Friday, June 21, 2013

Wordless Friday

In the name of Allah, the Most Gracious and The Most Merciful.



by : Dr.HM

Thursday, June 20, 2013

Dia yang berubah.

بسم الله الرحمن الرحيم 

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah,
Just finished 3 subjects yang banyak paper. Hehe.
Alhamdulillah,
Walaupun ada jugak salah,
Tawakal. Setelah berusaha.
In shaa Allah, harap ada markah yang terselit-selit celah-celah jawapan tu. :(

It's okay.
Dah lepas.
Dah jauh sangat dari kita untuk ulang balik.
Just keep as lesson to myself.
:)

Curi masa. Hilangkan stress jap.

back to the topic;
--------------------------
Dia yang berubah.

Perkara diatas adalah dirujuk.
(pabila pen. s/u menaip. ngeeee~)

Diri ini ingin berkongsi pandangan,
nak terima, terima. 
taknak, meh kongsi pandangan anda pula. 
Semoga sama-sama beroleh manfaat. 
^^

Honestly, dari dulu saya memang tak suka tengok orang yang berubah kerana manusia. Atau dengan kata lain, dia berubah sebab seseorang.
Bukan apa, sebab apa yang saya percaya dan pegang, kalau orang tu berubah sebab manusia lain and he/she tend to turn back 360° bila tak bersama orang tu lagi.
Sedih kot tengok orang elok-elok dah nak jadi baik, tiba-tiba berubah balik menjadi dia yang dulu. Sedih sedih dan sedih. Tu sahaja yang saya dapat gambarkan.

But, suddenly I realize that
Bukan semua orang macam tu.

Ada dua keadaan yang boleh saya bagi :

1. Dia berubah memang sebab manusia tu. Untuk manusia tu terima dia dalam hidup. Just for he/she. (muntah darah jap)

2. Dia berubah sebab manusia tu banyak mengajar dia (indirectly) yang apa dia buat selama ini salah. Dia berubah sebab, dia nampak jalan dia yang dulu itu salah. Dia nampak jalan mana yang lebih diredhai Allah. 

See.
Nampak macam sama kan? 
Secara luarannya, kita nampak yang dia berubah sebab manusia.

But,
Ada yang berbeza di situ,

1. Bila dia jauh dari manusia tu, atau manusia tu jauh daripada dia. Dia rasa tak guna dia nak berubah lagi. Dia rasa lagi jadi dia yang dulu. Dia yang 'sebenar' kononnya.

2. Bila dia jauh dari manusia tu, dia tetap dalam perubahan dia sebab dia tahu dia bukan berubah semata-mata kerana manusia itu. Tapi manusia itu yang tunjukkan (indirectly) jalan benar. Dia tahu dia berubah tu untuk redha Allah, bukan manusia.

*eh? faham ke 'indirectly' tu acamno? 
indirectly - tu bukan lah manusia tu gi dok ceramah 24hours kat dia. Tapi, dia macam sedar melalui cara hidup or perbuatan manusia tu maybe. Kot.


Ok, bukan nak judge ke apa sebab saya bukan penghukum.
Emm, tapi honestly saya tak suka situasi yang 1.


---------------------
Tips untuk berubah.

1. Niat.
Common lah dengar perkataan ni (-.-) Muka bosanggg.
But, perkara ni paling penting sekali. Asas. Kalau niat dah tak betul. Niat dah lari dari landasan. Macam mana nak menuju ke destinasi yang betul. Ye tak? 
Tapi niat ni boleh je berubah tengah-tengah jalan.
So,
Betulkan niat & selalu tajdid niat.

