Sunday, August 15, 2010

RAMADAN AL MUBARAK...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah....dapat juga tahun ni sama2 kita berada di bulan Ramadan yang Mulia...



*harapan 4 Ramadan tahun ni..semoga dapat meningkatkan amalan..hmmm...
tahun ni juga insyaAllah..Ramadan yang last in Maahad..akan ku kenang sampai akhir hayat ..hhmm..sayu la pulak hati ni nak tinggalkan bumi Ulama' yang dah tarbiyah diri from A to Z..
rase bersyukur..ummi n abah hantar kt maahad...
Alhamdulillah..

#kpd semua kwn2..selamat menyambut Ramadan yang mulia..semoga kita sama2 dapat meningkatkan Amalan kite....

wahai sahabtku yang kecewa

Wahai Sahabatku Yang Kecewa
www.iluvislam.com




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Sunday, June 20, 2010

Jangan Menggugat Kesetiaanku!..

Assalamualaikum...
haish, cuti dah habis...terasa.. sedih pula mengenangkan cuti yang banyak buang masa ni...huh!
benda dah lepas jadikan ia sebagai satu pengajaran untuk menjadi lebih matang...huhu...harap2 lepas ni diri ini lebih bijak menguruskan masa!
dah2 la tu humaira...dah cukup dah main2...
naik cuti....
fukos 4 SPM...
tak lame je lagi dah nak trial..then SPM...
buatlah pengorbanan untuk SPM..nak berjaya ke x humaira?
kejap je..lepas SPM nk main, main lah puas2...
azam..nak blaja btul2 kat skolah...kalau balik rumah just 4 rest...n study sikit2..tolong umi dan abah..jangan tidur dalam kelas ingat..jangan tidur lambat...
just fokus 4 SPM...jangan buang masa...dah tak de masa2 nak mengumpat org or borak2 kosong...
jadikan 'orang-orang' yang berjaya sebagai inspirasi...
jangan kecewakan ummi n abah....
forget him in your life...*him=sespe je la..org2 yang tak de kepentingan dalam hidupku buat masa ni...
just straight away..fokus SPM.....mereka semua tu...x dpt bg kejayaan dln hidup anda humaira!

dekatkan diri dengan Allah...Dia yang boleh membantu..
"oo ya Allah..
guide my steps dont let me go astray..
You're the only ONe
show me the way............!"
touching2 pulak...:D
teruskan kerja2 BADAR...i love it...hope mreke trus membimbing diri ini yang sentiasa terleka...hope dapat istiqamah..dalam berjuang...ya Allah...! bantulah hambaMu...Mujahadah kepada Allah...!
"sesiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantu diri mereka"
insyaAllah...
yup...! kalau orang lain berjaya...takkan saya tak boleh!..go2 humaira...jangan putus asa...anda pernah gagal sekali...takkan nak lihat kegagalan itu lagi...
i dont want....KEGAGALAN....
KEJAYAAN pasti milik aku....nak jugak...
Ya Allah..bantulah hambaMu ini...
just positive thinking!
so that..jangan menggugat kesetiaanku!
i love study...
just forget everything for a while...
"kejarlah cita2 sebelum mengejar cinta"
...CUDIPT...
wassalam...
*sespe..copy benda ni..letak la kt mane saye berada!

Friday, June 18, 2010

bangi.sepang.bangi.

