Tuesday, May 24, 2011

Bo0k$ @#$%^&*^

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian 'alam..
bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan oleh Nya..

oleh kerana tak de keje dah..
nak buat sedikit review sepanjang cuti ni..

inilah antara buku-buku yang telah dihadam..
insyaAllah dapat mengambil perkara yang baik daripada buku-buku tersebut.. :D

1.
MARIA-EMINE SYENLIKOGLU :
buku ni best! tentang perdebatan antara ISLAM-KRISTIAN-ATIES . Daripada perbandingan ni memang jelas lagi nyata dan terang lagi bersuluh, ISLAM is the best ! agama yang syumul dan meliputi keseluruhan aspek kehidupan..
buku ni beli di MPH Mid Valley 30/12/2010 and habis bace tak ingat bile, tapi sebelum pergi PLKN (3/1/2011).

2.
GOLONGAN YANG TERCICIR DI SEPANJANG JALAN DAKWAH-FATHY YAKAN :
buku ni tentang why ade golongan yang tercicir dlm jalan dakwah *tgok tajuk pun dah tahu . erm, ape golongannye, mengapa golongan ini tercicir, dan penyelesaiannya..bagus untuk para DAIE..act, untuk semua orang..
buku ni dapat dekat rak buku di rumah
*act, banyak lagi buku2 cmni kat rumah..abah punye dulu2..try belek2 best jugak!
bace sebelum PLKN and time PLKN (tapi, tak habis bace lagi, xpe, nnt nak bace balik (= )

3.
BUMI CINTA-HABIBURRAHMAN EL-SHIRAZY :
buku tentang Ayash *camni ke eja name die? . kisah hidup anak muda kelahiran Indonesia yang hidup di Rusia . bagaimana dia berhadapan dgn cabaran hidup di bumi Rusia (banyak perempuan cantik!) . cerita tentang Aties juga.. dan sejarah Rusia..
beli 30/12/2010..baca masa PLKN (sempat lagi?!) ..sebulan tuh baru nak habis!

4.
BERCINTA SAMPAI KE SYURGA-UST. HASRIZAL :
tengok tajuk..eceh, gatai nooo~ hoho..mane ade, tambah ilmu je..
buku ni best. tapi, orang kate buku first (AKU TERIMA NIKAHNYA) lagi best! (agak terkilan sebab tak baca lagi dan x dapat cari buku tu~)
erm, ni pun sama..beli 30/12/2010..baca masa PLKN after habis BUMI CINTA ..
pengalaman tak boleh lupe..orang semua serbu buku ni time PLKN, pantang tinggal, tengok2 dah hilang. nasib baik ada nama. wira pinjam pun dah sampai satu asrama pusing *eceh, hiperbola~
lagi satu, mase cikgu pet amek buku nih.. time tu bukan saya yang tengah bace..! adush~ malu je, ckg g annouc kat belakang (time tu bdk2 Alpha kat belakang) sape punye buku cinta nih?! dgn malunye menjawab "saya cikgu." ckg ckp : "ni lps spm nak kawen ke?!".."w0w! mne ade cikgu, tambah ilmu je..dari saya buat bisingkan..ye tak?" :D ---speechless~ :p

5.
SINERGI-HILAL ASYRAF :
buku ni best sangat3..memang sangat memberi kesan..cerita tentang ukhuwah.."Keimanan adalah paksinya~"
ceritanya hasil coretan Hilal Asyraf ni memang sangat realistik! congrats to penulisnya~
siapa tak baca menang RUGI :p..
buku yang saya baca ni belongs to NURUL SAKINAH RIDZUAN..thanks ya!

