Wednesday, November 2, 2011

tagged by SAKINAHRIDZUAN

Assalamualaikum..

dengan rendah hati dan dirinye :
nak jawab soalan2 sakinah ridzuan....

Rules of this game :
1. you must post these rules.
2. each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the question that tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tagged and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in tagging section "YOU ARE TAGGED IF YOU READING THIS" "YOU ARE LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONEST) have tagged 11 people.

11 things about myself :
  1. nama diberi humaira binti mahpa (simplekan?? senang bakal suami saya :p)
  2. dilahirkan di JOHOR
  3. membesar di SELANGOR
  4. study sekarang di NILAI, NEGERI SEMBILAN
  5. seorang yang pendiam (dengan org yang tak rapat sangat)
  6. menyimpan impian nak g study kat oversea
  7. wanna be a doctor..betulkah?? still thinking..insyaAllah..
  8. sayang + rindu kat SMKA MAAHAD HAMIDIAH & kawan2..tempat jatuh bangun 5 tahun..
  9. bersyukur dengan pemberianNya ke atas diriku kini & selamanya..
  10. i'm proud to be a go0d muslimah..
  11. saya adalah saya..
#fakta:lameteramatsangat nk fikirkan 11 perkara ni =="

soalan daripada kawanku syg ni:

1. pagi tadi breakfast ape ?
makan roti n kuih ^^

2. minum air cukup tak atleast 3 litre sehari ?
tak..hehe

3. agak2 bile nak kawin ? *haha soklan apakah ini .
hoho..soalan yang ni memang syiok..tak tahu laaaa...kalau sy kate nak kahwin skrg pn..kalau tak ada calon or bakal suami..tak jadi juga..so..better persiapkan diri menjadi seorang yang baik untuk mendapat yang terbaik..insyaAllah..

4. ape aim korang lepas habis study ?
kerja n nak study lagi n kahwin..

5. korang ade rase tak yg pekerjaan korang nanti mcm akan tpesong dgn kos yg korang amek ?
mungkin..

6. ade tak sape2 kenalan yg nk improve heatlh , gain or lose weight . bagi name n contct number . haha hamek kau !
humaira..huhu..(nnt aku bg contact n0 die eh)

7. ape pendapat korang tentang aku (sakinahridzuan) pd permulaannya . and pada masa sekarang ?
dulukinidanselamanya..kawan ku yang terbaik..insyaAllah...

*tu je ke skin?? ==" ..cm x puas lak jawab soalan...

tak reti nak wt soalan la weyh..reti menjawab je..

Sunday, October 2, 2011

Di sebaliknya ada bahagia ^^

assalamualaikum..

alhamdulillah..
bersyukur kpd Allah atas segala nikmat kurniaanNya..

lama dah rasenye tak ter'update' blog ni..

dpt tuka lagu je...
busy kot..^^




Berjalan Tanpa Henti

Album : Berjalan Tanpa Henti
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
.

lagu ni best..
hayati liriknya..

mengajak kita supaya tidak mudah mengalah dlm hidup..
dan setiap yang berlaku, buruk or baik dlm hidup kita..
pasti dan pasti ada hikmah yang telah diaturNya..
dan itulah yang terbaik untuk kita dan sebaik2 perancangan..
Wallahu'alam..


nak final exam dah..
study je lah keje..huhu..
All the best sume rakan2!
[usim je lah kot yg bl0m exam lagi :D]

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri

Assalamualaikum

kaifa halukum??
kaifa IMANukum??
kaifa Ramadan??
kaifa antum fi Ramadan??
(soalan wajib ustaz Akhiruddin =D setiap kali kelas BA)


bersempena dgn Aidilfitri yang bakal tiba
(tak sampai 24 jam lagi..kat malaysia la)

saya ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
ingin menyusun 10 jari,,
memohon infinity ampun dan maaf kpd :

my lovely family..
yang sume tengah demam kat umah ni..
semoga esok sume sihat n ceria2 <3