assalamualaikum..
cuti sekolah yang selama dua minggu hampir melabuhkan tirainya..hurm..pasti keluhan berat yang tersimpan dalam diri setiap pelajar sekolah.. *5tahun-17tahun or 19tahun*
apa yang telah dilakukan sepanjang cuti ni??
mungkin kebayakan daripada kita..x mempunyai banyak homework/ kerjarumah/ kerjaskolah/ holiday package! sebab kebanyakannya sebelum cuti semua sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun..so, cikgu pun x dpat nak bagi lambakan homework!
hisk! how about..result..tawakal dan berserah je lah pada Allah atas apa yang kita lakukan dengan usaha yang maybe 100% or 70%, 50% and etc.
naik cuti..confirm semua dpat result..
apa yang saya rase..
!cuak!
tak tahu nak kata apa..just wait n see the result..macam menurun..teeeeeeet..harap2 kalau menerun pon x obvious sgt..heeee..*hope*
cuti pe aku buat??
hurm..actually..cuti saye x berapa panjang drpd orang len..sebab ade daurah ilmiah sampai hari rabu 9/6/2010..orang lain cuti dari 4/6/2010..fuh! jarak masa yang panjang..huhu..seronoknye mereka..
minggu first pulun kerje sekolah dulu..add math modul PIBG soalan trial 2008! siap kot..ade la skit2 yg x tahu tu..dan buat BM..tp, x siap juga lagi..x tw lah kenapa..
minggu second..mula2 rancang nak ke seminar ADD MATH,PHYSICS n CHEMISTRY..ckg malek..kt bangi..kalau g..tidur rumah skin..sbb..2 hari..cam susah nk ulang alik..huh! then last minutes tw x jd...tetetetteeeeeeeeeet!
nk siapkan lah pula add math project!teeet..skin pulak bg rncgan..sruh dtg umah dy hari isnin..tidur semalan..then esoknye means selasa..g nek komuter ke rumah saya..
rancangan tersebut telah dipersetujui oleh kedua2 belah pihak...ececech..cam apa je..
di umah skin...siap2kan add math...ok! dari pagi sampai ptg..akhirnya 70%..wahahah! ok what? di sana saya tlh mengetahui plbagai perkara..first tyme mkn ais krim milo ngn biskut *ksiankn saya?..biasenye..air milo ngn biskut..huhu..tyme2 tgh mkan nasi ayam..kakak skin pggl kte nk tmbg saya for HERBALIFE..adushh! huhu..berat kot!..dah timbang..ok lah..ade la kurang2 skit..huhu..x de yang lebih ok! first time naik komuter ngn kawan..ahahaha..x de perasaan~same je cam naik bas sri indah ngn kawan..keh3..mlm kami *kami?? eheheh..saye..skin dah tido.. tgok cerita ADAMAYA..hehe..x de keje betul!
kat rumah saya..sambung buat add math..sampai 95%..ok..lagi 5% x tahu nak buat!..sambung tgok ADAMAYA..sungguh kurang sopan! tp,,berjaya buat gak satu karangan..heheh
pagi esoknye..dah msg dr syaz kte: esok 17/6/2010..ade bengkel ckg malek!..ceh!..nk g....kene tido umh skin balek la nih..camtu la nampaknye..malu kot!
sampai umah skin balek..dah petang pon..x wt pape...mlm tgok cite..then tidur..ngantuk sgt..sbb mlm semalmnye tidur sgt lambat..x cukup tido..pagi bgun siap2..huhu..g la bengkel tuh..physics best gak!
balik umah...huhu!..begitulah al-kisah bangi.sepang.bangi...
kesimpulannye..wahahahahaha..pengalaman + buat keje skola + buang masa! krn tgok adamaya..tp best kot..heheh :D..cam cte novel..dah bole predict awal2..huhu
next! naik cuti..dgn azam baru..huhu..struggle 4 spm..mengenang keterukan mid year..cam ne nk trial n spm nih!
ok! chaiyok HUMAIRA..buat yang terbaik! untuk senua org!
*semoga Allah permudahkan segala urusan~
wassalam

Wednesday, June 9, 2010

setelah berdaurah ilmiah

Assalamualaikum,,


Alhamdulillah,,
tamat sudah DAURAH ILMIAH 2,, selama lebih/kurang 6 hari..fuh!
semga ilmu2 yg telah dipelajari dpt diambil iktibar , amalkan dan sampaikan insyaAllah (ecececeh)

hari jumaat orang semua sibuk balik,,
kami plajar form 3 , 5 dan pra U 2..
masih setia berada di sekolah untuk menimba ilmu,,
takpa demi ilmu dan SPM!
pengorbanan!

tetamu dari SMK Agama Inanam Sabah
rindu dengan korang semua yang best!


add maths camp 2 hari,,
fasi2 ex-maahad,,
best2,,walaupun agak 'saturated' otak dgn add math,,
thanks to all fasi2,,

result mid year,,
ada yang dah dapat..erm..mcm terok je..
tiba-tiba..diri ni tersedar dah nak dekat SPM..ish, x leh jadi ni..!
study.study.study.
usaha sedaya yg mungkin..

