Saturday, February 15, 2014

Maka, Bersabarlah.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Atas segala nikmat yang Dia beri kepada kita saat ini.

Selawat & salam buat Rasulullah s.a.w.
Tanpa baginda, tiadalah Islam yang sejahtera di muka bumi ini.

Alhamdulillah.

----------------------

Alhamdulillah,

Sudah hampir seminggu lalu menamatkan cuti semester,
bermakna sudah seminggu juga bermula semester yang baru.

"Terasa nikmat"
Saat hari yang penat dan meletihkan
ada sahaja suntikan tarbiyyah yang menyemarakkan semangat
Alhamdulillah.

Hidup penuh dengan perkara yang perlu dibuat.
Sometimes rasa beban
Tetapi bila difikirkan semula,
aku nampak apa hikmahnya.
Jauh sangat dari perkara-perkara yang melalaikan (baca: lagho)
Bukan nak kata diri ini baik
Tetapi,
Sungguh, tiada masa.

"Tanggungjawab melebihi masa yang ada." -IHAB


Do Follow us ^^ [Projekkita]

Tapi segan untuk dilabel 'orang busy'
sebab masih mampu lagi tidur 5jam sehari

Hanya dua tiga tanggungjawab lain yang Allah beri.

Nak dibanding dengan yang lain,
ada ikhwah akhawat
Hampir lima tanggungjawab yang dipikul
Itu belum termasuk sebagai seorang pelajar
Tanggungjawab kepada keluarga
Tanggungjawab sebagai hamba
Tanggungjawab sebagai naqib naqibah.

Aku masih insan biasa.

Kata satu-satunya abangku,
"Takpe lah busy, daripada kita buat something yang tak berfaedah kan."

Pesan ummi abah,
"Belajar betul-betul. Niat tu yang kena betul. Jelaskan kenapa kita ni belajar sebenarnya."

Dari diriku,
"Lebih baik Allah ambil nyawa dalam keadaan kita melakukan sesuatu untuk ummah 
daripada kita berdiam diri 
menanti saat yang entah sempat atau tidak 
untuk bekerja 
untuk Ummah.
untuk Islam."

---------------------------

Melaksanakan tanggungjawab & amanah
Tak pernah mudah
Penuh dengan cabaran
Sungguh, penuh
Hanya yang mengalami 
akan memahami.

"Your boss give you a work because he/she trust you."
Is it true?

Hmmmm.
Hakikat tanggungjawab itu daripada Allah.
Kenapa Allah bagi pada kita?
Kenapa bukan orang lain?
Sebab Dia tahu kita sebagai hamba mampu melakukan.
Dia beri satu wadah untuk kita menanam di dunia dan lihat hasilnya di Sana.

Tugas kita apa?
Lakukan yang terbaik.

Sebagai seorang hamba-Nya
Sebagai seorang Khalifah 
Sebagai seorang anak
Sebagai seorang kakak/adik
Sebagai seorang pelajar
Sebagai seorang lain-lain

Lakukan yang terbaik.

Allah akan menilai usaha kita.
InsyaAllah.

Ujian kesusahan
Tak payah kata
Allah tak janjikan jalan ini mudah.

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

[Az-Zumar 39 : 10]




Jalan yang sungguh panjang ini
Ku lihat tiada tempat untuk berhenti
Teruskan berlari 
Menggapai mimpi
Hingga akhir nafas ini
Hingga tercapai matlamat hidup hakiki
Bersemi cinta-Mu Kekasih Abadi.


*Ingat janji aku pada diri :)


Hidup ini adalah tanggungjawab
Dan tanggungjawab itu tak kan pernah berhenti
Sehingga nafas terakhir
Sama ada kita dah benar-benar melaksanakannya
Ataupun tidak.

Jangan jawab sekarang
Jawab nanti 
di hadapan Allah
Saat mulut tidak lagi dibenarkan berkata-kata.


Wallahu'alam



P/s: Sambung buat kerja ~
Semoga semester ini lebih diredhai & diberkati. Towards first professional exam ~ 
Rabbi yassir walaa tu'assir.