6.
WEIL CHINA-EMINE SYENLIKOGIU :
buku yang menarik..mengisahkan penderitaan pemuda berdarah Turki yang terpengaruh dengan fahaman Komunis . Akhirnya dia insaf dan telah diseksa berpuluh tahun di penjara china (komunis) .
teringat AMIRAH SYAIRAH aka MISYE~ bace buku ni sampai menangis..honestly memang sedih sbb KEJAM sangat! lagi-lagi kalau saudara se-akidah kita yg di seksa begitu..
ingat lagi, buku ni la yang Along suruh Umi beli tapi jual name saya.sebenarnye die yang nak! ~sangat kejam~
buku ni bace mase di KOREA (April 2011 family vacation)..ingat nak bace after SPM, tapi widad pinjam and lupe nak pulangkan! oh, tidak..mase result SPM baru dpt buku ni balik..

7.
CINTA SUFI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku sambungan daripada 2 buku sebelumnya iaitu BAGAIKAN PUTERI & CINTA SANG RATU.. best kalau dah bace yang 2 sebelum tu la..
buku kali ini cerita tentang Catalina mencari Maryam..
kisah pengambaraan Saifuddin yang penuh cabaran dan dugaan menentang Taghut laknatullah..
percaya kepada bantuan Allah pada hambaNya yang benar..

8.
MATAHARI-HILAL ASYRAF :
himpunan cerpen yang dikarang oleh Hilal Asyraf satu masa dahulu..
semua cerpen2 ni bertemakan Matahari menerangi hidup manusia didunia..
kisah sahabat, percintaan, rakyat palestin, keluarga dan lain2..
buku ni Along yang belikan di pameran buku PWTC 2011


9.
SUTERA BIDADARI-RAMLEE AWANG MURSHID :
buku ni kesinambungan dari CINTA SUFI..buku ke4 la senag cite..:D
kali ni cerita tentang warisan mayran iaitu Catatan maryam dan Keris Nangreo *tak tahu la eja die betul tak..
dan siapakah Saifullah di abad ini yang sebenarnya?? jeng4..rupenye~ -_-"
oleh kerana ini buku yang ke4..excited dalam diri cam dah kurang sikit..tapi tetap menghayati sepenuh jiwa cerita ni..ececececeh~
buku ni pun Along belikan kat PWTC..

10.
AKU, ISABELLA DAN TOK KENALI-BOB LOKMAN :
kisah seorang penghibur tanah air, Hakim bin Lokman aka BOB LOKMAN..dari kecil sampai lah sejarah die menjadi artis dan kembali ke pangkal jalan..
act, abah beli buku ni sebab tengok kat sinopsis die sekolah di SMKA MAAHAD HAMIDIAH..ngee~ sabo je la..


11.
HERO-HILAL ASYRAF :
kisah 10 jutawan Islam yang telah berusaha keras membina sebuah negara yang bercirikan Islam..memang menarik..10 jutawan ni pula, dalam bidang masing2 yang berlainan..fuh! kan seronok kalau ianya sebuah kenyataan..insyaAllah..suatu haru nanti..
watak die ade kesinambungan dari cerita SINERGI dan TERASING..mcm lawak je..bile bace..eyh2, mcm penah dga name nih..rupenya ade dlm buku tu..last2 cite ni ade watak HILAL ASYRAF pulak tuh..haish -_-"
buku ni NOOR HIDAYAH AZHAR AZAM yang belikan kat PWTC (kirim kat die ek, bkn free tw)..dek kerana terkilan sbb x dpt pegi bo0k fair 2011 dan Along pulak tak jumpa buku ni!
and Dayah kasi buku ni 18 may 2011 kat MID (last jumpe dayah sblm die melangkah ke UITM T_T) and habis bace baru semalam (23 mei 2011)..