2. Step by step.
Berubah sikit-sikit. Jangan terus turn 360°. Bukan tak boleh, boleh. Cuma takut diri anda terkejut dengan perkara lebih mencabar dan tekanan yang mendatang bagai batu yang menghempap kepala lalu mengalah dipertengahan. Sebab jalan menuju kebaikan ini tak pernah mudah. Allah janjikan kemudahan, kesenangan dan kebahagiaan itu bila kita dah mencapai target iaitu redha-Nya & Syurga-Nya.
So, rilex2 and chill. Kalau nak 'sennang' (baca : senam) pun kena warm up.
Buat sikit-sikit apa yang kita mampu dulu.
Kalau dalam diri kita ni ada 10 kejahatan, rasa sukar untuk tinggalkan kesemuanya sekali gus. Buang satu per satu. Yang penting istiqamah.

"Kalau kita tak mampu buat baik, jangan buat jahat."

3. Hati kena kuat.
Kuat. Tabah.
Ya.
Sebab jalan ini tak mudah.
Diulangi buat keseribu kali.
Tak mudah.
Hanya yang kuat lagi tough sahaja yang mampu.
Ingat muscle-muscle korang je kena mantap ada sixpad bagai?
Muscle iman dalam hati itu lagi penting.
Ayuuh 'tough'kan biceps, triceps, quadriceps, segala bagai muscles yang ada dalam hati.

Dan hanya mereka yang berpandangan jauh sahaja yang akan 'dare to face it'.

Allah kata dunia ini sukar. 
Allah kata berada di sisi-Nya itu menenangkan.
Allah janji Syurga itu indah.
Allah janji neraka itu azab yang pedih.
Pilihan di tangan anda.

Kalau anda baru step by step nak berubah. Tetiba ada makhluk berkata :
"kau ni ape?! Kata nak berubah. Kata nak menuju jalan yang benar. Ni kejahilan apa yang kau tengah buat ni?!"

Tetapi, dalam hati anda bertekad untuk berubah dan sedang berubah step by step bukan secara pukal.
Allah who the only one knows what deep in side your heart.
Jangan dengar sangat apa orang kata jika ia untuk menjatuhkan kamu.
Jangan peduli penilaian manusia.
Kita berubah untuk siapa? 
'DIA' atau dia?
Masa 'Yaumul Hisab' nanti, siapa yang menghitung amalan kamu?
Manusia kah?

4. Istiqamah.
Ya, ini yang paling penting.

"Tetapkan pendirianmu"
pesanan terakhir somebody. Akan ku pegang dan tunaikan sampai ke mati. inshaaAllah


----------------------

Allah tak lihat hasil, Dia nilai usaha kita. 
;)

Jangan putus asa.

Hatta banyak mana pun dosa kita yang lalu,
Just remember ;

Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
[Az-Zumar 39:53]

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.
Allah sayang kita.
Put trust in Allah.



Wallahu'alam

*3 more subjects to go. Mohon doa semua. :)

Dr.HM

Saturday, June 8, 2013

Malu.

بسم الله الرحمن الرحيم 



 In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah
atas semua nikmat yang Dia telah berikan kepada kita hari ini.

Dah lama post ni jadi draft je.
So, sebelum saya terlupa
Jom, nak share satu perkara penting untuk diri sendiri dan kawan-kawan.
;)

-----------------------------

Hadis ke-20 daripada Hadis 40 Imam Nawawi :

Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Riwayat al-Bukhari, no. 3296 dan Abu Daud, no. 4796)

Malu.
Selalu kita dengar perkataan ni.
Selalunya malu ni lah yang jadi benteng kepada diri.

Tak nak buat sesuatu; sebab malu.
Common lah dengar alasan ni.
Tapi kalau atas perkara yang tak patut malu, dia pergi bagi alasan macam tu, rasa nak ketuk je kepala tu. Geramm. (Erk, diri ni pun selalu jugak buat alasan tu. Hehe)
Ini malu tak bertempat namanya.
Sangatlah tak patut.

So.
Apa yang dimaksudkan dengan malu dalam hadis ni.
MALU UNTUK MELAKUKAN DOSA.
Ya, ini dia. Kita sebagai hamba patut ada rasa ini.

Buat dosa / kesalahan.
Kalau nak suruh "malulah pada manusia."
Certain orang tak rasa pun malu pada manusia kalau buat salah.