Thursday, January 30, 2014

2014.

Bismillahirrahmanirrahim..

It's 2014!

"Hang baru terjaga dari tidoq ka?"
"Boooo~ lambat sangat"
"Dah penghujung January okay." -.-"

Ya saya lambat. 
Ada saya kisah?
:D

Awal Januari sibuk exam. Habis exam dok menaip kertas kerja lah, surat macam-macam lah (ini bukan merungut okay). 
But I'm not the busiest person in this world, in fact I do not think I'm busy at all. 
Masih ada masa untuk tidur. Masih ada sikit masa yang mungkin disia-siakan. 
Masih ciput sumbangan pada ummah. :(

---------------------------------

Berbalik pada 2014.

Imbau sedikit 2013 yang telah pergi.
Jauh.
Takkan mungkin kembali.

One word to describe my 2013,
'PENGORBANAN'

Aku belajar dan aku rasa serta faham apa itu pengorbanan

Masa,

Tenaga,

Harta,

Hati,

dan Cinta. Ini cinta macam pada benda lagho yang selalu dibuat, perlu dikorbankan demi priority. 
(pandai aku cover :p)

Mudah-mudahan semua kerana redha-Nya Yang Satu.

Jujur, sungguh, hidup dalam Satu kasih dan cinta lebih tenang berbanding hidup dilema.

Hanya diri yang masih belum terkorban. 
Andai terkorban,
moga diredhai, moga diampuni, moga bersama para solihin.
Andai terkorban,
moga apa yang dilakukan ada manfaat untuk mereka yang masih hidup.
Andai terkorban,
moga hamasah ditinggalkan untuk gemilangkan Islam di mata dunia.

---------------------------------------


Harapan untuk 2014.
Moga thabat!

Just give up?

Satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya.. alangkah banyak rintangan..
alangkah berbilang halangan.. alangkah rumitnya."

aku bertanya, "lalu?"
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya kuhentikan saja ikhtiar ini?"

"hanya kerana itu kau menyerah kawan?"
aku bertanya walaupun tak pasti adakah aku sanggup 
mengahadapi badai ujian deperti dialaminya.
"ya, bagaimana lagi? tidakkah bahawa semua halangan itu petanda
bahawa
Allah tidak meredhainya?"

Aku menghela nafas panjang 
lalu berkata, "andai Muhammad Sallahu 'Alaihi wa Sallam 
berfikir sebagaimana engkau, akan adakah Islam di muka 
bumi?"
"maksudmu akhi?", dia terbelalak.

"ya, andai Muhammad berfikir bahawa banyak kesulitan
bererti tidak diredhai Allah, bukankah Baginda akan berhenti di awal-awal 
risalah?"

ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad
bisa mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar
mungkin saat dalam rukuknya Baginda dijerut di bahagian leher
mungkin saat Baginda sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta
mungkin saat Baginda bangkit dari duduk lalu dahinya disambar batu
mungkin saat Baginda dikatakan gila, penyair, dukun dan tukang sihir
mungkin saat Baginda dan keluarga diboikot total di syi'b Abi Talib
mungkin saat Baginda menyaksikan sahabat-sahabatnya diseksa di depan
mata
atau saat bapa saudara dan isteri tercinta pulang mengadap Ilahi
atau saat dunia ditawarkan padanya; takhta, harta, wanita. "

jika Muhammad berfikir sebagaimana engkau
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?

tapi Muhammad tahu, kawan
redha Allah tak terletak pada sulit atau mudahnya
berat atau ringannya, bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya, tawa atau tangisnya."

"redha Allah terletak pada 
adakah kita mentaatiNya
dalam menghadapi semua itu
adakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan laranganNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan."

"maka selama di situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan...."


Sulit, Mudah, RidhaNya
Sehangat Semangat
Dalam Dekapan Ukhuwah
Salim A. Fillah

---------------------------------------------------------

Never failed to inspire me. :')







"maka selama di situ engkau berjalanbersemangatlah kawan...."