12.
TAKDIR-HILAL ASYRAF
okay, baru loading nak bace..! tak tahu kisah die cmne.. ;)
ni pon DAYAH belikan jugak!


13.
A DOCTOR IN THE HOUSE-TUN DR. MAHATHIR :
kisah die la...baru bace sikit jep.







fuh itu lah antara 13 buku yang telah dibaca sepanjang cuti ni!
ni memang hobi masa cuti2..
tiap2 kali cuti, duit mesti habis kat sini..
tapi mmg satu hobi yang best!

lepas ni tak tahu la ade mase tak nak mengadap novel2 camni lagi ke tak..:(
yelah, dah U cam kne struggle study sikit..
lagi2 kalo amek Medic..
ecececeh..nak mengejar CITA lah katekan..insyaAllah..
okay itu sahaja yang ingin dikongsikan.. :D

terima kasih kerana membaca =)


wassalam~
dr. humaira mahpa =D

Sunday, May 22, 2011

My neXt Station ~



Assalamualaikum,,

Alhamdulillah sekian lama tak meng'update' blog ni..
hari ni pulak tergerak hati nak update..

first of all, setinggi kesyukuran kepada Allah yang masih memberi kesempatan kepada hambaNya yang banyak kekhilafan ini meneruskan kehidupan..
menghirup udaraNya, berpijak di bumiNya, dan pelbagai lagi nikmatNya..
bukti Allah Maha Pemurah & Maha Penyayang..
Alhamdulillah..

Semoga kita dikekalkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan sentiasa mensyukuri nikmatNya..insyaAllah..

Alhamdulillah..akhirnya..
saya akan melangkah satu tapak lagi ke hadapan..
selepas lebih kurang 5 bulan berehat minda..huhu..
buat ape je 5 bulan nih?!
1. PLKN 2bulan setengah-----mcm2 dpat..selain mengisi masa yang terluang, dapat jugak kawan2 baru :D
2. Kerja for only 3 days-----jadi ustazah kejap, ganti ckg g kursus je..
3. Driving class-------Pergh!! tp, blum test JPJ lagi..
4. penganggur sepenuh masa ------- FB, novel, kawan2..
5. Bibik ke 3 kat rumah -------- just main ngn adik2 (afham,nani and nini)

erm Alhamdulillah..result UPU pn dah kuar 6 Mei yang lalu..

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:93091101****
NAMA:HUMAIRA BINTI MAHPA

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

Q0080 - TAMHIDI PERUBATAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Alhamdulillah..bersyukur kepada Allah..
setelah dipertimbangkan..dan tak dapat mana2 lagi selain MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN..saya telah membuat keputusan untuk ke USIM !
insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dalam mengejar CITA *bkn CINTA ea !



TAKWIM AKADEMIK

PUSAT TAMHIDI

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

SESI AKADEMIK 2011/2012

AKTIVITI

SEMESTER I

TARIKH

TEMPOH

Pendaftaran Diri / Universiti

1 Jun 2011 (Rabu)

1 hari

Minggu Taaruf & Pendaftaran Kursus

1 Jun - 5 Jun 2011

5 hari

Perkuliahan

6 Jun - 26 Ogos 2011

12 minggu

Cuti Pertengahan Semester I & Cuti Khas*

27 Ogos - 4 Sept 2011

1 minggu

Perkuliahan

5 Sept – 14 Okt 2010

6 minggu

Minggu Ulang Kaji

15 Okt – 23 Okt 2010

1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester I

24 Okt – 4 Nov 2010

2 minggu

Cuti Semester I

5 Nov – 4 Dis 2010

4 minggu

* Cuti Hari Raya AidilFitri 2011 (Cuti Umum) – 30 & 31 Ogos 2010

AKTIVITI

SEMESTER II

TARIKH

TEMPOH

Pendaftaran Kursus

5 Dis 2011

1 hari

Perkuliahan

6 Dis 2011 - 3 Feb 2012

9 minggu

Cuti Pertengahan Semester II

4 Feb - 12 Feb 2012

1 minggu

Perkuliahan

13 Feb - 13 April 2012

9 minggu

Minggu Ulang Kaji

14 April - 22 April 2012

1 minggu

Peperiksaan Akhir

23 April - 4 Mei 2012

2 minggu

Cuti Semester II

5 Mei - 3 Jun 2012

4 minggu



InsyaAllah..
ini baru permulaan..saya perlu berusaha untuk mencapai kejayaan..
walau di mana pn kita berada, tujuan kita hanya satu iaitu mencari ilmu & mendapat keredhaanNya..
mungkin apa yang kita Impikan selama ini bukan yang terbaik untuk kita..
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya~

