenal saya,
tapi kalau yang kenal tu, kalo jumpe jgn lupe tegor2 ye..
sebab, insyaAllah saya x lupa anda..=)

kepada kawan2 sekolah rendah (SKSI,SRA SG KANTAN)
sorry, mostly anda sume saya lupe..kecuali yg selalu contact..
bkn ape, muke kamu semua dah laen,
masa dulu2 semua comel2..
tapi ape2 pun..kalau ingat jangan lupe teg0r ye..:D

kepada kawan-kawan dan kenalan juga family yang dikasihi :

jangan lupa doakan saya...
erm, the most IMPORTANT,
jangan lupa tegur kesalahan dan ingatkan apa yang saya terlupa..
tegur je..tak yah takut dan segan..
insyaAllah terima dengan hati yang terbuka..
lagi terasa kalau tak ada orang yang tegur & ingatkan =(
jangan biarkan saya jatuh dan tersungkur~


erm, yang jauh..don't worry..anda sentiasa di hati..insyaAllah..
yang dekat, insyaAllah kita eratkan hati2 kita dgn keImanan..

yang nak fly---roger2 la orang yang sekangkang kera dr KLIA ni,,mane tahu boleh berkampung kat c2..

yang nak kawen :p---jemput2 lah saya ye..=D

okeh,
selamat belajar ye semua..
niat belajar kerana Allah..
untuk kembalikan kegemilangan Islam..
buktikan orang Islam itu hebat!

bitaufiq wannajah semua!
doakan kejayaan bersama..


wassalam

with a lot of love <3
saya!





Sunday, May 29, 2011

[jom muhasabah] Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat





#rindu semua#
Assalamualaikum..

first of all, post ni dari IluvIslam.com sebenarnya..
nak rewrite balik sebab post ni sangat terkesan pada saya!
so, nak ianya ada dalam post blog saya..
senang nak cari balik bila nak muhasabah diri ini..
disertakan gambar2 random sahabat2 yang saya kasihi insyaAllah kerana Allah..
mari sama2 kita muhasabah !


uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.

"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.

Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.

"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.

"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.

Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

Maknanya jangan berkasih sayang lah?

Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.

Tidak Cemburu

Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.

Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?

Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)

Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.

Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.

Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.

Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.

Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.

Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat

Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.

Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.

Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.

Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..

Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..

"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.

"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.

Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.

Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..

Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.

Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..