HAMIDIANZ0610
yang sentiasa di hati..
even jauh jarak membatasi kita...
antum sume tetap di hati~~
walaupun lame tak tanye khabar..
tak bermakna saya lupe anda semua..
rindu korang ko0o0t..ble nak wt gathering????

students TAMHIDI 2011/2012 USIM
yang sentiasa di mata (esp. dak medic n housemate)
sorry bebanyak jika ada salah dan silap!!
(esp. medic one..yang salu men paaaaannng2 uh)
and jgn lupe 'elo2 aidilfitri' yang belambak tu..
mai pun tak wat lagi =D

tak lupe juge :
warga
SK Saujana Impian & SRA Sg Kantan
Kem PLKN Temasya Rimba Templer Rawang Kump 1 Siri 8 /2011
& semua yang mengenali diri ini =D


honestly, Ramadan kali ini rase lain sebab x berada di Bumi Hamidiah lagii..
semoga kita semua bertemu dgn Ramadan yang akan datang..
InsyaAllah..

salam syawal;
dr.humaira mahpa
*insyaAllah

Saturday, August 6, 2011

Ramadan & mid sem~

assalamualaikum...

Salam Ramadan untuk semua~! =D
Alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk melalui bulan yang penuh mulia ini..

Ramadan Kareem <3
so, marilah kita sama2 memanfaatkan Ramadan yang tiba hanya sekali dlm setahun..

post kali ni :
Ramadan di Usim & MID SEM exam !
bermula dengan sahur, memang pandai2 cari makanan sndr..
makan roti je biasanya.. Alhamdulillah, dah biasa duduk asrama..so, macam tak kisah sangat.
kat asrama dulu pun tak rajin sangat turun sahur (ye ke? =P)

kalau bangun awal sikit, amek peluang untuk tahajud n baca Quran and study !

then, pukul 8 camtu,
g kampus..
biasenya class from 8.30 a.m. to 5.30 p.m.
FULL !
memang agak tak terasa hari2ku berlalu..

habis 5.30...
solat asar then balik..
singgah BAZAR RAMADAN kat Uia..
tumpang kereta orang, senang la nak pegi..
dah bosan dah budak2 uia tgok muke saya agaknye..huhu..

thanks to orang2 yang penah belanja buke p0se.. =D

buka puasa dengan housemate..
best2..
makan 6 orang~~ ^^

terawih..
huhu..best jugak la~
agak unik..oleh kerana KKNC tak ada surau yang besar untuk muatkan semua pelajar tamhidi..
so, kami terawih kat bawah canopy,,
best ouh,, sejuk~~ (kipas cam nak terbang) lagi2 kalau sblm tu hujan..
tak payah susah2 cari tempat sejuk..

yang conduct terawih,,
biasanye, pelajar tamhidi jugak la...
untung la RAMAI pelajar tamhidi muslimin HAFIZ2 belaka...
after 4 rakaat, ada tazkirah..
not bad la.. walaupun tak panjang.. ade gak pointnye...

after terawih,
study yang pastinya..
ni je lah time nak study..
tu pun kalau tak syahid..zzzzzZZ

tapi,
still rindu sangat2 kat maahad~! ='(
rindu pengalaman puasa n buka puasa..
terawih di masjid annur..
susun quran warna-warni ~
waaa~! miss this moment!!!!

ceritera mid sem pulak...
waaa~!
ni memang NEW EXPERIENCE!
orang kate : "untung la budak USIM.... exam petang jumaat je....banyak masa nak study"
HAKIKATNYA !
memang exam kami setiap jumaat petang je..
ni sebab tak nak kacau jadual sedia ada kami..
jadual memang macam biasa,
BUT!
kalau dalam kelas tutor or lecture, lecturer wat revision tak pe gak!
ni mmg xde sentuh bab yang masuk exam la~
sume masuk chapter baru...
so, malam tu..kena siapkan homework untuk chapter seterusnya la~

memang la..
saya belajar benda baru..
memang tak boleh study last minute la...
awal2 kena fahamkan apa yang lecturer ajar...
nak nangis rasenya~!!

kami (budak medic n dentist) exam kat Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP1)
agak tidak selesa..
saket pinggang den..
and, memang senang gila nak tiru!! pandai2 la jujur dgn diri sndr...

tapi,
apa2 pun..
teruskan berjihad ye kawan2!!!
budak2 medic sume!! terutama MEDIC ONE...
and sume kengkawan!!
chaiyok!!
bi taufiq wannajah =)

ingat, Allah tak nilai hasil kita..yang penting usaha!
bertawakallah setelah berusaha
:D

Saturday, July 30, 2011

medic ONE !