All the best untuk semua kawan2 semua !
semoga ukhuwah kita berkekalan hingga ke syurgaNya..
walau jauh di mata , tapi tetap di hati..insyaAllah

wassalam~

Sunday, March 27, 2011

Alhamdulillah....

Assalamualaikum..

segala puji bagi Allah yang telah memberi kita pelbagai nikmat..udara yg kita hirup..oksigen..huhu..hidup kita..yang penting iman dan Islam yang insyaAllah masih berada dlm diri kita...erm..pelbagai nikmat yang Allah beri pada kita..jika kita koreksi diri kita balik..from A to Z dlm hidup kita..semua NIKMAT Allah...tetapi..adakah kita mensyukurinya..???

'Jika kita mensyukuri nikmat Allah, Allah akan menambahkannya..tetapi jika kita murka, nescaya ketahuilah AZAB Allah itu amatlah pedih.'

post kali ini:
nak cite benda yang agak sudah BASI..hehe

hari rabu 23/3/2011..
hari yang paling mendebarkan untuk semua calon2 SPM 2010..
hari yang dinanti2 telah pun tiba..
act. saya tak terasa sangat penantian itu..sebab 2 bulan setengah duduk dalam kem tak sempat nak fikir pasal result..heeeee :D
tetapi, penantian tetap satu penyeksaan..

pukul 10.30pagi..saya dah sampai sekolah yang tercinta!
first manusia saya jumpa..sakinahridzuan! buat kali ke-2 jumpa die lepas PLKN..first, time REHLAH kat putrajaya..pegi ngn teng! best!

then kami duduk lepak kejap di pondok 'mencapub' dpn bilik guru..mmg tempat tumpuan orang lah! kat sini la jumpa junior2 n cikgu2..
then kami buat lawatan ke bilik guru yang dah lain!
then baru continue our journey ke DEWAN AS-SYAFIE dengan penuh debaran..

sampai dewan..jumpe kawan2..widad~~~! lame gilak tak jumpa die..selalu call jerk..rindu maaaa~ bdk2 PLKN berkumpul..sume pakai kasut kelas...saya pakai kasut PT buat malu sjak! tak nak pakai kasut kelas...x suka!

start majlis..dengan berMCkan Ust.Saudi..
tahun ni perubahan di Maahad..untuk keputusan peperiksaan besar..die umumkan nama pelajar terbaik n straight A's untuk naik ke pentas..then, baru yg lain amek slip keputusan...haila~ cuaknye...

Alhamdulillah..
ade gak name saya HUMAIRA BINTI MAHPA..
dgn keputusan 4A+,4A,3A-...
syukur tidak terkate...
x sangke!!
mcm2 perasaan ade...
yang penting..syukur pada Allah..
Alhamdulillah..doa+usaha+tawakal=Alhamdulillah~
saya buktikan org x dpt 9A time PMR pun boleh berjaya dlm SPM dengan izin Allah..
stay in Maahad juga boleh berjaya!
cikgu2 di Maahad sangat hebat!