Monday, January 13, 2014

Jodoh itu milik Dia.

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Jodoh itu milik Dia
Jodoh itu rahsia Dia

Setinggi manapun cinta kita
Sejauh manapun angan kita
Sekuat manapun sayang kita
Seerat manapun janji kita
Seyakin manapun kita padanya

Mampu kita ubah takdir Dia?

If it's meant to be, it will be. :)

HumairaMahpa
2307
13012014
Kajang.



---------------------------------

Kata-kata:

"Kita selalu memilih untuk mencari jodoh,
Tapi kalau hidayah Allah kita lebih memilih untuk menunggu."

"Berdoa supaya diberikan yang terbaik,
Tapi lebih baik berdoa masa dalam hati tiada siapa-siapa,
InsyaAllah akan dapat memang terbaekkkk."

"Jodoh & Mati. Mana yang pasti?
Persiapkan diri untuk apa yang pasti."

---------------------------

# Not in love mood. Haha
# Masih lagi rasa diri ini tak layak untuk cinta manusia lain. Cinta tertinggi Allah, Rasul, ummi abah masih belum kukuh di hati.

Sunday, December 8, 2013

H.E.C.T.I.C.

بسم الله الرحمن الرحيم 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah
All praise is to Allah.

Sebulan menaip, terseksa rasa.

Actually, too many thing that I would like to share.
But, the time running so fast and not even give any chances to me !

Hectic life.
Seriously hectic T.T

Nothing much to say.

Alhamdulillah.

Sometimes, I wonder why Allah always give me a test or problem?
Immediately after a problem settled, He give me another problem to be settled.

Tired. Cried.

Study? Not as much as others.
Again, I was cried.

Ok, too much tears.

Yet.
I'm thinking twice,
If he gave me too much free for me to 'study' or do anything else, Am I use that time to study? 
Or I might do the things that not beneficial? 

Wipes the tears.

Smile.

Allah loves me. :)

So when you have finished [your duties], then stand up [for worship].

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Wallahu'alam.






Tuesday, November 5, 2013

That's the beginning.

Bismillahirrahmanirrahim..
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Allah bagi lagi kesempatan menghirup udara pagi yang segar 1 Muharram 1435H di bumi Keyy Ell ini (Uhuk Uhuk!!)

Semalam, immediately after finished the QQQ class, terus singgah masjid.
Tenang, Sebab dah lepas tasmi'.
Tenang, Sebab dah lepas exam mid-sem.
Belum tenang, Sebab still have a lot of works to do. (Ok, kita lupakan sebentar)
Bertambah tenang, melihat kanak-kanak :)
Ada yang menangis sambil berkata, "Nak solaaaaat!" Taknak balik.
Subhanallah, moga kekal semangat ingin solat itu sampai besar. :)
Bertambah-tambah tenang, aku di rumah Allah.
Lebih rasa Dia dekat walau aku percaya Dia sentiasa bersamaku.

That's the thing!
Sesibuk mana pun kita dengan pelajaran, jangan kita lupa tanggungjawab kita dengan Pencipta.


Kita nak rahmat Allah,
Tapi hidup tak pernah berpaksikan suruhan Allah,
Kita kata kita nak kejar Mardhatillah,
Tapi dalam hati lebih dunia daripada Allah.


(ingatan untuk diri T.T)

"Hijrah ini memang susah, Hijrah ini memang payah, Hijrah ini menuju Allah, Di hujungnya hasanah"-Hijrah by Devotees
-----------------------------


Tazkirah semalam.

-Hijrah itu memerlukan pengorbanan.
-Orang yang tak faham erti pengorbanan, tak akan berkorban.
-Lihat sahabat-sahabat Rasulullah, mereka yang telah dijamin ke Syurga. Salah satu sifat mereka adalah mereka sanggup berkorban demi agama Allah.