best jumpa budak KISAS!
mereka dtg time kami perkampungan ilmu..
melepaskan rindu berborak dengan mereka..huhu..
sedih..cecep x dek..ingatkn die ade..huhu..x apa maybe len kali insyaAllah..kita jumpa..
tp mereka x tido kt maahad pon..kalau x boleh join kami sekali add maths camp esoknya..cam dua org dak muslimin kisas uh..
sangat x lupa kt dak2 kisas x lupakn maahad..
thanks kamu semua dtg..nnt jumpa2 lagi ye! miss u all..
timah,qoi,paan,fana,alin,
cep nnt dtg lah ye!

takziah kpd ust zainol dan keluarga
semoga tabah menghadapi kematian anak kesayangan..aliyah humaira'
setelah di icu selama 4 hari
"setiap yang hidup pasti akan merasai mati"

cuti-cuti ni pun..a lot of work I want to do.

add math folio
qs: hafal2 yasin, sajdah, hadis
naik cuti nk pekse kkq..
kena baca buku..!
add math satu buku kene siapkan!

wassalam~

Sunday, May 30, 2010

up date!

assalamualaikum,,
lame betul tak menjenguk blog ni,,hee :D
alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah,,tangan ni rajin plak nk menulis,,
sekarang tengah busy2 dgn exam mid-year,,huhu,,
semua sibuk study,,macam "trial" sume f5,, tekun betul study,,
maklum lah,, soalan setara negeri,,
semua sibuk2 cari soalan spot a.k.a. bocor,,hehe
dpt lah jugak soalan2 spot,,last minute sangat kadang2 tuh,,pg nk exam bru dpt,,
x kisah la,,buat je apa yg dah bace n blaja,,
usaha + doa + tawakal = cemerlang! InsyaAllah~
the next exam..huhu,,
buat yg terbaik,,InsyaAllah,,
chemistry, physics p3, biology p3, n quran sunnah dan x lupe juge sivik,,
hehe
yg dah lps,,
x tahu nk cakap,,
insyaAllah,,
doakan ye!
lps ni cuti,,
tp tu pun busy jugak,,
naik cuti je exam KKQ pula,,
nk hafal3,,heeee,,
daurah ilmiah 2,,harap2 best,,
di sekolah je,,x pe,,
semoga hidup dirahmati Allah,,,~

Sunday, April 18, 2010

My Ambition,,,

Assalamualaikum,,
alhamdulillah,,bersyukur kpd Allah,,dgn nikmat yang telah dikurniakanNya,,
kalau kita lihat dan renungkan sejenak hidup kita,,,,'''''
penuh dgn limpahan rahmat dan kasihsayang Allah,,Rabb yang mencipta kita,,
pelbagai nikmat yg telah dikurniakanNya,,
antaranya,,hidup kita,,
udara yg kita nikmati,,x pernah Allah charge,,stiap molecule udara yg kita hirup,,,
pernah ke kita,,setiap bulan trime bill dr Allahh,,x kan??
tp kita perlu menunjukkan tanda terima kasih (syukur) kpd Allah,,
dgn,, melakukan apa yang diperintahkan olehNya,, dan menunggalkan segala laranganNya..
kerana kita hamba kpdNya,,!
About my ambition,,
seharian td sy tidak berada di rumah,,hehe,,krn ada tanggungjawab yg insyaAllah perlu dilaksanakan,,dgn sedikt pengorbanan,,
then, saya g ikut Ummi sy buat check up,,d KPJ Kajang Specialist hospital,,
melihat suasana hospital,,
hati ini mmg nak sangat jd doktor,,
insyaAllah,,tiba2 menebal pula rasa teringin itu,,
insyaAllah,,jika diizinkan Nya,,
impian akan mnjd kenyataan,,
but now,,i'm just focus for studying,,
kalau result OK,,insyaAllah,,nk mntk ap2 pun sng,,insyaAllah,,
tp skrg saya masih samar2 nk ambil bidang apa,,
tp nk sgt ambil medic,,hehe
insyaAllah,,
but, rezeki kita Allah dah tetapkan,,
ap2 pun kalau dgn keredan Allah,,
insyaAllah berkat,,
hambaNya itu hanya perlu berusaha,
doa, dan tawakal,,
insyaAllah,,setiap kejayaan daripada usaha,,
Usaha tangga kejayaan,,,!
Wassalam~