28 orang pelajar SMKA Maahad Hamidiah mendapat straight A's..
2 org men dapat straight A+
Azlyn dan Ikhwan..
Ikhwan tersenarai dlm 30 pelajar terbaik kebangsaan...
TAHNIAH kpd semua..
kejayaan yang cemerlang untuk HAMIDIANZ semua..

kepada yang berjaya tahniah.
yang kurang berjaya..tidak mengapa..anda telah usaha sebaik mungkin..terima rezeki yang Allah nak bagi dengan reda..NEVER GIVE UP! okay~~
pandang ke hadapan..jangan toleh belakang..jadikan apa yang telah berlaku sbg satu pengajaran dlm hidup anda dan satu pembakar semangat untuk anda berusaha lebih gigih untuk kejayaan akan datang..

thanks to :
guru2 dan murabbi2..SMKA MAAHAD HAMIDIAH yang mengajar dr F1 sampai F5 (06-10)
guru2..SK SAUJANA IMPIAN (00-05)
cikgu2 tadika..PASTI AS-SYAKIRIN SG.KANTAN..
tanpa mereka..siapalah saya..doakan saya berjaya dunia dan akhirat..

kepada ummi, abah, along dan adik2...thanks a lot..banyak membantu dan memberi bantuan dan sokongan...

kepada kawan2! anda sangaaaaaaaaaaatttttttttt banyak membantu..kejayaan saya untuk anda juge! =D

syafiq mazli..my cousin..tahniah kpd anda dpt straight A's yek...semoga kejayaan anda berguna untuk membangunkan agama ISLAM , negara dan bangsa..
(ko tls name aku dlm blog ko..aku kne tls jugak..) =D

okeh..itu saja..
yang penting..
"Allah tak pandang pada hasil kita,Allah lihat pada usaha kita"
"Allah beri apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita kehendaki,sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, setiap yang terjadi, pasti ada HIKMAH yang tersembunyi"

wassalam~




Thursday, March 17, 2011

Langkah mencari cinta ILLAHI yang HAKIKI

Assalamualaikum..

CINTA..erm..manusia sentiasa menjadi buruan cinta dan tidak terlepas juga memburu cinta.
Ada yang memburu cinta wanita, suami, harta dan lain-lain.
namun cinta yang hakiki yang tak pernah sesekali mengecewakan kita ialah cinta ALLAH. HAnya cintaNya yang layak dikejar.

bagaimana nak mengejar cinta Allah nih???

1. Amalkan segala suruhan Allah dengan sungguh-sungguh tanpa banyak soal dan alasan..

2. Jauhi larangan Allah dan jangan sekali-kali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simpanlah rasa 'tak sedap hati' saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai Allah sebagai bekalan diri daripada maksiat.

3. Letakkan Allah sebagai prioriti dalam hidup dandahulukan Allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.

4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada Allah setiap masa.

5. Reda atas segala ketantuan qadak dan qadar terutamanya ketika ditimpa musibah.

6. Kerahkan semua anggota badan mentaati Allah, termasuk hati dan juga lidah.

7. Anggap dunia sebagai penjara. Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim no. 7606). Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan? Apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar sama ada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.

8. Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada Allah. Dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanya di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah yang dikerjakan, lakukanlah yang lain pula.

9. Aktif. Seorang hamba yang betul-betul mencintai Allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah terus dilaksanakan tanpa tawar-menawar.

10. Ikhlas. Pastikan cinta kepada Allah ikhlas hanya semata-mata untuk mendapat keredhaanNya.

11. Pinta. Jangan menganggap bahawa dengan amal ibadah semata-mata telah menyampaikan diri kita kepada cintaNya. Oleh sebab itu, pintalah daripada Allah cintaNya, dan laksanakan amalan yang disukaiNya.

12. Cintailah apa sahaja yang disukai Allah dan bencilah apa jua yang dibenciNya.

*sumber : SOLUSI ISU#23 m/s 19

itulah antara langkah-langkahnya..honestly saya sendiri pun belum capai cinta Allah ni..
saya pernah dengar orang kata nak tahu kita ni cinta Allah, bila kita dengar sahaja Azan, tanpa berlengah kita pergi mengerjakan kewajipan tersebut..

so that, untuk rasa kenikmatan dan kebahgiaan hidup dunia dan akhirat terutamanya..marilah kita sama2 mengejar cinta Allah yang pasti akan berbalas dan x akan pernah mengecewakan kita..

terkenang pula nasyid ni yang selalu saya dengar di kem :
"cintakan bunga, bunga kan layu,
cinta manusia , cinta kan pergi,
cintakan Rasul, cinta sejati,
cintakan Allah kekal abadi"

ingatlah cinta manusia pasti akan pergi!

