Sunday, May 18, 2014

Khaira Ummah

بسم الله الرحمن الرحيم 
In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Allah menciptakan kita dalam kalangan 'Khaira Ummah'.

Menjadi sebaik-baik ummah itu bukan untuk dibangga.
Tapi, kita ada tugas tersendiri.


كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

You are the best nation produced [as an example] for mankind. You enjoin what is right and forbid what is wrong and believe in Allah .

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 

[3:110]

--------------------------------

Sudah terlaksana 
atau 
biarkan sahaja?


Friday, May 2, 2014

Sunnah Terbesar Kian Diabaikan.


بسم الله الرحمن الرحيم

Sunnah. 

Bila dengar perkataan ini, pastinya yang berlegar di benak fikiran kita ialah kahwin (uhuk uhuk!), poligami, simpan janggut, berjubah, puasa dan lain-lain. Alhamdulillah, masih ada lagi ingatan kita pada Kekasih Allah. Masih lagi umat kini mengamalkan ajaran Baginda صلى الله عليه وسلم.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan ini. Amiinn.

Tetapi, sedarkah kita ada satu sunnah yang sangat penting dan semakin dipandang ringan oleh kita semua? 

Dakwah. Menyeru atau mengajak manusia mengEsakan Allah dan melakukan kebaikan.

Ya, itulah yang dilakukan oleh Baginda sepanjang hayatnya. Jika tidak kerana kesungguhan Baginda menyeru seluruh umat manusia kembali kepada mentauhidkan Allah dan meninggalkan Jahiliyyah, pastinya tidak ada kita yang hari ini. Kita yang tahu adanya Allah Yang Esa. Kita yang tahu cara untuk taat kepada-Nya. Kita yang yakin ada Hari Akhirat dan kita akan dihisab. Kita yang tahu erti persaudaraan. Tanpa dakwah Baginda, mungkin kita semua jadi yang sebaliknya.

Tetapi hari ini setelah Baginda  meninggalkan dunia yang fana, adakah dakwah itu terhenti? Adakah generasi akan datang tidak berhak mengetahui segala kebenaran. Adakah kita mahu biarkan dunia ini perlahan-lahan kembali kepada Jahiliyyah? 

Tidak!
Kerana kitalah penyambung rantai-rantai perjuangan Baginda صلى الله عليه وسلم .

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Dan siapa yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri).” [Fussilat 41 : 33]

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat ......” [Riwayat Al-Bukhari]

Jika kita tahu ganjaran menyampaikan kebaikan walaupun satu ayat itu sangatlah besar di sisi Allah, sungguh kita tak akan abaikan dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada orang lain kerana itulah sebenarnya tanggungjawab kita Sebagai Khalifah di muka bumi Allah.

Ayuh,

 فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ 
”berlumba-lumba melakukan kebaikan” !

Hari ini bibirmu melafazkan katakan rindu,
Hari ini hatimu meronta mahu bertemu,
Jika syafaat yang kau pinta dalam doamu,
Benarkah rindu?
Kembali melihat perbuatan seharianmu,
Adakah sama apa yang dia ajarkn kepadamu?

Wallahu’alam.




-Originally published: 8th Gen Series-