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberikan olehNya ke atas diri kita..

post kali ni,
special for ;
kanak2 medic one tamhidi 11/12 usim..



to 20 org rakan :
semoga kita semua dapat mencapai apa yang diimpikan..
All the best mid sem..
and
selamat menjalani ibadah di bulan yang mulia...
^_^

Sunday, July 10, 2011

^_^

Assalamualaikum..

alhamdulillah, dengan izinNya..
dapat saya menulis di ruang ini,

terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita semua,
sama ada kita sedar ataupun tidak..
Alhamdulillah~

terkadang,
ujian yang melanda diri,
yang kita kata berat, dan tak mampu memikulnya..
tapi, ada hikmah yang tersembunyi..

ketahuilah, ujian Allah kepada hambaNya itu,
kerana Dia rindu mendengar rintihan hambaNya..
fitrah manusia, yang sering alpa,
bila ditimpa musibah atau ujian baru mencari Allah..
semoga kita semua bukan dalam kalangan itu..

ketahuilah, ujian Allah kepada hambaNya,
adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisi Nya..
juga meningkatkan ketakwaan kita kepadaNya..

ketahuilah, ujian itu juga..
untuk Allah menilai tahap keimanan hambaNYa..

pasti..
jika kita tahu hikmahNya..
kita akan tersenyum pabila ditimpa musibah..

justeru itu,
apa yang kita harus lakukan jika diri ditimpa musibah??
tenang, doa dan sabar..insyaAllah..

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
(Surah Ibrahim 14: Ayat 7)
Alhamdulillah..
sangat bersyukur dengan kehidupan seharian sekarang..
walaupun x se'perfect' mane pun..
tapi, Alhamdulillah..dari sehari ke sehari..
ada sahaja semangat baru yang muncul..
walaupun kabut macam mane pn hari itu, still rase sangat bermakna..

walaupun ramai kawan2 yang dikasihi..
jauh di mata..
berbeza dengan zaman sekolah yang saya rindui itu.
tapi, lagi jauh..lagi kita hargai persahabatan itu..
sayang antum semua !
antum sentiasa di hati ini..insyaAllah

hopefully, antum pun sedang bahagia..
but, never forget..
walaupun busy study..
tanggungjawab kepadaNya dan kepada masyarakat sekeliling jangan sesekali diabaikan..
barulah study pun MANTOP. insyaAllah..

next month : Ramadan + mid sem exam..
hopefully dapat buat yang terbaik kedua-duanya.. =)



Saturday, July 9, 2011

Muhasabah diri nih..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Allah masih memberi kita semua kesempatan untuk menjalani kehidupan yang sempurna di muka bumiNya..
syukur, atas nikmat yang terbesar yang masih lagi ada dalam diri kita iaitu IMAN dan ISLAM..
Alhamdulillah..

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu suatu hari nanti ia akan menjadi musuhmu.
Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"
-SAIDINA ALI BIN ABI TALIB-

tiba2 teringat kata-kata nih.
memang tepat pada masanya..
so, humaira..
tak perlu la nak benci or menyampah kat somebody..
walaupun memang patut di-menyampah..huhu

no body perfect humaira, even YOU !
so, terimalah keburukan n kekurangan diri orang lain dengan hati yang terbuka,
sebab diri sendiri pn ade kelemahannya..
jadi, kena belajar terima orang lain..
okay?!

*x mengharap orang yang di-menyampah itu menjadi kekasih ea =P*

be profesional yup!
doa supaya dia berubah sedikit, but still jaga barrier among us..

sekian~