Tapi kawan-kawan,
Malulah pada Allah.
Tuhan kita.
Dia yang menciptakan kita.
Semua nikmat dia bagi pada kita.
Setiap saat hidup itu adalah nikmat.

Jika kita buat apa yang Dia larang, hamba yang bersyukurkah kita?
Bagai kacang lupakan kulit.
Dia yang ciptakan kita. Dia yang bagi semuaaaaaaaaaaaaaaa nikmat dalam hidup kita.
Tegar kita menyimpang daripada-Nya.
Allah T.T

Analogi seperti ibu bapa kita. Ibu, dialah yang melahirkan kita. Ayah, memberi semua yang kita inginkan. Mereka, membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berjaya dan dihormati. 
Tetapi, jika kita tak ikut apa yang mereka suruh dan buat apa yang mereka tak redha.
Maka, jadilah kita.....
Anak derhaka! Anak tak kenang budi!
(skrip drama melayu)
Haa, analogi ni sama lah macam kita sebagai hamba dan Dia Pencipta kita, Tuhan kita.

Nak ke kita menjadi 
Hamba yang derhaka! Hamba tak kenang budi!
Pergi kau ke neraka sana.
(Nauzubillah)
Sungguh kami tak sanggup menahan azab-Mu. T.T

Sungguh, malu itu benteng diri jika ia menjauhkan kita dari murka-Nya.



Kita hidup di dunia ini ibarat di dalam bahtera. Jika ingin senang dan bahagia, ikut apa yang nakhoda perintahkan. Jika tidak suka, carilah bahtera yang lain untuk di naiki dengan lebih selesa.
Samalah seperti hidup di bumi ini. Semua milik Allah. Kalau nak bahagia selamanya, ikut apa yang Allah suruh. Kalau tak nak. Jika tak selesa, pergilah cari muka bumi lain yang bukan milik Allah, dan hiduplah di sana.

Jom sama-sama perbaiki diri.
Saya juga seperti anda, banyak sangat dosa yang dilakukan.
Tapi, Rahmat & Keampunan Allah itu terlalu luas.
Sebab Dia sayang pada kita dan Dia nak bertemu dengan kita di Syurga kelak. 

Wallahu'alam

-------------------------------------
sesi nota kaki:

Sedar tak sedar, lama dah sebenarnya tahu hadis ni. Since sekolah lagi, banyak kali dengar hadis ni. Tapi baru sedar sekarang. (Lambat sikit)
Ya, memang kalau kita dengar perkara tu setiap hari, memang boleh masuk dalam otak-ingat. Tapi tak semestinya kot masuk dalam hati. Bila kita sedar dan alami, barulah perkara tu masuk dalam hati.
Sungguh, Experience is the best teacher.


pic credit to aimi :)
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Dia bagi aku hidup bersama Gen-8.
Honestly, 2 tahun kita semua bersama, anda semua banyak memberikan pengalaman yang sangat berharga. Setiap daripada kalian mengajar saya erti hidup, erti kehambaan dan erti persahabatan.

Setiap kali menjejakkan kaki ketempat kita semua berkumpul, susah untuk senyuman syukur itu tidak ku ukirkan. Setiap melihat gelagat kalian semua dari tempat ku yang unofficial and strategic tu, membuatkan aku tersenyum. Betapa aku bersyukur adanya kalian.
Alangkah indahnya, andai kita semua dapat lagi berhimpun, berkumpul untuk selamanya dengan rasa bahagia yang sama di Syurga Allah kelak.
Ini impianku.

Takut tak sempat nak ucapkan;
Terima kasih semua. :)

Semoga kita semua berjaya di dunia & akhirat.

p/s: mood touching and jiwang-jiwang dengan Gen-8 ni tak sudah-sudah lagi. Ni semua sebab petang jumaat haritu, borak dengan akak 6th year dan dia kata "Betapa korang akan rindu saat ini."

 # Switching to examination mood. Mohon doa kalian. :)

Friday, June 7, 2013

"Kau yang kata ?!"

In the name of Allah, The Most Gracious and The most Merciful.