Wallahu'alam

Wednesday, March 16, 2011

update..

Assalamualaikum..
PAGI!!
(mengimbau memori di MAHISS and KEM)
Alhamdulillah...
sangat bersyukur kepada Allah..
dengan ini pelatih yang bernama
HUMAIRA BINTI MAHPA
telah menamatkan
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEM PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER
KUMP.1 SIRI8/2011
dengan jayanya..
Fuh..
tahniah..
seriously and honestly
sangat best and happy ditakdirkan dpt PLKN ni..
1001 pengalaman yang x dapat dilupakan..
sangat menguji kekuatan diri, mental dan fizikal..
yang penting..
ramai sangat kawan2 baru yang sangat best..
dari
SABAH
SARAWAK
PAHANG
SELANGOR
WILAYAH
yang saya rase tak kan jumpe mereka kalau x di PLKN..
dan saya juga dapat lihat gambaran dunia luar dgn melihat juge bergaul dgn pelbagai jenis manusia..sebab selama ni di sekolah kawan2 semua bdk2 baik dan yg ilmu agama penuh di dada..
saya dpt belajar bagaimana nak bergaul n sesuai kan diri dgn dunia luar yg sangat penuh cabaran dan hampir 100% lain dari BUMI ULAMA yg selama 5 tahun saya betapa..
x bermaksud saya dah berubah mnjd seorg yg sosial..but, masih menjaga batas2 pergaulan..insyaAllah..
thanks to All warga
KEM PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER RAWANG SELANGOR KUMP.1 SIRI8/2011
di atas segala pengalaman dan tunjuk ajar yg amat bermakna dlm hidup saya..
jasa dan budi kalian takkan saya lupakan INSYA-ALLAH..
banyak lagi cerita kat kem yg nak share..but, nanti kalau ade mase saya share dengan anda semua..
and seperti biasa semua orang akan tanye "apa plan after PLKN?"
saya pun x tahu..stakat ni..ddk rumah je..sementara menanti result SPM kluar 23/3 ini InsyaAllah..cuak pon ade gak! tawakaltu'alaAllah..
plan nak keje and amik lesen.. x confirm lagi..
Wallahu'alam..
wassalam..

Saturday, December 25, 2010

selangkah ke Universiti

Assalamualaikum..

alhamdulillah..
di sini.. tiba2 pula jadi rajin nak berkongsi pengalaman..huhu

time2 tgh exam spm..
tibe2 pulak kecoh2 pasal dapat surat dari USIM..huhu
surat ape tu??

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM MENIKMATI KEHIDUPAN DI KAMPUS (SELANGKAH KE USIM)

Tarikh : 20-22 dis 2010
Tempat : USIM la!

ok. dengan tak tahu ape2..saye pun mengambil keputusan untuk pergi..daripada duduk goyang kaki kat rumah..

hari yang dijanjikan..
pkul 3.00ptg..
datang2 je.. aduyai..semua dak maahad..reunion eyh?! *act. xde la semua..major la..
seorang demi seorang datang..
okeh! pkul 5.30 ptg baru start majlis..
sementara menanti..kami hanya termenung di sini..
okeh. majlis penyerahan 'buddy' dan duit poket..
act. 'buddy' ni mcm akak angkat la..kite akan ikut apa aktiviti yang die buat.
duit poket RM 30..sbb sarapan n mkn mlm x disediakan..
yeah! buddy saya kak nik nur athirah..
lepas habis majlis tuh..makan malam dulu..
najah baru sampai..pakai baju sekolah lagi..huh! baru habis exam lah katakan..