Teringat akan kisah Salman Al-Farisi. Subhanallah, Salman Al-Farisi sanggup meninggalkan kemewahan yang ada pada dirinya, mengembara, lalu menjadi hamba. Semua kepayahan itu sanggup dia harungi demi mencari sebuah kebenaran. Akhirnya dengan izin Allah, Salman mendapat apa yang selama ini dicari. :')

-Yakin yang apabila kita menolong agama Allah, Allah akan menolong kita.


"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." 
(Muhammad 47:7)


-"Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam)...." 
(Ali Imran 3:103)

-Atas kesabaran kita pada hari ini, ganjaran 'ketenangan' itu kita kan peroleh. Lagi satu ganjaran kita akan gembira menerimanya di Akhirat kelak. InshaaAllah. :)


Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".
(Az-Zumar 39:10)




HIJRAH KITA PADA HARI INI:
Marilah kita menuju kepada Agama Allah secara menyeluruh.
Tinggalkan karat jahiliyyah yang dulu. (Sobs Sobs. Nangis T.T)
Tapi bukan mudah.
Jangan berhenti mentarbiyyah diri & hati.
Tinggalkan apa yang melalaikan diri.
Yakin dengan janji Ilahi.
Yakin di Akhirat nanti hanya ada dua,
Syurga
dan
Neraka.
Tiada di pertengahan.
Pilihlah, itu hak anda.

Jom sama-sama, Fastabiqul Khairat!

Aku pimpin kau, Kau pimpin aku. Jom kita jalan menuju Syurga!
Aku tersadung, kau pegang erat jangan bagi aku jatuh.
Jadikan diri kita umpama magnet, menarik manusia semasa dalam perjalanan menuju redha-Nya.

Yok!




Wallahu'alam


Salam 1435H,
Dr.HumairaMahpa

:)

Saturday, November 2, 2013

The Colourful of People

Bismillahirrahmanirrahim
In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Fuh fuh fuh. 
Dah dua minggu mengadap buku.
Ceh ini semua poyo.

Alhamdulillah.
Selesai mid-sem exam yang digeruni. :)
Tunggu jelah result (dengan muka penuh cuak :3)

Curi masa kejap nak menulis.

-------------

Alhamdulillah.
Sungguh, pengalaman sangat mengajar seorang hamba ini.
Terima kasih Allah. :')

Berurusan dengan manusia.
Banyak sangat mengajar erti hidup.

Memang manusia yang satu itu tidak akan pernah sama dengan satu yang lain.
Fuh fuh fuh,
Deal with people, memacam lah karenahnya.
Ada yang okay with this style, ada pulak yang kurang senang and prefer with another style.
Penat melayan.

Sampai kadang rasa macam nak bekerja dengan orang yang sama je. Orang-orang yang kita dah biasa dan dah faham dia macam mana.

But, you can't Humaira !

Take this opportunity yang Allah bagi pada kau untuk lebih kenal manusia & belajar daripada mereka.
Walau siapa pun mereka, Kawan2 / Seniors / Juniors / Dr. / Prof / Dato' / Puan / Tan Sri / Datin semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
So, belajar daripada mereka.

Ya, Ok. Aku sedang belajar dengan semua orang sebab aku lah manusia lemah dan banyak kekurangan.

Dan ayat yang popular bagi medical students / doctor-to-be:
"You even can not choose your patients." 

Ok. -,-"

Apa yang penting, beri apa yang terbaik daripada diri kita kepada orang lain.

Macam mana complicated pun sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita,
Jika kita yakin Allah ada dan akan sentiasa membantu,
Kita akan hadapi semua dengan senyuman.

:)

"Wahai bapaku, bilakah masanya kita betul-betul boleh berehat?" Tanya Abdullah bin Ahmad kepada bapanya, iaitu Imam Ahmad bin Hanbal.
"Kita hanya betul-betul boleh berehat apabila kaki kita sudah melangkah masuk ke dalam Syurga.." Jawab Imam Ahmad bin Hanbal.

---------------------

Mohon doa agar kuatkan hati dan kaki ini dalam langkah seterusnya menuju mardhatillah. :)

Wallahu'alam

Dr.HumairaMahpa