Alhamdulillah,
Betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita.
Sehingga kini nikmat hidup itu masih Dia berikan pada kita.
Yes,
Allah bagi kita hidup hari ini sebab Dia buka pintu keampunan bagi kita.
Agar kita tak mengulangi dosa-dosa semalam.

Dosa.
Jangan biar ia berulang.
Hmmmm 
(keluhan berat & panjang ala ala take a deep inspiration and fully exhaled).


Kata orang;
"Kita hidup ibarat roda, terkadang di atas, terkadang di bawah."
Ketika kita di atas, semua orang nak sanjung, semua nak kawan dengan kita.
Bila kita buat salah, semua jauh. Semua kutuk. Semua benci.
Hmm, inilah lumrah manusia.
(Lagi satu keluhan berat)

Macam itu jugak iman,
Terkadang ada naik turunnya.
Tapi jangan rasa selesa jika iman sedang menurun.
Usaha untuk naikkan.

-----------------------------

Sering diri ini pelik dengan tindakan manusia (semua lagi lagi DIRI INI),
tahu perkara itu salah. 
Tahu bukan tahu bodoh2 taqlid membuta, 
tahu siap boleh bagi dalil, akibat & sebab lagi. 
Tapi tetap dia buat juga.
Pelik kan?

Then, I just got the answer ; 
"Manusia memang akan diuji dengan apa yang dia katakan"

Manusia yang berkata-kata atau memberi nasihat a.k.a. daie.
Inilah kerja paling susah.
Eh?
Ya.
Nak menyampaikan benda baik.
Memang senang.
Pergh, cakap lebat hebat memang sedappp.
Amalkan tak?
Laksanakan tak?

Lupakah kamu pesanan Allah ?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[As-Saff 61:2-3]

Tetapi, jangan atas sebab ini kita tak nak buat dakwah ni. 
Jangan sebab ini kita takut untuk berkata-kata. 
Sebab semua ini adalah tanggungjawab kita.
Kalau nak tunggu diri jadi sempurna, memang di tampuk yang lama lah dakwah itu.
Memang Islam tak mungkin tersebar.

Nasihat dan memperingati kawan2 juga diri kita.
Sebab diri kita lah telinga paling dekat.


-----------------------------

Ya,
Tapi daie itu juga seorang manusia.
Yang tak mungkin sempurna.
Yang tak kan terlepas dari kekhilafan.

Kita (kau, aku, kamu, saya)
Suka menyalahkan orang andai dia melakukan kesilapan.

"Eh, kau kata benda tu haram, kau pulak yang buat?! Ape kes?"

"Eh, kau kan dulu yang kata mengumpat tu tak boleh, kau tengah buat apa ni?!"

"Kau kan yang kata?!"

Ye, semua nya kau, kau dan kau.

Masa kita salah, tak pulak nak tuding jari kat diri sendiri.

Aku, aku dan aku! Semua salah aku. <-------- strike="">-ini sukar untuk berlaku.


Ya,
Memang dia yang salah.
Tapi, tugas kita yang tahu dia salah, bukan blame, mengutuk dan mengeji tanpa menasihat dan dekatkan diri dengan dia.
Oh, ketahuilah kita buat macam tu akan buat dia lagi jauh dari kita dan terus dengan kesalahan.



Mungkin kita boleh menang argument, tapi hakikatnya hati dia kita tak menang.

Dalam dakwah hati itu perlu disentuh dahulu.

Useless lah kalau orang itu berubah, tapi ada hati yang disakiti.
Ada dendam yang tak padam.
Macam mana benih-benih silaturahim nak tersemai?
Macam mana ukhuwah islamiyah yang kita angkat dan katakan itu nak berlaku?
Macam mana umat Islam nak bersatu?
Macam mana Islam sebagai ustaziatul 'alam itu nak tercapai?
Kemenangan Islam. Heh? Jangan mimpi lah macam tu.

Hidayah itu milik Allah. So, doalah pada Dia & berusaha dengan hikmah.

Wallahu'alam.