lepas makan..kami kena pulang ke hostel..
kena naik bas! aduh kene tunggu bas lagi..
beruntunglah sape yang buddy die naik kereta sendiri..
sempat borak ngn akak buddy saya..org kelantan..huhu..akak ni dapat straight A time spm taun lps..wah! hebat..semoga dapat la badi org straight A ye! insyaAllah..
pkul 7 baru dapat naik bas..
bas pun menghantar kami ke hostel di camillea court di nilai impian..
jauh dari kampus..
saya pon ikut la kak athirah ye.
sampai je..kami turun..n
g lah ke apartment akak ni..
nasib baik tingkat bawah je!
okeh. apartment yang agak best dan bersih! wow!
ade 3 bilik..

ok. lepas solat maghrib..sesi taaruf dengan akak2 dalam rumah ni..
opss..lupa nak bagitau..
akak buddy saye and suhaida sebilik..so,, kami pon sebilik la..
okeh..sesi taaruf dimulakan dengan sue..then saya..dan akak2:
kak nisah-akaun-dari melaka..
kak sabirah-dari bangi
kak wan munirah-sains tech-dr kelantan (buddy sue)
kak asma'-akaun-dari p.pinang
kak ida-dari perak
lastly-kak nik nur athirah-medic-dari kelantan (buddy saya)

*best la akak2 nih!

and then..saye dan sue..x tahu nak buat ape dah..
saya pon nampak buku murabbi cinta..pe lagi!
"akak nak pinjam" ok.

and then.
terkejut!
tibe2 ada org serbu masuk bilik tuh..
"eyh, budak maahad!!!!!!"
rupenye..kak yasmeen, kak atikah dan kak fariza..
huhu..borak333333...
hahah..best3...
lepas tu..mreke pon balik la..nak study..hehe

kami memerhatikan
kak athirah yang sedang menyusun kryotype @ chromosomes
dan kak muni yang sdg study BA..

kisah lawak nak gelak guling2:
"akak nak iron baju"
"g kat luar nih..kat tepi tu..ade iron.."
okeh..kami pon..pegi la keluar tgh2 mlm bute..kitorg tawaf keliling bangunan kot cari iron..
then..kitorg masuk balik..
dengan tebal mukanya..
"akak x jumpe pon iron.."
akak athirah dgn muka hairan + pelik : "serius x jumpe?"
serentak "tak" kami menjawab
"kat luar bilik ni..........................."
hahahah..kami pon gelak..
la..kat luar bilik ni ke..
punyelah kami bayangkan..kat luar rumah nih..haish~
.malu.malu.malu.

esok: 21/12
nak g kampus..pkul 7.30 pg saya n kak athirah kluar..
tumpang kereta k.aisyah (buddy ain fatimah)
sampai kat kampus..FAKULTI SYARIAH & UNDANG2 (FSU)..
kami sarapan dulu..baru msk klas..
saya sarapan nasi goreng n teh o ais = RM 2
n then g klas ICT..
wah rupenye..balqis sajuri, athirah, amalina rahim, ain fatimah n saya..sekelas..
haish~ ade satu lagi perkampungan maahad di situ..haha
okeh. walaupun kitorg ddk kat bwh..sbb meja n kerusi ckp2 je..
best la klas tuh..
we were studied about information technology..
I really understand teacher!
huhu..kami bersama2 dalam kelas sampai 10.00
dan kami bergerak ke DEWAN KULIAH PUSAT 4 (DKP4)
ade taklimat program tamhidi
dan ceramah "mengapa perlu ke universiti?" oleh ABG LAN

okeh: petang jam 2..
kami bertolak ke KAMPUS PANDAN INDAH
kampus ni untuk fakulti perubatan dan sains kesihatan dan
fakulti pergigian..
wah! best kat sini!
kemudahan die best kot!
pe lagi.. keje kami bergambar je kat sini..sampai dikenali sbg 'budak2 suke tangkap gambar :D'
fakta: najah adalah org yang paling semangat ketika berada di fakulti ini..mmg die nak amek medic lah! haha

petang:
balik pukul 6 ++ baru sampai hostel..
mkan nasi goreng pataya..!
lps makan..siap2..g solat maghrib kat surau..
agrh! knp x de org..huhu..kate de aktiviti kat sini..
rupenye..org semua dtg lps maghrib la..

antara maghrib n isya'
ade tazkirah yang disampaikan oleh
USTAZAH UMMU NUSAIBAH
lecturer BA..
best la ustazah nih..
huhu..die cite bab2 kawen je..huhu..bagus gak..kami pun penat..trus segar!
patutnye tazkirah selangkah ke U..tp, mcm selangkah keluar ke U..hahahha
habis shj. kami solat isya' dan balik bilik...

saya n widad sembang kejap kat luar..*kejap ke?!
n then baru sue muncul..haha
tibe2 pulak kak mizah *x-maahad dtg..
pe lagi..! lagi rancak la borak ye..
sampai 11.30mlm kot..

esok:22/12..
hari last..kejap je rasenye!
aish~ g gerak ke kampus..pukul 7..
kak athirah de test bio hari ni..pukul 8.15..
maknenye..saye x ikot g kls..haish~ bosannye!
pukul 9.30...
kami kena bergerak ke DKP3 untuk majlis lawatan kerja Datin Seri Rosmah..
untuk program PERMATA INSAN..
program untuk budak2..
seronok je tengok budak2 berumur 8 tahun dah didedahkan untuk menuntut ilmu demi memajukan agama Islam..

pukul 2.00 makan.
2.30 penutup..
then balik!

ni microscope..sorg satu taw! dlm antara salah satu lab
ni tulang betul taw! dlm museum perubatan...


ni museum juga.. itu kak wan munirah (buddy sue) yang join kami g pandan..

kami bergambar kenang-kenangan..hihi

ni semua organ dlmn drpd mayat.. baru beberapa jam dikeluarkan.. like!


saya dan amarahim dalam kelas ICT

antara koleksi heart n kidney yang bermasalah..dlm museum nih..

#picture boleh tgok banyak lagi dlm FB ain fatimah yerk!

conclusion..
best! pengalaman yang menarik..
thanks to akak2..
suasana USIM mcm kat maahad..ttbe rase rindu kat sekolah plak..
sebenarnya dlm senarai dak maahad ade 22 org..
tp, yang dtg hanye beberapa org...: humairamahpa.suhaidasujak.amirahsyairah.waznatolwidad.najahhakimah.balqissajuri.ainfatimah
.amirasaikin.raihana.amalinarahim.athirah.azri.

wassalam..

Saturday, December 11, 2010

menghitung hari~!

assalamualaikum..
alhamdulillah..dah selesai 9 subject exam.. another 2..
fuh! harap saya dapat buat yang terbaik untuk kedua2nya..
exam yang 9 tuh..alhamdulillah..
tawakal je..

dah nak habis zaman sekolah..
haish~ tak tahu lah nak cakap ape perasaan kat hati nih..
sedih ade.. happy pon ade..
sedih 90% nak tinggalkan bumi ulama' MAHISS tercinta..
dah x dapat jumpe cikgu2 setiap hari..
kawan2 yang tecinta..mesti rindu kat mreke..
x lupe kat adik2 juge..huhu..
harap dapat jumpa mreke lagi..
sedih tak terkata~

pas Spm..

20-22/12
g usim...

then,
nak jugak kluar ngn kwn2..tp x tahu bile n boleh ke tak..

3 jan..
manusia lain g skolah..
saya g PLKN..
KEM TEMASYA RIMBA TEMPLER RAWANG..
here i come!
harap plkn ok2 je..
cuak gak nak g.. smoga Allah permudahkan urusan dan dapat meneruskan syi'ar islam..
harap ade biah islamiah..
doakan saya~



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

okeh!
nak g study lagi 2 subject..

wassalam~